REVIEW - KEMBARA MASJID DARUL TAKZIM 2012

Tuesday, May 15, 2012


Nama Calon: Kumbang Sepi                       
No. Pendaftaran Peperiksaan: 2552

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012
SUBJEK: KERTAS 1 BAHASA MALAYSIA
TARIKH: 28 DAN 29 APRIL 2012
MASA: 2 JAM 30 MINIT

(Anda dilarang daripada membaca soalan sehingga diberitahu)

SOALAN 3
Anda telah mengikuti suatu program menjelajah masjid anjuran Ahli Jawatankuasa Surau bersama salah sebuah kelab permotoran di Malaysia. Sebagai seorang wartawan di salah sebuah syarikat penerbitan majalah, anda telah diminta untuk membuat liputan menyeluruh berkenaan dengan program tersebut, yang berlangsung selama 2 hari dan 1 malam. Laporkan dengan lengkap, tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

REVIEW: JELAJAH JOHOR 2012 – KEMBARA MASJID DARUL TAKZIM: IN SEARCH OF THE TRUE NUR!

PERCAMBAHAN IDEA
“Tuhan tolong lembutkan hati dia… untuk terimaku seadanya.. kerna ku tak mampu.. kerna ku tak sanggup.. hidup tanpa dia di sisiku.. uuuuuuu”..  Inilah antara bait-bait lirik yang disampaikan dengan penuh perasaan oleh Wak Erol sewaktu kitorang lepak kat karaoke Ali Baba, JB pada satu malam. Terlopong mulut wa sebab macam tak percaya pulak yg pomen muka ganas macam dia, boleh layan pulak lagu Ombak Rindu nih. Sambil nyanyi tu.. wak erol siap terangkat2 bahu dia sambil mata terpejam kunyit (pejam mata macam cara budak sekolah pura-pura tidur bila kena paksa dengan bapak dia). Herot-herot bibir wak erol menghayati lirik lagu tu. Sebelah tangan pegang mikrofon, manakala sebelah lagi tangannya menunjuk2 ke udara. Wa nak gelak besar pun ada.. tapi risau pulak bila mengenangkan IC dia yang pernah wa tengok masa dia register masuk club dengan wa tahun 2006 dulu. Seram dok!

 (Tiba2, skrin panggung wayang menunjukkan imej kabur lalu flashback semasa Wak Erol berumur 12 tahun muncul di layar..  macam flashback filem Azura dulu-dulu tuh)

Lokasi/Masa: Jabatan Pendaftaran Negara, Pontian, Johor. Jam 8.20 pagi.

“Hairulail Imam Kardi… Hairulail Imam Kardi… Hairulail Imam Kardi!”, sebut seorang kerani pendaftaran kat situ. Muka kerani pompuan tu, tak lah mantul sangat. Adalah iras-iras macam penyanyi tahun 80-an dulu, iaitu Siti Fairuz yang popular dengan lagu ‘Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu’. (Jongkong cukup suka dengan lagu tuh. Ringtone henpon dia, guna lagu tu lah..) Tapi yang buat wak erol ni terkebil-kebil, ialah dada muntah kerani tu. Itu yang menyebabkan wak erol geram, lalu menggigit-gigit ibu jari beliau, sampai tak sedar kedua-dua belah ibu jari beliau dah luka berdarah. Tak tau lah apa yang diimaginasikan oleh wak erol ni, sampai boleh tak sedar.

“Hairulail Imam Kardi!!!!!!”, kuat jeritan kerani pompuan tu sebab dah bengang. Panggil-panggil tak datang jugak.

Khayalan imaginasi liar wak erol, tercantas tatkala deruman ekzos motor RX-Z( 5 Speed) yang dah complete korek blok melintasi jalanraya di hadapan pejabat JPN tersebut. Serta-merta wak erol terdengar namanya dipanggil, lalu terus ke kaunter nombor 3.

“Awak ni pekak ke, huh? Dekat 3.735 billion kali saya panggil nama awak tapi awak tak datang-datang jugak! Awak ni nak buat IC ke tak nak, huh?”, marah kerani tersebut.

Disebabkan wak erol memang dipihak yang dah terbukti bersalah dan bukannya difitnah, beliau terpaksalah buat muka poyo jek. Poyo sepoyo-poyonya, persis rupa poyo Bart Ahmad masa beliau kena tiaw kaw-kaw dengan Bob Tdy, sewaktu first time jadi co-pilot untuk Bob Tdy masa JJJ2, dua tahun yang lalu.

“Sengal! Tak tau baca pace note ker? Apasal tak bagitau ada bonggol kat belakang tu tadi, huh!”, jerit Bob pada Bart sambil ditonjolkan jari telunjuknya ke dahi berminyak Bart. Kesian Bart.. Dia memang tak salah. Manalah ada catatan bonggol dalam pace note. Tapi sebab Bart baru join masa tu.. beliau terpaksalah mendiamkan diri sambil melakonkan memek muka sebagaimana memek muka sedih ayam-ayam yang beliau sembelih di pasar. Yaperdaaa.. melalut pasal Bart pulak wa nih.  Ok, sambung balik kisah wak erol tadi tu.

Wak erol pun duduk dengan sopannya di kerusi kaunter nombor 3. Sopan giler. Nasib baik duduk atas kerusi. Kalau disuruh duduk atas tikar mengkuang tadi.. konfem wak erol ni duduk bersimpuh pengantin baru gamaknya.. huhuhu..

“Cap ibujari awak kat sini.”, kata kerani pompuan tuh.

Wak erol baru je nak menalakan ibu jari tangan beliau kat borang buat IC tu, bilamana beliau sedar bahawa kedua-dua belah ibu jari tangannya dah luka akibat digigit-gigit akibat kegeraman yang amat sangat tadi.

“Camner nak buat nih?”, bisik hati wak erol. Tiba-tiba, muncul kepulan awan di atas kepala wak erol. Dalam kepulan awan tu, muncul sebiji mentol lampu yang bercahaya.

“Akak! Tengok kat belakang akak tu!”, kata wak erol lantas menunjukkan ke arah sesuatu di belakang kerani pompuan tersebut. Bila ajer kerani pompuan tu menoleh ke belakang, secepat kilat wak erol mengenakan kedua-dua belah cap jari beliau di borang permohonan IC tersebut. Tapi, wak erol bukannya guna ibu jari.. wak erol guna jari kelingking tuh!

“Awak jangan main-main dengan saya, ok!”, marah kerani tersebut tapi tak perasan bila masa wak erol menekap ibu jari pada borang IC tersebut. “Dah cop jari tu?”

“Dah!”, kata wak erol ringkas. Kerani pompuan tu pun check borang tu sekali imbas. Ramai sangat manusia pada pagi tu. Kerani tu pun dah masam muka sebab lontong kering yang dibawa untuk sarapan, belum sempat untuk dijamahnya.

“Ok. Awak boleh balik. Bila IC dah siap, kami akan kirim surat ke alamat yang tertera.”, kata kerani tu tegas dan dengan mata yang terjengkil.

Wak erol pun berlalu pergi sambil tergelak-gelak kecil. Comel jek muka wak erol masa nih. Saling tak tumpah macam Aliff Satar masa nyanyi lagu Please Please Please… Kamu Jangan Marah. Wan Shukri mesti dapat bayangkan camaner rupa Aliff Satar tu.. sebab kat thumbdrive dalam keter dia, lagu pertama dalam thumbdrive dia tu.. lagu Please Please Please tu lah.. kekekekek..

“Nasib baik lah jari kelingking aku ni sama besar dengan ibu jari. Setel problem. Heheh..”, gelak wak erol lalu berlalu pergi ke pondok menunggu bas. Apa yang lu orang heran bila wa cakap wak erol tunggu bas. Masa ni kan umur dia baru 12 tahun. Takkan lah umur 12 dah ada enjin Evo III siap banana dgn wastegate pulak, der…

(Flashback dah habis.. Kembali ke dunia realiti)

Tu pasal lah wa tak berani nak gelakkan wak erol nyanyi lagu ombak rindu tuh. Karang tak pasal-pasal, begok jadi pipi wa nih akibat lempangan wak erol yang kesemua lima-lima jarinya, sama saiz.. huahuahua…

Sedang wa gelak dalam hati sorang-sorang, tiba-tiba telinga wa yang tak berapa capang macam telinga Fatta.. dapat menangkap suatu suara nun di kejauhan.

“Merdu lafaz syahdu, Jiwa pun merindu, Merakam rasa kalbu, Gemersiknya lagu, Angin kota cahaya, Bertiup berarak, Kencang meredah maya. Hanya untuk dia..”

Sudah.. saper pulak la yg nyanyi lagu intifada’ nih? Wa pun tak berapa nak perasan sebab wa membelakangkan dia. Badan brader ni agak tegap jugak. Bertubuh sasa dan mempunyai ketinggian kira-kira 2 inci melebihi ketinggian Yazmeen Yusof. Heheh.. Rambutnya yang tak berapa nak lebat tu.. dipacak-pacak untuk menyembunyikan usia senja beliau yang sebenar. Wa dan budak-budak lain masih terus diselubungi misteri, sehinggalah masuk bahagian chorus lagu tu.

“Oh... semerbak harum bingkisan an-nur, Berterbangan tinggi ke intifada, Oh merentas misi risalah suci, Mewangikan taman yang dicemari..”

Serentak dengan chorus lagu tu.. brader tu pun memusingkan badan beliau lalu menghadap kami.. Huk Aloh.. Yusainee rupanya yang beria-ia pitching lagu intifada’ tu. Siap geleng-geleng kepala tuh sambil dia mengalunkan lagu tu… sama kaedahnya macam gelengan kepala Yus masa tengok Sofea Haryana bergelek masa lagu Abang Roni diputarkan kat kelab dangdut yang sememangnya menjadi kegemaran warga-warga emas macam Yus.. huahuahua..

Bebudak semua gelak besar tak hingat punyer. Si Gemukderhaka sampai terkentut-kentut gelak sampai mengeluarkan aroma persis aroma sambal nasi ayam penyet. Dalam pada tu, wa tak gelak langsung. Secara spontan, wa terkenang peristiwa semasa JJJ-2 : The Chronicles, Only for the Hardcores, dua tahun yang lalu. Masa tu, kereta wa breakdown kat Mersing. Semasa members tengah tunggu ERV attend keter wa, suara azan pun berkumandang dari surau yang berdekatan. Berpusu-pusu jugaklah members gi surau tuh untuk menunaikan solat. Carlos yang pakai suar jeans paras lutut pun turut serta berlari-lari anak sambil mengepit kain pelikat cap gajah duduk di bawah ketiaknya. Jauh di sudut hati wa berkata, “Masih ada ‘Nur’ jugak jauh di sudut hati budak2 nih. Alangkah baiknya kalau kita dapat buat suatu event yang dapat sedikit-sebanyak, dapat mengeluarkan sedikit saki-baki ‘Nur’ yang ada dalam hati diorang nih. Tapi… event motorsports apa agaknya yang sesuai? Wa pun buntu.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu wa dengan Wan Shukri aka OBM, selesai berjemaah kat Masjid Lama Pasir Pelangi, JB. Masa tu, OBM pakai baju kemeja lengan pendek, dengan corak daun pokok rhu. Sebijik macam baju Mahed Abudulah, pekerja Mydin kat Nusajaya yang berasal dari Lahore, Pakistan. Kami sama-sama sedang duduk di tangga masjid yang paling bawah.

“Surau kat rumah aku tu, appoint aku jadi AJK Biro Rakan Muda lah.”, kata OBM sambil menyarung kasut baldu warna coklat, persis macam kasut budak2 skolah dulu2 pergi tea dance.

“Ok lah tu. Lu pun dah pencen daripada club, kan. Eloklah lu jadi AJK pun.”, kata wa sambil menyarung kasut Alain Delon hitam.

“Aku memang takde hal tapi masalahnya, diorang suruh aku buat satu program besar awal tahun depan. Aku takde idea lah nak buat apa?”, rintih OBM sambil pandangannya dilayangkan pada tiang seri masjid lama tersebut. Benci betul wa tengok memek muka OBM masa tuh. Dia punya riak wajah, seolah2 esok hari, Barrack Obama nak serahkan tugas mentadbir Amerika kat dia pulak. Tapi sebab wa masih berada dalam kawasan masjid, wa tak jadi nak jentik muncung OBM tuh.

“Der… wa ada idea. Apa kata lu buat convoy melawat masjid-masjid sekitar Johor. Lu pun bukannya tak biasa buat event convoy nih.”, kata wa dengan penuh keyakinan. Namun, wa rasa macam nak sumbat jek ibu jari kaki kanan wa, kat lubang hidung OBM, bilamana dia menjawap.

“Lu hilang akal ker, der? Giler ke nak bawak geng surau pergi convoy. Bahaya tu, bro. Macamanalah wa nak pimpin convoy tu?”, kata OBM risau.

“Huk aloh.. Amarika betul mu nih! Kita kan ada geng-geng club. Kita ajaklah diorang sekali. Biar kita panggil budak-budak kita jadi working cars.”, kata wa menerangkan apa yang berada dalam benak fikiran wa.

Maka bermulalah sesi perbincangan tidak rasmi sesama rakan-rakan di southern. Pelbagai reaksi diterima pada mula-mula idea ni dicambahkan. Pelik, kaget, tak faham dan macam2 lagi reaksi dapat dilihat. Ada yang cadangkan working cars kali ni semua kena pakai serban, pakai celak, pegang tasbih dan macam2 lagi. Tapi wa tau, semua ni cuma setakat senda-gurau sesame kita jer. Langsung tak berniat pun untuk mengutuk atau menghentam. Tapi, kalau ada pun yang nak menyindir atau nak mengutuk event ni… Ada aku kesah? Sebab setahu wa lah.. makhluk yang selalu menentang perkara2 yang mendekatkan diri kita ni kepada Allah, hanyalah Syaitan dan sekutu kepada Syaitan! Betul tak??

THE PREPARATIONS

Setelah kata sepakat telah dicapai, OBM pun tanpa berlengah lagi, terus memulakan kertas kerja cadangan untuk dikemukakan kepada pihak Jawatankuasa Surau Austin Perdana. Berdebar jugak hati wa ni, menantikan maklumbalas daripada pihak surau. Mana taknya.. Tak pernah dibuat orang.. geng surau pergi berconvoy. Namun jauh di sudut hati wa, wa yakin proposal ni akan berjaya. Sebabnya ialah projek ini langsung tidak menyalahi syariah Islam, malahan merupakan cara yang sangat inovatif untuk mendekatkan golongan muda mendekati masjid. Mengenepikan persepsi  salah segelintir anak muda terhadap golongan yang rajin menghuni masjid. Paling utama, wa yakin bahawa sebarang kaedah untuk mendekatkan diri dengan Allah swt, sudah pasti mendapat pertolongan dan keberkatan daripada-Nya.

Alhamdulillah, cadangan ini telah berjaya menarik minat pihak jawatankuasa surau. Mereka bukan sahaja tidak membantah, malahan telah mengekspresikan keterujaan mereka terhadap projek cadangan ini. Setelah, mendapat mandat untuk mengelolakan projek ini, perkara pertama yang wa dan OBM laksanakan ialah mengemukakan cadangan tersebut kepada Presiden Kelab ketika itu, iaitu Prez Ayin. Tak silap wa, usul tersebut telah dibentangkan pada Prez Ayin pada pertengahan bulan Oktober 2011. Ianya bukan setakat pembentangan cakap-cakap, tapi lengkap dengan itinerary, costing, objektif, kaedah perlaksanaan, punca sumber kewangan dan sebagainya. Syukur, Prez Ayin telah meluluskan kertas cadangan kami setelah berpuashati dengan pembentangan yang dibuat. Tempoh dua bulan berikutnya digunakan sepenuhnya untuk penambahbaikan terhadap pengisian projek. Pada 26 Januari 2012, secara rasminya, suatu mesyuarat telah dilaksanakan di ofis wa di antara wakil Surau Austin Perdana, Rep 1 Herman Rays dan Arm Afham selaku Ketua Biro Kerohanian, Southern Chapter. Heheh..

Suka wa nak maklumkan bahawa Penganjur untuk projek kali ini adalah Jawatankuasa Surau Austin Perdana, manakala Southern Chapter dijemput sebagai Penganjur Bersama yang bertanggungjawab untuk mengelolakan perjalanan program. Maka bermulalah tugas berat yang diagihkan sesama kami. Bermula dengan permohonan pelepasan daripada PDRM, bantuan teknikal daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, permohonan sokongan daripada Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan serta Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Sudah memang rezeki projek ini, walaupun tidak memberikan ‘commercial value’ yang tinggi, kami masih dihujani dengan pelbagai tawaran untuk penajaan. Itulah sebabnya, bayaran untuk event kali ni hanyalah sebanyak RM70 untuk seorang sahaja.

Hanya satu kesukaran yang dialami untuk projek kali ini, iaitu Penganjur iaitu Surau Austin Perdana terpaksa menetapkan kuota kerana ingin membahagikan nilai tajaan tersebut ke jumlah yang munasabah. Sebagai contoh, katalah tajaan yang diperolehi bernilai RM6,000.00. Pihak Surau terpaksa menetapkan jumlah kuota sebanyak 100 peserta sahaja untuk memberikan subsidi sebanyak RM60.00 seorang. Kalau tak ditetapkan kuoto, dikhuatiri subsidi yang diniatkan tersebut, menjadi nilai yang sangat kecil. Sebahagian kuota diberikan kepada kariah surau, manakala selebihnya kepada club. Maka oleh sebab itulah, keutamaan diberikan kepada members southern chapter terlebih dahulu. Lebihan kuota club kemudiannya diberikan kepada rakan-rakan dari luar southern yang mempunyai pengalaman yang meluas sebagai working cars. Pengalaman yang luas adalah ‘vital’ untuk convoy kali ini kerana working cars bertanggungjawab untuk mengawal convoy yang bukan sahaja terdiri daripada members club yang menampilkan ramai muka2 baru, tetapi turut disertai oleh kariah surau yang rata-ratanya tidak pernah terlibat di dalam sebarang aktiviti convoy sebelum ini. Jadi, jemputan kali ini bukanlah seperti jemputan kenduri kahwin (dijemput untuk makan sahaja). Walaupun mereka yang di luar Southern dijemput, mereka juga diminta untuk bertugas dan tanggungjawab yang dipikul itu sememangnya amat berat. Terharu hati wa mendengar kesanggupan rakan-rakan dari luar southern untuk bersama-sama menggembeling tenaga, wang ringgit dan pengalaman untuk event ini. Kitorang mohon maaf kalau tak dapat menjemput ramai lagi rakan2 dari chapter lain. Kuota yang diberikan sangatlah limited. Itupun, kitorang cepat2 rebut kuota surau bila dapat tahu ada peserta daripada surau yang menarik diri.

Cabaran pertama bermula tatkala OBM ke IPK PDRM (Cawangan Trafik), JB.

“Assalamualaikum Tuan. Saya wakil daripada Surau Austin Perdana, nak mohon permit pelepasan tuan.”, kata OBM kepada Pegawai Turus Trafik. OBM telah mengenakan celak Mekah pagi tu untuk menampakkan ciri-ciri susilanya. Sebagai tambahan untuk meyakinkan pegawai trafik tersebut, OBM juga telah mengenakan kemeja berkolar Raihan. Sama seperti kepunyaan Dani Ivanov aka Kopie, yang tidak lagi dipakai akibat dibahan kawan-kawan sebelum ini. Kekekekek..

“Mintak maaf encik. Encik salah tempat ni. Encik sepatutnya ke Jabatan Agama Islam Johor, bukannya ke sini.”, konfiden jek pegawai tersebut memberikan jawapan beliau kepada OBM.

“Eh.. Selalu memang saya ke sini Tuan.”, OBM dah mula menampakkan perangai gelabahnya.

“Tak mungkin encik. Sini adalah IPK PDRM (Cawangan Trafik). Kalau nak buat ceramah agama, encik kena mintak permit daripada Jabatan Agama Johor, bukan kat sini.”, getus pegawai trafik tersebut menampakkan sedikit kekeliruan beliau.

“Bukan Tuan. Kami bukan nak buat ceramah agama, tapi nak buat convoy.”, kata OBM tersengih-sengih.. sebijik macam sengihan Gemuk Derhaka sewaktu kantoi apabila wiper belakangnya dikesan menggunakan double-sided tape.

“Loorrr.. ye ker.. Maafkan saya. Tak pernah pulak saya terima permohonan convoy daripada AJK Surau. Bak sini surat tu. Nanti saya uruskan.”, kata pegawai trafik tersebut.

Huhuhu.. Lu orang tengok sendirilah. Betapa pelik dan asingnya projek kita kali nih. Tapi takper, niat yang baik perlu diteruskan. Banyak lagi peristiwa pelik yang berlaku sepanjang persediaan projek ini. Tapi, wa dah lapar ni. Wa terbau aroma rempah soto yang datang dari dapur wa. Malaslah wa nak citer panjang2 lagi. Jemput makan semua.. huhuhu..

THE RECCE

Recce untuk persediaan pace note telah dilaksanakan pada 7 April 2012. Seramai 4 orang telah bertugas menjalankan tanggungjawab tersebut iaitu wa, OBM, adik Iskandar dan Joy Satriani. Kenderaan rasmi untuk tugas recce ini adalah Toyota Alphard metalik hitam, bukan hitam kusam macam Zamri V-Sixers punyer keter. Jam 6.30 pagi, wa telah tiba di rumah Joy Satriani untuk sama2 ke Surau Austin Perdana, di mana RV Point yang memerlukan mileage speedometer perlu di’0’ kan.

30 minit yang pertama, memang menyeronokkan. Maklumlah.. dah agak lama jugak kitorang tak buat pace note. Teringat balik  masa zaman kegemilangan dulu-dulu. Semangat punya pasal, wa dengan Joy Satriani siap bertumbuk sampai lebam mata, semata2 kerana berebut nak buat pace note. Huahuahua..

Jam 9.00 pagi.. minda dah mula penat. Perut dah mula berbunyi. Kepala dah mula senoneng sebab sebenarnya wa dengan Joy demam selsema hari tu. Maka kali ni, berlakulah lagi adegan kung fu di dalam Toyota Alphard tersebut. Kalau tadi, insiden disebabkan masing2 berebut nak buat pace note. Kali ni pulak, masing2 menolak sesama sendiri untuk continue buat pace note. Memandangkan wa dengan Joy sama-sama tak nak mengalah, kitorang beralih untuk mencari mangsa seterusnya. Oleh sebab wajah OBM ada iras2 macam Dafi AF yang lembut dan sopan.. maka wa dengan Joy sepakat untuk tarik telinga OBM. Sorang tarik belah kanan, maka sorang lagi tarik belah kiri. Teresak-esak OBM bila dipaksa untuk meneruskan kerja membuat pace note. Maka, tertawa kuatlah wa dengan Joy, laksana penyamun yang menemui harta karun di dalam gua.

Jam 10.00 pagi.

“OBM! Bila kita nak berenti brekfes nih? Wa dah lapar ni.”, kata wa kepada OBM. OBM boleh pulak dia buat muka bodoh jek. Diam tak nak cakap langsung. Mungkin masih merajuk kerana cuping telinga beliau dah runcing ke atas macam dalam citer Planet of The Apes tuh, akibat dikerjakan oleh wa dengan Joy tadi.

“Woi OBM! Lu dengar ke tak, huh? Bila nak berhenti makan ni?”, kata Joy sambil mengetuk bucu fail pace note tersebut tepat ke arah pusar rambut OBM.

“Sabar lah. Perut pun kena recce jugak. Kita kena recce, baper lama perut kita boleh tahan lapar.”, jawap OBM. Dan serentak dengan jawapan itu, PTT Handie wa yang sebesar pau kacang ahmad, telah wa sumbatkan ke mulut OBM.

Serentak dengan itu juga, mata Joy meliar sekitar Alphard tersebut. Manalah tau ada lebih-lebihan makanan dalam Alphard tersebut. Mata wa pun turut melilau sama tapi tak jumpa apa-apa pun kecuali sepasang selipar jepun lusuh di sudut kiri Alphard.

“Nyam nyam nyam… Nyam nyam nyam..”, kedengaran bunyi seperti seseorang tengah mengunyah sesuatu di sebelah wa. Alangkah terkejutnya wa, bilamana wa menoleh ke sebelah.. kelihatan Joy sedang mengunyah selipar jepun tersebut dengan lahapnya.

“Apa pandang-pandang.. tak pernah tengok orang makan selipar jepun ker? Wa lapar lah!!”, marah Joy bila melihatkan wa sedang memandang beliau sambil mulut ternganga. Berkaca jek mata si Joy ni wa tengok, sambil dia mengunyah selipar jepun tuh. Sedih kot sebab lapar. Tak sampai 10 minit, keseluruhan selipar jepun tersebut telah selesai dimamah oleh Joy. Licin habis sampai sayap lipas yang melekat kat tapak selipar tu pun, ditelannya.

Diringkaskan cerita, kitorang bekpes pada pukul 11.00 pagi dan makan tengahari pada jam 7.00 malam. Akibat daripada kelewatan tersebut, mata OBM kedua2 belah telah lebam akibat disiku oleh wa dengan Joy. Dan akibat daripada kelewatan tersebut, Joy telah pulang ke rumah dengan berkeadaan kaki ayam, sebab kasut Dr Cardin yang biasanya dipakai sewaktu nak pergi melawat zoo.. telah habis dimamah oleh beliau sendiri.

Setiap persinggahan kami ke masjid-masjid dan sekolah tahfiz, telah diberikan sambutan baik oleh jawatankuasa masjid & sekolah. Besar sungguh hati mereka bila kami nyatakan hajat untuk mengunjungi tempat mereka.

“Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.”, wa masih ingat lagi kata-kata pakcik AJK Masjid Lama Kg. Olak Sepam.

Dan dibalas pula dengan peribahasa oleh individu yang mendapat gred C6 subjek BM semasa SPM, iaitu Joy, dengan kata2 yang sungguh konfiden..  “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.” Badol betul si Joy ni. Takde kena-mengena langsung peribahasa yang dia balas. Tapi wa dengan OBM maafkan jer lah sebab itu mungkin tindakbalas chemical percampuran enzim perut beliau bersama selipar jepun yang dimakan tadi. Huahuahua…

Recce berakhir kira-kira jam 12.30 pagi hari berikutnya. Alhamdulillah, persediaan event telah separuh siap. Walaupun letih yang amat, kami berasa lega kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Dua minggu berikutnya, briefing telah dijalankan di Surau Austin Perdana selepas solat Isya’. Kalau JJJ pertama, briefing dilaksanakan di mamak.. JJJ 2 pulak dibuat di perkarangan Post Office. Tapi kali ini, sesuai dengan temanya, “Kembara Masjid Darul Takzim: In Search of The True Nur”.. briefing kita buatlah kat surau pulak. Tahniah kepada OBM kerana persediaan briefing untuk kali ini sungguh professional. Lengkap dengan microphone, projector, PC, speaker dan lain-lain kelengkapan lagi.

30 minit yang pertama, masing-masing khusyuk duduk bersila mendengar penerangan daripada convoy commander, Joy. Macam-macam persoalan dan cadangan ditimbulkan. Pada wa, ini merupakan sesuatu yang amat positif kerana terdapat perbincangan dua hala. Berbanding suatu ketika dulu, masing-masing berat nak bukak mulut.. mungkin sebab suara lu orang macam Suniyo… tapi kali ini, masing-masing berani melontarkan idea dan pendapat. Syabas kepada semua.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Briefing pace note baru selesai separuh jek nih. Masing2 dah nampak keletihan. Fara Slux aka Neezal yang tadinya tekun duduk bersila, sudah mula melunjurkan kaki. 10 minit kemudian, bila wa toleh balik.. aikkk… dah meniarap sambil mendongak pulak. Gaya dia samalah macam gaya Semut Merah yang meniarap tunggu baby dia tidur, sebab nak usik mama baby tu di malam Jumaat. Huahuahuahua… Briefing tamat pada jam 12.30 am, dan diteruskan dengan pemeriksaan teliti convoy equipments. Program seterusnya ialah bersantai di Mamak hingga jam 3 pagi.

Apa yang menarik berkenaan dengan convoy structure kali nih ialah jumlah revision yang dibuat. Ada jek perubahan. Sampai 3, 4 kali perubahan dalam sehari. Penat wa print. Lepas print, berubah lagi.. print, berubah lagi.. print, berubah lagi. Wa rasa kalau wa kumpul semua kertas convoy structure yang berubah tu.. dan dijual pada apek suratkhabar lama.. duit yang dapat tu, mungkin cukup untuk beli sepasang driving shoes Puma Ferarri macam wa punya. Bolehlah wa bagi kat Paka Rasta. Kesian wa tengok paka rasta ni.. ada ker pergi convoy jadi Hot Car.. tapi pakai kasut main takraw! Wakakakakakak… Kalau pun bajet tak cukup.. beli jek puma ferarri siam macam Ayin VRS punyer tuh.. kekekekek..

DAY 1 – MENCARI BIASAN NUR

Wa cukup kagum dengan komitmen peserta-peserta event pada kali ni. Masing-masing sedaya-upaya cuba untuk berada di RV Point pada jam 6.30 pagi seperti yang telah dimaklumkan. Rakan-rakan dari central dan Melaka telah sampai secara berperingkat pada jam 12.30 pagi dan 3 pagi, dan ditempatkan di penginapan sementara di Taman Mutiara Rini. Ada jugak yang tidur di surau tempat RV Point pada malam sebelum hari kejadian.

Kariah-kariah surau sudah memenuhi RV point sejak waktu solat subuh lagi. Masing-masing kelihatan teruja melihat deretan Perdana yang memenuhi kiri dan kanan bahu jalan. Ada yang muda, malahan ada juga yang sudah mencecah umur 70 tahun. Nun di kejauhan, kelihatan seorang pakcik yang berumur kira-kira 70 tahun menghampiri OBM. Dengan perlahan-lahan, pakcik tua tersebut melangkah lalu membisikkan sesuatu kepada OBM.

“Wan. Pakcik nak tanya nih. Pukul berapa basnya nak sampai?”, bisik pakcik tua tersebut.

“Astaghfirullahalazim. Pakcik.. kita bukan naik bas. Kita naik kereta ramai-ramai.”, jawap OBM dengan penuh kesabaran.

“Oh… pakcik fikir, kita naik bas!!!”, geleng pakcik tua itu. Mungkin konfius sebab selama ini beliau menyangka, ini adalah rombongan bas. Takper pakcik. Izinkan kitorang bagi pengalaman baru untuk pakcik. Heheh..

Berikut adalah senarai working cars yang bertugas untuk event pada kali ini.

ZERO – OBM, Iskandar, Ridzuan, Mivec
CTRL – Boss Rock JGC, Joy Satriani
SWPR – Kopie, Firhad
HOT 1 – Herman Rays, YusTT
HOT 2 – Ayin VRS, Fedanza
HOT 3 – Upin & Ipin
HOT 4 – Paka Rasta, Syaril GAS
HOT 5 – Landak, Wan Ballak, Bob_Tdy
HOT 6 – Wak Erol, Yazid
MEDIA – Muhammad Dienz, Ayahanda, Jimi Remon
ERV – Jongkong, Amirul Farid
Last Car – Gemuk Derhaka, Arm Afham
TLA – Rahman Pekan, Mantai
BMA – Madi Melaka, Nobita
TLB – Mazlan Sgmt, Bart Sgmt
BMB – Omrio
TLC – Zack Taipan, Ariekatok
BMC – Hafiz 68, Semut Merah


Untuk kali ini, kembara disertai oleh 157 buah kereta, termasuk kereta2 members yang ke RV point utk mengucapkan selamat jalan. Termasuk juga kereta2 pakcik2 dan makcik2 daripada kariah surau yang menghantar jiran-jiran mereka dan termasuk juga members2 yang menanti ketibaan convoy di daerah masing2. Tu tak termasuk van jual pokok lanskap yang berhenti tengok kitorang lagi tuh.. Heheh.. Tapi yang sebenar-benarnya jumlah yang mengikuti convoy adalah 40 buah kenderaan dengan 91 orang peserta. Kena cakap jujur ni.. ini event mencari ‘Nur’ nih.. tak baik cakap mohong.. heheh..

Jam 7.00 pagi, peserta dihidangkan dengan sarapan buat mengalas perut. Makan bihun putih dengan teh panas jek. Syukurlah.. bihun putih pun takper, rezeki Tuhan bagi jugak tuh. Sarapan ringkas ini disediakan untuk mengelakkan Joy Satriani daripada mengunyah selipar jepun lagi. Hikhik.. Selesai bersarapan, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Surau Austin Perdana dan diikuti oleh Rep 1 Southern Chapter, saudara Herman Rays. Dalam ucapan Herman Rays, beliau telah menekankan tentang kepentingan kita bertaqwa kepada Tuhan. Lu orang jangan tak cayer.. Lama tuh beliau bagi syarahan. Nasib baiklah kepala Rep 3 Khairul Hashim aka Landak Perdana dah mengeluarkan asap dari celahan tanduknya.. kalau tak, sampai tengahari pun tak habis lagi syarahan Rep 1 wa nih.. huhuhu..

Seterusnya, bacaan doa telah dilaksanakan oleh AJK Surau. Sepatutnya, Rep 2 Yusainee Sharil yang bacakan doa. Tapi beliau tidak dapat dikesan ketika itu, sehinggalah bacaan doa oleh AJK Surau tersebut selesai. Rupanya, beliau telah bersembunyi di dalam tandas surau.. APTB la lu nih.. kekekek..

Sejurus selepas itu, acara simbolik flag off telah dilakukan sebagai tanda permulaan convoy Jelajah Masjid Darul Takzim: In Search of The True Nur. Perjalanan hari pertama ini adalah berjumlah 289.5km. Gugup jugak pada mulanya. Dah agak lama jugak working cars ni tak memimpin convoy. Mujurlah ada rakan-rakan seperti Joy Satriani dan Kopie yang membantu menenangkan keadaan. Bagi menenangkan hati sendiri, ERV Jongkong telah memasang CD lagu daripada kumpulan Arrow iaitu “Tak Suka Tak Apa” yang merupakan lagu siulan kegemaran beliau. Ia diikuti oleh lagu daripada kumpulan Feminin, iaitu “Kini”. Berlainan dengan ERV, CTRL telah memasang CD daripada kumpulan In-Team bagi melapangkan minda. Convoy bergerak lancer menuju Jalan Tebrau, Pekan Tiram dan seterusnya ke Checkpoint pertama iaitu, Masjid Al-Hadji, Kg. Makam, Kota Tinggi, iaitu tempat dimakamkan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Antara banyak2 Hot Car.. Hot 3 lah yang paling pantas memblock simpang2 untuk 1 jam yang pertama nih. Ini disebabkan jumlah daya tekanan throttle paddle yang tinggi apabila mengenakan kasut Timberland yg dikhususkan untuk penebang-penebang pokok balak. Kekekekek..

Solat sunat Dhuha kemudiannya dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadu’. Kami kemudiannya ke bangunan yang bersebelahan iaitu tempat letaknya Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Taklimat telah diberikan oleh Penjaga Makam tersebut dengan penuh penceritaan yang bersemangat, sehinggakan Radi Segamat menitiskan air mata beliau. Ianya diikuti oleh peserta-peserta lain yang berasa tersentuh dengan kisah yang diceritakan. Cuma, Rep 3 Landak Perdana jek yang tersenyum-senyum. Maklumlah, dia kan dah biasa baca Hikayat-Hikayat Sejarah ni. Jadi, dia tak heran langsunglah dengan cerita ni.. kekekekek. Taklimat berlangsung agak lama jugak. Rasanya adalah dalam 20 minit. Sejurus selepas itu, convoy pun bersedia untuk meneruskan perjalanan ke Mersing melalui Jemaluang. Masa nih, wa cukup angin dengan MEDIA Dienz.. Mana taknya, masa CTRL buat comm check.. si Dienz nih tak menyahut. Wa pun pelik.. Selalu, dialah orang yang paling pantas bersedia. Sekali wa tak boleh tahan, wa pun kuar keter la nak cari dia. Cehh.. patutlah lambat. Ada ker pergi convoy pakai kasut converse hi-cut macam budak skateboard. Memanglah makan jam kalau nak sarung kasut tuh. Maka, terpaksalah Dienz menerima takzirah daripada wa (tak boleh sebut maki-hamun.. kembara masjid nih). Maka, berlarilah si dienz tu dengan linangan air mata lalu mendapatkan ayahanda beliau. Heheh..

“Dah.. dah.. Jangan nangis lagi. Nanti Papa belikan raket YY Yonex yang macam Lee Chong Wei punya tu, eh..”, pujuk ayah Dienz. Lepas kena pujuk cenggitu, barulah Dienz berhenti menangis.

Setelah keadaan terkawal, convoy pun meneruskan perjalanan dengan melakukan lintas hormat di Stesyen Petronas Kg. Makam, sebagai tanda terima kasih atas tajaan ikhlas yang disumbangkan. Convoy diteruskan ke Jemaluang, dan disepanjang perjalanan, MEDIA Jimi Remon telah melakukan banyak adegan stunt untuk mendapatkan shot terbaik. Ada ketikanya, bila beliau berdiri di atas divider jalanraya.. public semua ke tepi. Ada yang siap berenti tepi jalan lagi. Bukan sebab rupa beliau macam Shah Jaszle, tapi sebab public ingat beliau merupakan anggota UTK yang sedang melakukan operasi. Mana taknya.. beliau menyarung ski mask kaler hitam di kepala.. sebijik macam anggota UTK.

Convoy akhirnya selamat tiba di Masjid jamek Mersing untuk menunaikan solat sunat tahiyyatulmasjid. Selesai bersolat, acara yang paling ditunggu-tunggu oleh Lukman Mivec pun tiba, iaitu acara lumba makan nasi. Maka, tanpa perlu disangkal dan dipersoalkan lagi, gelaran juara bertahan masih lagi menjadi milik beliau dengan rekod, 5 pinggan nasi, 8 ketul ayam sambal, 6 senduk sayur kobis goring dan 11 cawan air sarsaparilla. Syabas diucapakan kepada beliau. Semoga gelaran juara bertahan ini dapat terus dikekalkan di masa-masa yang akan datang.

Semasa di sini, terdapat 2 buah kenderaan yang mengalami sedikit kerosakan mekanikal. Wa pun tak berapa pasti apakah jenis kerosakan tersebut. Tapi wa perhatikan, ERV Farid NGV cuma pusing2 stering, enjut-enjut body.. terus jadi OK. Pergh! Kereta pun Farid NGV boleh rawat secara batin lah. Respek giler kat brader nih.. hahahah..

Perjalanan selepas ini akan menjadi sangat mencabar selepas ini, dengan rintangan trafik yang amat sibuk serta keadaan permukaan jalanraya yang kurang memuaskan, selain jarak perjalanan yang agak jauh, kira-kira 122 km melalui jalan lama, sebelum sampai ke checkpoint seterusnya. Anugerah kecemerlangan working car untuk route ini jatuh kepada SWPR Kopie & Opil. Memang layaklah SWPR Kopie menyarung kasut Puma Ferarri merah original yang dibeli di Pavillion, yg siap dapat beg. Ni wa bodek lu ni, rock.. so, lu pandai-pandailah simpan rahsia wa, eh.. Hikhikhik… Pantang CTRL suruh push… berkahak2 dia berdesup. Sampaikan co-pilot SWPR Opil, mengalami sindrom dislocated shoulder joint, akibat daya impulse rintangan angin, semasa beliau memberikan isyarat tangan kepada members untuk merapatkan convoy.  Laju tak lajulah kereta SWPR Kopie nih… Wa dah bodek lu 2 kali ni taw.. kalau lu pecah rahsia pasal kasut wa tu jugak, putus sedare lah jawapnyer.. wekekekek.. Agaknya, berkat event menyucikan diri nih.. sendi bahu Opil dapat dimasukkan semula dengan sendirinya. Berpeluh jugak si Opil masa nih. Ni wa citer kisah benar nih.. cakap masjid nih. Tak cayer, boleh tanya SWPR Kopie atau Opil sendiri.

Convoy bergerak hensem keluar dari Masjid Jamek Mersing, melalui Nitar. Kahang dan seterusnya memasuki Bandar Kluang. Pada ketika ini, CTRL terpaksa membuat keputusan untuk menjalankan system loose convoy, di mana HOT CARS telah ditugaskan untuk mengiringi convoy secara berpecah. Ini terpaksa diputuskan, memandangkan kesibukan trafik yang amat kritikal, dengan lintasan landasan keretapi, menempuhi dua simpang roundabout, 11 lampu isyarat dan jalan yang sempit serta lane yang kadangkala mengelirukan. CTRL kemudiannya berhenti di Pusat Pemeriksaan jambatan Timbang JPJ bagi memberikan peluang kepada keseluruhan convoy untuk merge semula. Maka bermulalah adegan malu-malu budak2 yang pakai kepala Emeraude.. termasuklah HOT 1.. hahahah.. Siap selimut kepala Emeraude dengan tuala lagi tuh.. Kekekekek..

Setelah merging selamat dilaksanakan, convoy pun meneruskan perjalanan melalui pekan Air Hitam dan terus ke Yong Peng, di mana checkpoint seterusnya ialah Masjid jamek Yong Peng. Hatta, berpusu-pusulah para peserta menuju ruang solat masjid untuk menunaikan Solat Zuhur dan Asar secara Jama’ Ta’adim. Subhanallah.. Maha suci Allah, pencipta sekalian alam. Sungguh indah pemandangan apabila melihatkan saf-saf dipenuhi oleh rakan-rakan yang mengenakan T-Shirt event yang direkacipta oleh Paka Rasta. Sungguh merdu kedengaran apabila mendengarkan rakan-rakan sama-sama mengangkat takbiratul ihram. Paling terharu melihatkan CTRL Joy Satriani lengkap dengan kopiah jawanya, bersama-sama berjemaah. Sungguh suci wajah CTRL Joy Satriani, bila wajahnya dibasahi dengan wudu’. Adakah CTRL Joy sudah menemui Nur yang telah hilang selama ini? Adakah Nur ini akan berterusan mendampingi beliau selepas ini? Kita saksikan aje di hari yang kedua nanti.

CTRL telah memberikan sedikit masa kepada peserta untuk berehat seketika memandangkan perjalanan sebentar tadi, sememangnya amat memenatkan. Maka, ada di antara peserta yang mengambil kesempatan untuk menjadi tok kiyai ekspres bagi mengaut sedikit-sebanyak keuntungan, untuk cover balik duit minyak. Lu orang tengok je lah video Jimi Remon, kalau nak tau saper yang jadi tok kiyai tuh.. heheh..

Selesai bersolat, masing-masing pun duduk di tangga untuk menyarung kasut masing2. Macam-macam jenis kasut members yang wa dapat lihat. Si Omrio dengan kasut pegi melawat Zoo Negaranya, Arm Afham dengan kasut St. John Ambulance, Semut Merah dengan kasut Puteri Islam, Zack Taipan dengan kasut macam nak pegi pertandingan GP Joran, Adi pulak dengan kasut untuk pungut getah sekerap, Qimie dengan kasut sarung macam dalam citer Dallas dulu2 tuh, manakala Jongkong kekal dengan imej jiwang karatnya, mengenakan kasut pallas jazz bunga-bunga yang popular sekitar tahun 1989 dulu. Huahuahuahua…  Lenkali, kalau nak gi convoy pakailah driving shoes Puma Ferarri macam wa, kopi, fedanza, fairul dgn ayin. Pakai yang tiruan macam Ayin punyer pun takper. Dia beli murah jek tuh. Bolehlah kirim kat dia. Ikut cerita, kasut yang Ayin beli tu diseludup keluar daripada Siam. Tapi kalau beli yang tiruan macam Ayin punyer tuh, takde kotak lah. Isi dalam beg plastik mcm beg plastik orang beli sayur sawi kat pasar tuh.. wakakakakak..

Dalam ramai-ramai tu, ada sorang member yang mengenakan fesyen kasut yang cukup luar biasa. Wa tak berapa perasan sebab Nampak dari jauh jek. Dari kejauhan, macam kasut Ussain Bolt. Hitam putih kaler dia. Tapi bahagian putih tu, nampak sikit jek. Dek kerana perasaan ingin tahu yang meluap-luap sepertimana perasaan Horatio Caine dalam siri CSI Miami, wa pun mendekatinya. Loorrrr… cagu rupanya! Wakakakakak… Rupanya, itu bukan kasut, tapi balutan surgery gouse di ibu jari kaki sebesar buah kedondong yang dah masak ranum. Tak sangka wa.. bakal professor pun ada cagu jugak, eh.. Cer teka saper punya cagu tuh? Saper lagi kalau bukan Professor Ballak punyer.. wakakakakak…

Convoy kemudiannya diteruskan menuju ke Shell Cha’ah untuk mengisi bahan api ke dalam kenderaan masing-masing. Sejak dari awal perjalanan di RV Point tadi, working cars telah mula menerapkan konsep ‘Nur’ dalam memberikan audio transmission. Ye lah, ini kan event kembara masjid.. jadi, kenalah sedaya-upaya cuba menyesuaikan diri dengan konsep dan tema yang dah ditetapkan.

“HOT 1 secure roundabout 3 o’clock, HOT 2 secure 9 0’clock, Insya-Allah”, CTRL memberikan arahan.

“HOT 1 Roger, Insya-Allah.”, jawap HOT 1.

“LAST CAR, Status.. Insya-Allah”, tanya CTRL kepada LAST CAR.

“LAST CAR melepasi Tango Lima, Alhamdulillah”, lapor LAST CAR.

“Subhan-Allah. Indahnya shot ni yang berlatarkan gunung”, kata MEDIA pulak.

“Masya-Allah, convoy terputus.”, lapor SWPR pula.

Pergh… damai jek jiwa mendengar arahan2 dan jawapan2 sedemikian. Sedikit-sebanyak, adalah jugak pahala yang kita dapat sepanjang convoy ini apabila di setiap masa, kita mengingati Tuhan.

Peserta kemudiannya mengisi bahanapi secara teratur dan penuh disiplin. Pihak Shell juga telah bermurah hati menyediakan sedikit juadah untuk minum petang. Juara bertahan acara lumba makan, Lukman Mivec tidak ketinggalan berlari-lari anak, menuju ke meja hidangan sambil membawa plastik kosong untuk bekalan hari tua beliau.. huahuahua..

Bagi budak-budak muda macam Hapis, diorang mungkin kurang berkenan sikit dengan kuih-muih tradisional yang disediakan. Maklumlah, sebahagian hidup dihabiskan dengan bermain PSP jek. Manalah nak kenal dengan kuih-muih tradisional Melayu. Maka oleh yang demikian, beliau telah membelanjakan sebanyak RM48.60 untuk membeli jajan di dalam kedai Shell tersebut. Tersenyum simpul jek muka Hapis ni, sebaik saja melangkah keluar dari pintu kaca kedai tersebut. Siap jinjit dua plastik beg besar lagi. Ada twisties, cheezels, keropok udang rota, mr. potato.. gula2 nano nano pun dia beli jugak. Lantak lu lah Hapis. Jangan malam karang lu kejut wa suruh teman lu gi melepas, sudah lah..

“Perhatian! Perhatian! Cashier maklumkan ada satu kereta yang belum buat pembayaran minyak sebanyak RM68.00. Sila jelaskan bayaran dengan segera.”, kata wa melalui system pembesar suara, memecah keheningan petang di pecan Ca’ah. Rupanya, ada yang belum membayar duit minyak, seperti yang dimaklumkan oleh manager station.

Bilamana takde yang menampilkan diri, wa terpaksa memberi amaran keras. “Jangan sampai wa suruh manager Shell ni pasang playback CCTV. Teruk lu orang nanti.”

Rupa-rupanya, badigol so’od yang terlupa nak bayar duit minyak ialah Hapis dgn co-pilotnya, Semut Merah. Dengan muka ala-ala Fizz Fairuz yang terkehel pergelangan kaki, Hapis jalan terhenjut2 bagaikan Mat Rock tahun 1988, menuju ke kaunter bayaran, lalu membuat bayaran sebanyak RM68.00. Akibat terlalu malu, Semut Merah telah menghadiahkan lempangan jurus ke-7 ke muka hapis, sebaik saja Hapis memasuki kereta beliau. Ianya tidak terhenti setakat di situ saja. Semut Merah kemudiannya telah memberikan satu lagi cenderamata, iaitu tendangan tanpa bayang jurus petala ke-23, tepat ke perut Hapis. Maka sejak kejadian tersebut, terpatrilah nama hulubalang Melayu Moden, iaitu Hapis 68!

Convoy kemudiannya, meneruskan perjalanan menuju ke Bekok, yang terletak di daerah Segamat, di mana end point hari pertama akan dilabuhkan, iaitu di Hutan Simpan Sungai Bantang. Pada ketika ini, CTRL telah mengarahkan SWPR untuk bersama-sama shoot ke simpang masuk, kerana kami perlu membuat ‘two layer blocking’, memandangkan simpang tersebut berada laluan tersebut merupakan trek racing treler2 dan lori2 besar. Ini ditambah pula dengan laluan berbukit yang menghalang pandangan trafik dari arah hadapan. Oleh sebab itu, SWPR perlu berada kira-kira 100 meter selepas simpang masuk ke kanan, bagi memberikan amaran kepada kenderaan boogie, supaya memperlahankan kenderaan, sebelum CTRL memberikan arahan ‘full stop’ kepada mereka di simpang tersebut. Apa yang wa nak citer sebenarnya, bukan kisah ‘two layer blocking tersebut’, tapi kekurang asaman SWPR ketika bersama CTRL memecut ke tempat tugasan tersebut. Mentang-mentanglah CTRL Cuma pakai NA Manual.. SWPR dengan sewenang-wenangnya mencucuk CTRL, sehingga jarak kereta kami berdua, cuma 3-6 inci saja antara satu sama lain. Lepas tu, ada pulak convoy motor kapcai kat depan dengan kelajuan anggaran 80km/h. Maka tanpa memikirkan risiko ke atas gearbox 312 2WD CTRL, CTRL telah drop ke gear 2 semasa kelajuan mencatat 90 km/h. Cilakak punya SWPR. Kalaulah pecah gearbox gua, konfem gua claim daripada lu orang.. Huhuhu..

Nggak seperti JJJ yang terdahulu, seluruhan convoy mobil Perdana ini kali, bisa sampe sebelum lewat sore. Maka dengan itu, peserta semua bisa menyamankan diri dalam danau terjun yang nyaman sekalik airnya. Meriah sungguh ya suasananya.. bagekan pesta libur gituk.

Luk semuak emangnya pasti berasa kaget, ngapa’in donk guwe bicara bahasa sebigini. Emangnya luk semua nggak ketahuin, bahawa tika guwe sambungin menulis review ini, guwe sedang berada di Jakarta. Lagik atas tuntutan kantor donk. Maka’in, atas dasar tanggungjawab, guwe terusin jua menulis, untuk tatapan luk semua. Capek sekali kok kerja guwe di sini. Bangkitnya jam 6.00 pagi, lalu terusin kerjanya sampe jam sepuluh, sebelas. Nggak mengapa donk. Sedikit masa yang ada, guwe guna’in untuk menulis.

Sedang enak-enakan peserta semua berlibur di danau, Bung Mivec lantas bertanya, “Kapan donk mau dihidangin makan malamnya?”

Sejurus didengarin pertanyaan tersebut, maka Bung Radi Karno a.k.a Paman Kantin, yang emang diberi tugasan menyiapkan makan malam, terus-terusin melontar Bung Mivec  ke dalam danau tersebut. Maka, lemasin lah Bung Mivec di dalam danau yang dalamnya kirak-kirak setinggi bukuk lali.

Nuh di kejauhan, kelihatan Bung Gemuk sama Bung Bob_Tdy, berlarik-larik ke tebing. Waduh waduh waduh.. begitu montok sekali bentuk badan mereka berdua. Memandangkan mereka nggak memake baju, ditambah pula dengan keadaan mukabumi yang nggak rata.. dada mereka gegarin deras persis dada si Luna Maya, tatkala mereka berdua berlarik. Hal ini rupanya, telah membangkitkan ghairah Bung Joy Si Supir Pesawat.. yang emangnya udah agak lama berpuasa kerna tugasan pilotnya ke luar negeri.

Lantas kedua-duanya, iaitu Bung Gemuk sama Bung Bob terjun ke dalam danau. Maka dengan itu, keringlah danau tersebut akibat limpahan air yang keluar. Apa-apa’an sahaja mereka ini. Kasihan Dello. Malang sekali buat Bung Adi Pak Polisi itu, kerna saat itu, rambutnya masih bersampoo. Lebih malang kerna Bung Adi Pak Polisi nggak memake sampoo ‘Nggak Pedihkan Mata’. Lantas kepedihan kok matanya. Kasihan Dello. Menangis kok mencari air pili untuk mencuci matanya. Dipendekkan hikayat, maka istri Bung Adi telah mengelap mata suaminya dengan tuala ‘Selamat Sore’.  Apa-apa’an saja Bung Adi ni. Namanya ketua keluarga.. kok, nggak bisa dilepasin ngikutin convoy seorang diri. Antara nama-nama lain yang takutin istri, lantas terpaksa membawa istri bersama, termasuklah Bung Panjang Kulai juga. Kok ada lagi saorang yang turut takutin istri, tapi guwe nggak boleh bilang siapa namanya, kerna harus dihormatin kok. Namanya pun Rep 1 yang seharusin dihormati. Nggak bisa dingomong, donk.

Selesei bersihin dirik, Bung OBM terus laungin ajan moghrib. Maka berduyun-duyun para Jemaah mampir ke ruang solat yang dibina dengan kanvas. Selama hampir 8 tahun guwe di dalam club, nggak pernah lagi guwe lihatin Bung Fairul, Bung Joy, Bung Paka.. mengenakan kain pelikat cap Gajah Duduk beserta kopiah. Kalau guwe ituk, sudah biasa kok. Kediamannya juga di depan masjid, donk. Solat kamik telah diimamkan oleh kakek dari Surau Austin Perdana. Kerna kami semua sedang bermusafir, maka Isya’ nya jua disempurnakan sekaligus secara Jama’ Ta’adim. Menurut penceritaan oleh Bung Bart Segamat yang lewat menunaikan solat kerna pakaiannya terkena darah haid ayamnya, banyak sekali gaya takbir mereka ini. Yang paling menarik perhatian kerna kekhusyukkannya, adalah takbir oleh Bung Ballak. Bergetarin donk tangannya apabila merapati cuping telinga capangnya. Hampir-hampir saja Pak Renjer Husin mau hubungi ambulan, kerna disangkakan bahawa Bung Ballak terkena serangan Parkinson. Keikeikeikiekeik.. (bunyi ketawa cara Jawa ya..)

Selesei bersolat, kami lalu bersalaman sesama kami. Hampir saja Bung Kopie ciumin Bung Arm Afham kerna keghairahannya. Namun, bisa ditahan pabila kelihatan oleh ceweknya Bung Qimie Emeraude.

“Arghhh.. potongin cetim aja!”, keluh Pak Kopie.

Emang dasar manusia yang jarang-jarang bersolat seperti Bung Paka, pastinya akan digangguin oleh jin dan syetan. Makanya, ketika detik bersolat, Bung Paka telah terlihat kuntilanak, melalui ekor matanya. Kelihatannya, kuntilanak itu sedang duduk di bongkah batu besar yang berdekatan dengan sebatang pokok besar, yang dikenali dengan nama saintifiknya ‘Chronizulumpial Petiruquisin’. Bung Paka, nggak berani menceritakan apa yang dilihatnya, sehinggalah keesokan harinya. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, setelah melihat dan mempercayai tentang wujudnya makhluk lain ciptaan Tuhan, Bung Paka terus berasa insaf, lalu mengenakan jilbab menutup aurat setelah pulang dari acara ini.

Jam udah menunjukkan jam delapan malam. Seperti kebiasaanya, Bung Mivec telah berguling-guling di celahan akar pohon sambil memicit perutnya. Maka yang demikian, Bung Radi Si Paman Kantin, udah faham isyaratnya, lalu mula menghidangkan makan malam. Istimewa sekalik hidangan pada malam tersebut. Nasi Ambeng dihidangkan di dalam talam, lalu dikongsi makannya oleh 4 orang setiap talam. Semuanya makan berempat, kecuali Bung Gemuk, yang telah membawa dulang secara sembunyi-sembunyi, untuk dimakan saorang diri di balik batu danau. Bagik mereka yang nggak mengerti, kandungan nasi ambang terdiri daripada nasi putih, mi goring, ayam dimasak kicap, ikan masin, sayur sambal goring kombinasi kacang panjang dan tempe serta serunding kelapa. Bisa saja kan begini. Nggak perlu terlalu mewah dan membazir, kok. Saudara syetan tuh.. Nggak ada hasilnya kok jika makannya mewah, namun berhutang di kelak hari.

“Mewah bener kok nasi di talam ini. Nggak bisa diseleseikan, kok.”, kata Bung Opil tatkala melihat nasi yang penuh di dalam talam.

Ngomong-ngomong, Bung Opil jua yang kelihatannya menghabisin dua talam, walaupun sebenter  (bunyi ‘R’ tu bagi bergetar sikit taw) tadi, dibilang nggak bisa habis. Heheheh.. Maaf ya Bung Opil. Guwe reka’in sendiri peristiwa ini. Indah sekali suasana ketika ini. Persis seperti berbuka puasa beramei-ramei gituk. Dalam ramei-ramei, guwe lihat.. hanya saorang yang sepertinya, nggak ada selera, iaitu Bung Jongkong a.k.a Si Pitung. Kalihatannya, saperti ada sesuatuk yang gangguin fikirannya. Nasi yang terhidang di hadapannya, dikutipin sebutir demi sebutir, lalu disuapin ke dalam mulut. Waduh.. muram betul wajahnya. Ayam Bung Bart kelihatannya lebih ganteng daripada Si Pitung ketika ini. Sayur kacang panjang, ditolak-tolak dengan hujung jarinya yang kelihatannya seperti udah 3 tahun nggak dipotong kukunya. Tiba-tiba, tanpa sebarang punca, Si Pitung telah menekup wajahnya dengan kedua-dua tangan, lalu menangis sambil menonggeng seperti orang bersujud. Suasana terusin menjadi amat kaget. Mungkinkah Si Pitung ini telah digangguin oleh makhluk halus yang meresapin dirinya? Bung Kopie yang sememangnya cukup pantang melihat kejadian mistik, telah lari memasukin khemahnya sambil ngombrol. Tiga minit kemudian, Si Pitung tiba-tiba berhenti menangis. Lalu, beliau bangkit berdiri.. melekapkan sebelah tangannya ke telinga.. lalu bersuara..

“Jika kau dah tak suka tak apa, tapi janganlah kau menghina.. Waktu orang suka semuanya indah.. Bila dah tak suka, oh ada-ada saja.”, dengan selambanya beliau menyanyikan lagu yang mempopularkan kumpulan Arrow.

Menurut cerita daripada temen rapatnya, iaitu Bung Dienz, Si Pitung ini, baru sahaja putus cinta sama ceweknya. Beliau sejak akhir-akhir ini, seringkali menulis ayat-ayat cinta di dalam status tembok FB nya. Antara bait-bait ayat keramat di dalam tembok FB nya berbunyi, “Mengapakah aku sering gagal merasai nikmat bercinta? Adilkah dia menyiksa aku sebegini?”

“Ini tidak adil!!!! Segala ladang-ladang dan estet-estet serta factory-factory.. kanda berdua yang dapat. Adinda Cuma dapat rumah usang ini yang ntah tak berapa lama lagi nak runtuh..”, tiba-tiba sedutan daripada cerita Tiga Abdul, terkeluar daripada kotak suara Bung Ayin. Maka serentak dengan itu juga, Si Pitung telah men’star lite’ dahi Bung Ayin sehingga pusing kepalanya, lalu terpaksa menelan dua biji pil Actifast, lalu terus tertidur bagaikan pesakit demam malaria yang mempunyai sepasang sepatu Puma Ferarri kaler merah tiruan.

Selesei semua ini, maka’in, peserta semua dijemput untuk berkumpul di pusat perkhemahan. Maka, kesemua bayi-bayi comot (newbie), diminta untuk memperkenalkan diri. Otai-otai kemudiannya diberikan ruang untuk bertanyakan soalan. Maka, seperti biasa, otai-otai yang mempunyai otak yang mereng seperti Bung Yus a.k.a Benjamin S dan Bung Sharil_Gas a.k.a Dedi Dores, telah bertanyakan soalan yang menyerupai soalan Geografi SPM, seperti:-

 “Berapakah suhu ais dingin di Alaska?”

“Di kabupaten manakah rumah Uncle Samuel, penternak biri-biri dari Australia?”

“Apakah kod gearbox yang digunakan oleh jentera pengangkut sawit milik Pak Supardi?”

Sekonyong-konyong, Bung Joy telah bangkit dari silanya, lalu menuju ke khemah.

“Bung Joy, mau ke mana donk?”, tanya guwe sambil mengelap sepatu Puma Ferarri kuning yang asli.

“Lagik ke kamar, bung. Mau sms sama Bapak Haryonto, supplier eskrim. Urusan kantor, kok.”, jawapnya Bung Joy sambil berlalu pergi.

Guwe pun biarkan aja kerna nggak mau digangguin urusan kantornya Bung Joy.

Sedang pada itu, kira-kira jam 10.30 malam, Bung Ballak a.k.a Ellie Aboi telah memohon untuk mengundurkan diri kerna perlu menduduki peperiksaan untuk menjadi professor, pada keesokan harinya. Guwe mulai curiga dengan kata-kata Ellie Aboi. Keesokan harinya, adalah hari minggu. Sejak kapan universitas dibuka pada hari Ahad? Namun, kerana nggak mau dituduh sebagai penghalang cita-cita beliau untuk bergelar professor, maka direlakan jua oleh kami semua. Namun, guwe ada rancangan lain. Guwe nungguin hingga lewat malam sebelum memohon pada Pak Kiyai Ayin untuk menelek Bung Ellie Aboi. (Nota Penting: Saat menjadi kiyai, bung ayin nggak mengenakan sepatu puma ferarri merah tiruannya, ya. Beliau berkaki ayam sahaja).

Melalui tilikan oleh kiyai ayin, ternyata, ibu jari kaki Bung Ellie Aboi berbungkus nggak karena cagu, tetapi karena sebab yang lain. Emangnya, telah dikhabarin bahawa Bung Ellie Aboi rupanya telah membela seekor tuyol untuk membantunya dalam perujian fakultasnya. Bung Ellie Aboi terpaksa pulang juga pada malam tersebut, karena mahu memberi tuyol belaannya itu, menghisap darah di ibujari kakinya. Nahhh.. karena itulah ibu jari kakinya berbungkus, donk..

DAY 2 – MEMBURU NUR TERSEMBUNYI

Setelah berkelana selama 4 hari 3 malam di Jakarta, harini wa pun dah sampai Malaysia. Atas sebab kecintaan dan kerinduan wa pada tanah air bertuah ini, wa akan sambung review ini dengan adukan prosa klasik dan moden, dan diselang-selikan dengan syair. Boring aarrr kalau asyik buat review dengan gaya stereotaip dengan bahasa macam teks ucapan menteri.

Tersebutlah kisah di subuh hari,
Jam 5 pagi bangkit berdiri,
Menuju sungai mencelup kaki,
Aduh sejuknya tidak terperi.

Tapi, kalau dah dasar kulit tebal tu.. macam dah takde perasaan sejuk dah. Tambah pulak bila dah ramai-ramai macam ni. Selamba jek budak-budak ni terjun tiruk dalam sungai. Meriah sungguh dengan gelak ketawa kita. Wa yakin, ini mungkin pengalaman pertama bagi sesetengah antara kita, pengalaman mandi sungai di subuh-subuh hari. Pengalaman yang bukan semua orang akan dapat merasainya, kalau bukan kerana niat untuk mengharapkan sedikit nur dipancarkan di jiwa masing-masing.

Menggigil badan bergetar gigi,
Menahan dingin menusuk hati,
Namun ada yang tidak mandi,
Si rambut panjang bernama Fendi.

Selesai bersolat subuh berjemaah di khemah solat di dalam hutan, members pun dihidangkan dengan sarapan ala kadar yang terdiri daripada nasi lemak, mi goring dan kuih-muih melayu. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan-Nya. Saper2 yang komplen, maknanya dia tak reti bersyukur dan sedara pada syaitan. Huahua.. Nak makan sedap-sedap.. join aje club masterchef! Takpun, tubuhkan ajer club baru.. Club Buruk Lantak ker.. Club Cekik Tulang ker.. kekekekek..

Selesai mengalas perut, sebagai acara simbolik kecintaan pada alam sekitar, maka Southern Chapter telah diperkenankan untuk menanam anak pokok hutan untuk dijadikan pokok angkat. Dua tahun dulu, pokok yang dipilih adalah pokok ‘Melada Pahit’, yang berkhasiat untuk meredakan penyakit darah tinggi. Ianya dipilih sesuai dengan keadaan Rep pada ketika itu, yang berhadapan dengan masalah tekanan darah. Wa lah tu.. hahahah. Tapi untuk kali ini, pokok yang dipilih ialah ‘Jurong-Jurong’ yang berkhasiat untuk merawat masalah kelelakian, sesuai dengan penyakit lemah syahwat yang dihadapi oleh ketiga-tiga Rep Southern buat kali ini. Wakakakakakakak…


Oopss! Lupa nak bagitau. Kami dikejutkan dengan berita pemergian bakal mertua MEDIA Dienz, akibat masalah kesihatan, pada subuh hari. Oleh yang demikian, MEDIA Dienz telah memohon untuk mengundurkan diri bagi menghadiri upacara pengkebumian. Sama-samalah kita (pembaca review ini) sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan mukmin sejati.. Insya-Allah. Wa secara individunya, telah berniat agar sebahagian pahala yang wa perolehi sejak daripada persediaan event ini hinggalah ke akhir acara, diberikan kepada Allahyarham. Tugas MEDIA kemudiannya dipikul oleh HOT 6, dan buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun jadi photographer.. Jimi Remon telan berkali-kali memijak brek angin semasa di dalam kereta HOT 6. Hahahahah..

Sebenarnya, tanggal 28 April 2012, iaitu hari pertama event ini dimulakan.. genaplah 17 tahun pemergian Arwah ayah wa. Maka, separuh lagi bahagian pahala yang mungkin diperuntukkan pada wa, wa serahkan pula kepada arwah ayah wa yang telah terlantar lumpuh, sejak wa berumur 8 tahun lagi. Adeeeh.. tetiba emosi pulak wa nih.. Jap eh.. nak redakan feeling ni jap.

Ok. Selesai upacara penyerahan cenderahati kepada Pejabat Hutan Johor Daerah Segamat, dan setelah doa memulakan perjalanan telah diaminkan oleh semua.. convoy pun memulakan cabaran hari kedua yang lebih mencabar dan panjang. Kita bersyairlah sikit yer…

Kepada Tuhan kami meminta,
Berkati usaha dicurah sedaya,
Bertemu redha tujuan utama,
Moga selamat perjalanan semua.

Pekan Labis destinasi kedua,
Bukit Kepong dipintas juga,
Buat mengenang wira Negara,
Gugur mereka bukan tersia.

Pekan Lenga juga direntas,
Serangan bermula komunis ganas,
Convoy tersusun segak dan kemas,
Dipimpin oleh’ Perdana Emas’.

Jangan dilupa mereka di dalam,
Hidup terpinggir di pedalaman,
Masjid Lama Kg. Olak Sepam,
Kami singgahi mencari iman.

Sayu hati wa tatkala kami sampai di Masjid Lama Kg. Olak Sepam ni. Sejak kali pertama menjejakkan kaki di sini, semasa recce awal bulan yang lalu, sambutan orang-orang kampung di sini cukup luarbiasa. Hati siapapun akan tersentuh dengan sambutan yang diberikan sebegini. Bayangkan aje lah.. Jongkong yang rupa macam penjenayah tu pun, boleh berubah muka, jadi macam rupa Tapa, antara watak drama ‘Rumah Kedai’ yang sering ditayangkan di TV semasa bulan puasa dulu-dulu.

Masjid ini telah dibina pada tahun 1931 di hadapan Sungai Muar, namun telah ditenggelami banjir pada suatu ketika dulu, akibat kedudukan mukabuminya yang rendah. Ianya telah dipindahkan ke masjid baru tidak berapa jauh dari tapak asalnya. Masjid ini tidak lagi digunakan sejak sekian lama. Namun, keunikan senibinanya telah menarik minat Jabatan Artifak Melaka, yang kemudiannya telah menjadikan masjid ini sebagai artifak di bawah peliharaan mereka.

Pihak AJK Masjid telah berbesar hati menyambut ketibaan kami dengan senyuman manis, terutama oleh makcik-makcik, yang juga menjadi penyambut tetamu untuk golongan wanita daripada rombongan kami ini. Wa, selaku Pilot CTRL, tanpa melengah-lengahkan masa, terus berwudu’ lalu menunaikan solat sunat dhuha. Neezal dengan Nazli tak masuk pun dalam masjid, dengan memberikan alasan untuk menjaga keselamatan kenderaan peserta. Kira konon-konon macam Pak Guard Securicor la… Fedanza pun tak masuk jugak. Dia bagi alasan, takut kasut Puma Ferarri merah tiruan yang dijual longgok tu, hilang.. Namun, APTB…. Bilamana jek pihak AJK masjid menjemput kami untuk menjamah juadah yang dihidangkan dalam masjid, dah macam sembahyang jumaat pulak wa tengok. Penuh habis ruang masjid tu. Pak Guard Securicor dengan pemilik kasut tiruan tu pun, turut sama mentakedarah dalam masjid. Huahuahua.. Ayin dari awal tadi memang dah masuk masjid untuk solat sunat. Ada aper pic dia ambik wudu’.. masuk FB. Dia sedar diri yang dia pakai kasut Puma Ferarri tiruan yang logo kuda ferarri tu.. tampal stiker jek, jadi dia tak berapa kisahlah kalau kasut tu hilang. Wekekekekekek… Sementara itu, SWPR Kopie telah beramah-mesra dengan makcik-makcik di situ, malahan telah mengabadikan potret bersama makcik-makcik tersebut.

Kami juga telah seikhlas hati memberikan sumbangan ikhlas kepada AJK masjid, yang diharapkan dapat sedikit-sebanyak membantu dalam menjalankan aktiviti keagamaan di sini. Convoy kemudian memohon untuk mengundurkan diri, lalu diratapi dengan linangan air mata oleh makcik-makcik yang menghalang pemergian SWPR Kopie.

“Janganlah pergi anak. Tinggalah di sini wahai Nak Jamil! “, rintih salah seorang makcik tersebut.

Puas jugak wa tengok SWPR Kopie memujuk makcik-makcik tersebut dengan pelbagai cara. Akhirnya, makcik-makcik tersebut pun merelakan pemergian SWPR Kopie, setelah SWPR Kopie memberikan ID Facebook nya dan berjanji untuk meng’accept’ friend’s request yang dihulurkan kelak.

Convoy sudah hampir mula bergerak apabila Last Car Arm Afham memaklumkan kehilangan ERV Jongkong. Wa memang dari awal lagi dah agak dah. Jongkong ni memang pantang jumpa laut ker sungai ker tasik ker.. bukan sebab dia ni kaki pancing… tapi dia nih, bila jek jumpa kawasan berair, sifat jiwa-jiwanya akan teraktif secara semulajadi. Puas wa cari dia sekitar kawasan. Akhirnya wa jumpa jugak dia yang sedang meniti titian kayu di situ seorang diri. Kedua-dua belah tangannya didepakan untuk memberikan kestabilannya ketika melalui titi usang tersebut. Sambil itu, mulut beliau bersiul-siul menyanyikan lagu ‘Terukir di Bintang’ yang dipopularkan oleh Yuna. Serentak dengan itu juga, lempangan wa telah hinggap di wajah beliau, lalu menyedarkan beliau daripada fantasi hidupnya. Beliau pun berlari-lari ke keretanya sambil mengusap-usap pipinya yang merah.

Daripada Masjid Lama Kg. Olak Sepam di Pagoh, convoy kemudiannya bergerak dengan teratur ke Panchor, Bukit Pasir, Teluk Kemang, Temiang dan terus ke Muar. Wa malaslah nak citer pasal perjalanan convoy lagi. Sama jer. Semua working cars pun bukan calang-calang. Semuanya dah cukup faham tugas dan tanggungjawab masing-masing. Tu sebab masa briefing di Surau Austin Perdana, wa buat-buat muka garang walaupun tak jadi.

“Lu orang semua dipilih berdasarkan faktor pengalaman dan skill. Sebagai working cars, lu orang semua bertanggungjawab ke atas keselamatan dan nyawa semua peserta. Perlantikan sebagai working cars bukan untuk lu orang berbangga-bangga atau perasan bagus. Kita semua akan bekerjasama antara satu sama lain. Ini adalah teamwork, bukan kerja individu. Suka wa nak ingatkan yang wa tak pernah memaksa untuk lu orang jadi working car. Siapa-siapa rasa nak tarik diri atas apa-apa sebab sekalipun, sila maklumkan pada wa sekarang. Risiko adalah tanggungjawab masing-masing. Belum pernah terjadi di Southern dan wa tak nak terjadi di Southern, kes tuntut-tuntut club. Keter rosak sebab jadi working car.. nak claim club. Keter eksiden masa jadi working car.. nak claim club. Alasannya, semua ni terjadi sebab jadi working car untuk club. Hello! Ada saper-saper paksa lu jadi working car ker? Oleh itu, wa tak nak perkara busuk bangkai macam ni, berlaku di Southern. Jadi, saper nak tarik diri, sila hubungi wa selewat-lewatnya, esok.”

Alhamdulillah, semua working cars faham akan risiko yang bakal dihadapi dan menyatakan sumpah janji untuk bertugas dengan kerelaan terikhlas yang wujud di sudut sanubari yang paling dalam.

Checkpoint berikutnya adalah Masjid Sultan Ibrahim, Muar. Kami disambut oleh pegawai-pegawai masjid yang rata-ratanya mempunyai cahaya di wajah masing-masing. Kebetulan pada hari tersebut, ada event speedboating pulak kat situ.. maka berkompang-kompanglah mulut wa membebel sebab ada antara peserta yang terleka duduk menghadap speedboat daripada menghadap rumah Allah. Sorilah kalau wa bising-bising masa tu.. tu semua untuk kelancaran program dan menghormati masjid ajer. Takde sebab lain.

Tidak seperti lawatan wa ke Muar setahun yang lalu, wa dapati bahawa penduduk di Muar kini, sangat maju ke depan. Taraf ekonomi mereka juga telah meningkat dengan mendadak. Wa membuat kesimpulan ini, setelah mendapat jawapan daripada CTRL Joy sewaktu memerhatikan sebuah Alza Putih seakan-akan mengekori convoy.

“Joy. Alza tu kenapa daripada tadi macam ikut kita jek?”, tanya wa.

“Oh… itu van jual eskrim paddle pop tuh.”, jawap CTRL Joy konfiden.

Pergh… memang hebat peniaga-peniaga kat Muar nih. Jual eskrim pun pakai Alza. Tempat lu, ada tak? Huhuhu..

Seperti biasa, rezeki kami amat murah sepanjang event ini. Pihak AJK Masjid telah berkenan untuk menjamu kami dengan menu paling top di Muar, iaitu mi bandung Muar. Laju pulak lu orang masuk dewan makan, eh. Tadi liat sangat nak blah dari tengok speedboat. Chi.. kekekekek.. Sesuatu yang pelik dan ajaib telah berlaku di sini, bilamana Lukman Mivec, juara bertahan acara lumba makan, tidak melantak.. malahan telah secara sukarelanya, menjadi penceduk kuah. Rupa-rupanya, beliau tak mencekik sebab dah reserve perut beliau untuk makan asam pedas kejap lagi. Huhuhu..

Memandangkan kami tidak mempunyai masa yang cukup, persinggahan terpaksa disingkatkan. Seperti biasa, bilamana ada lanskap air semulajadi, Jongkong pun hilanglah. Kali ni, beliau dilihat sedang menguis-nguis pasir dengan menggunakan ranting kayu. Bila wa datang dekat, tertera tulisan di atas permukaan pasir… ‘Jongkong Luv Neelofa. Kenapa kau tak layan aku?’. Siap geleng-geleng kepala si Jongkong ni seolah-olah macam orang tak percaya. Wa rampas ranting kayu tu dari Jongkong, lalu terus menyula dubur beliau. Setel!

“Eh.. Joy. Alza tu ikut kitalah!”, kata wa pd CTRL Joy, bilamana wa terpandang melalui cermin sisi keter wa.

“Wa yang suro dia follow. Wa tak sempat nak beli eskrim tadi!”, jawap Joy.

Memang dahsyat la komitmen peniaga kat sini. Sanggup tu, dia ikut customer sampai 15 kilometer, semata-mata sebab customer tu tak sempat beli eskrim. Respek giler wa. Convoy pun meneruskan perjalanan menuju ke Medan Asam Pedas Parit Jawa Muar, lokasi persinggahan wajib semenjak JJJ yang pertama, 6 tahun yang lalu. Gerai yang sememangnya menjadi pilihan adalah Gerai Pak Yahaya. Maka berpeluh-peluhlah peserta makan asam pedas Johor tanpa menghiraukan cikaro-cikaro yang lalu-lalang. Ni pun salah satu tanda budak-budak ni dapat ‘nur’ nih. Heheh..

“Joy, lu nak pegi mana nih?”, tanya wa bilamana CTRL Joy tergesa-gesa menghabiskan nasi di pinggan.

“Wa nak gi beli eskrim jap.”, macam tak nak layan jek, cara dia jawap soalan wa tuh.

Lama jugak si CRTL Joy ni beli eskrim. Sampaikan convoy dah nak bergerak pun, tak nampak batang hidung dia lagi. Call pun tak berjawap. Tak lama kemudian, muncul jugak CTRL Joy dengan muka yang berpeluh-peluh.

“Lu gi mana ni? Apasal makan eskrim pun boleh peluh-peluh sampai cenggini? “, tanya wa yang dah sedikit angin nih.

“Eskrim tu pedaslah, der. Tu pasal peluh wa menitik-nitik nih!”, jawap CTRL Joy.

Wa sebenarnya konpius dengan jawapan CTRL Joy nih.. tapi sebab malas nak layan, wa diamkan ajer. Convoy pun meneruskan perjalanan ke Parit Yusof, Parit Tengah, Parit Sulong, Parit Jalil dan macam-macam parit lagilah. Lalu jugak kat Tongkang Pecah, Parit Raja, Parit Botak dan terus ke Simpang Renggam. Sepanjang perjalanan ni, wa terpaksa jadi CTRL sengsorang sebab Joy cakap dia letih makan eskrim, lalu tertidur. Sehinggalah bila sampai Simpang Renggam, wa telah menanggalkan gear knob Razo carbon fibre wa, lalu menyumbatnya ke dalam lubang hidung CTRL Joy.

Convoy berhenti di Masjid Simpang Renggam, untuk menunaikan solat Zohor dan Asar secara Jama’ Ta’hir. Ikut perancangan asal, kami sepatutnya menziarahi Sekolah Tahfiz Al Masriyah, namun kerana keadaan jalan masuk yang tidak mengizinkan, perjumpaan dengan ustaz-ustaz tersebut, hanya dijalankan di Masjid ini sahaja. Sekolah Tahfiz tersebut merupakan sekolah persendirian yang amat daif keadaannya. Maka dengan itulah, semasa di Hutan Simpan Sungai Bantang, tabung derma ikhlas telah diedarkan untuk memberikan sedikit bantuan.

Sekonyong-konyong, Rep Herman pun tampil memberi sumbangan kepada Pengetua Sekolah Tahfiz tersebut. Sebaik menerima sumbangan tersebut, pengetua lalu tertunduk melihat sejadah. Kemudian, beliau mengangkat mukanya lalu pandangannya dialihkan kepada jendela surau. Berkaca-kaca matanya. Suasana tiba-tiba menjadi hiba dan sayu. Diam seribu bahasa. Wa ingatkan, dia terharu menerima sumbangan dari kita.. tapi rupanya, beliau ketakutan melihat Bob_Tdy yang berdiri di luar jendela. Mati-mati dia ingat, ada beruang hutan simpan Sungai Bantang, yang ikut convoy balik. Huahuahua…

Setelah selesai bersalaman dengan AJK Masjid dan Pengetua Sekolah Tahfiz tersebut, convoy pun meminta diri. Convoy terus menuju ke end point, iaitu di Surau Austin Perdana, Johor Bahru. Maaflah yer, ikutkan hati.. banyak lagi yang wa nak ceritakan. Tapi wa takut lambat pulak review ni disiapkan. Wa agak sibuk sejak balik daripada event ini. Dengan keadaan bonda wa yang dimasukkan ke hospital kerana serangan jantung, lepas tu terpaksa ke Jakarta atas urusan kerja, ditambah pulak dengan tanggungjawab di pejabat.. wa terpaksa ringkaskan review ini. Mungkin review kali ini kurang berkesan.. maaf sekali lagi. Wa tak dapat berkarya dengan baik tatkala fikiran tidak tenteram. Namun, wa gagahkan juga menulis untuk sahabat-sahabat semua yang amat wa sayangi.

Siapa sangka, subuah entiti keagamaan seperti surau dan kelab permotoran seperti kita, dapat berkalobrasi untuk sama-sama menjalankan aktiviti mengimarahkan masjid. Sesuatu yang asing dan belum pernah dibuat oleh mana-mana kelab permotoran di tanah air. Namun, kita semua telah buktikan bahawa dengan niat yang baik.. Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah swt. Pada wa, sejahat manapun seseorang members itu.. sebaik saja beliau telah memasang niat untuk mengikuti event ini, pasti ada terselit sedikit rasa keimanan dalam dirinya. Sejahil manapun seseorang itu, sekurang-kurangnya.. sedikit ‘Nur’ telah singgah di dalam hati dan jiwanya. Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk, datang dari diri kita sendiri.

Sekian. Wassalam.

(10,025 patah perkataan)

ULASAN PEMERIKSA:

Pelajar ini perlu dirujuk kepada pakar kaunseling dan sakit jiwa.


Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP