Di Lema Si Anak Kecil (Khas Untuk Jen9)
Wednesday, November 26, 2008
Di pelosok gelita anak kecil mencangkung
Selubungi diri dengan tangan nan kudus
Tubuh yang lemah wajah yang cengkung
Fikiran meracau jiwa tak terurus
Anak kecil tangis merintih
Usianya muda baru bertatih
Namun kini terpaksa memilih
Antara dua pasti ada yang pedih
Ibu dan ayah tidak sehaluan
Seorang ke utara seorang ke selatan
Anak kecil diberi pilihan
Ke mana destinasi arah tujuan
Ayah ku sayang ibu ku cinta
Ayah ku hormat ibu ku manja
Ayah mendidik ibu membelai
Fikiran buntu perasaan pelbagai
Ayah mendesak ibu memujuk
Ayah menekan ibu merajuk
Hinggakan sampai ke satu takuk
Dunia ku bagai berlekuk-lekuk
Atuk dan opah anak kecil mengadu
Mohon secebis perkongsian pilu
Manakan mampu mereka membantu
Gusarkan padi meliuk layu
Ikutkan hati ikutkan buntu
Ayah dan ibu takkan ku temu
Ku bawa diri bersama bayu
Agar tiada yang terguris pilu
Anak kecil berfikiran besar
Satu pilihan perlu disasar
Perlu dihindari perasaan gusar
Ayah dan ibu berfikiranlah lebar
Andai diriku memilih ibu
Usahlah ayah terasa kalbu
Bukankah aku ini jua anakmu
Semuanya sebumbung seketika dahulu
Anak kecil tidak membenci ayahnya
Jauh sekali berdendam murka
Usahlah ayah menanam onar
Merosak ikatan hubungan tercemar
Kepada ibu ke pesan satu
Ayah tetap darah dagingku
Usah dihapus salasilah keturunanku
Usah diragu cintaku padamu
Nukilan,
Kumbang Sepi
2 comments:
so meaningful :)
bossjgc...
if u read this comment can i emailing with u
ure kinda good listener n good writer
have a good day ahead
by all means.. pls my dear.. only one thing to be emphasised.. that is i am all the while a neutral listener and advisor..
Post a Comment