Ayah, tujuh tahun kita bersama...
Wednesday, November 19, 2008
Ayah,
Aku mula mengingatimu kembali, tatkala anakku kini berusia 7 tahun. Pada usiaku sebegini, 28 tahun yang lalu.. aku telah kehilangan dirimu..
Ayah,
Aku cukup bangga dilahirkan hasil dari benihmu. Benih yang ternyata begitu kental dalam mengharungi putaran kehidupan ini. Membesar tanpa dirimu, memang sukar. Tapi, Tuhan itu maha adil. Dia kurniakan pada aku, kewarasan fikiran yang melangkaui usia sebenarku.
Ayah,
Masihkah kau ingat basikal yang aku tunggangi seperti di dalam gambar di sebelah ini? Ya ayah. Itulah hadiah terakhir yang aku terima daripada mu. Jangan bersedih ayah. Aku langsung tidak berduka dengan keadaan ini. Dengan basikal pemberianmu itulah, aku memacu perjalanan hidupku ini hingga ke menara gading dan terus ke alam kerjaya yang aku idamkan.
Ayah. Di dalam gambar di atas, tatkala pementasan di buat di sekolah ku ketika itu.. Aku begitu teringin melihat dirimu bertepuk-sorak, sepertimana ayah rakan-rakanku yang lain. Namun apakan daya, aku faham sangat-sangat akan takdir yang menimpa diriku. Tak apalah ayah. Akan kupersembahkan doa nan kudus buatmu kerana itu yang sebenarnya kau perlukan.
Ayah. Semasa aku kehilanganmu, dunia ini betul-betul gelap buatku. Lantaran itu, aku bercita-cita untuk menjadi seorang kerani sepertimu. Namun ayah, berkat jisim benihmu, aku berjaya melangkaui kerjaya itu. Aku kini bergelar Pemimpin Projek.
Ayah. Aku tak pernah menyalahkan kau kerana meninggalkan aku terkapai-kapai sejak dari kecil lagi. Aku tahu itu semua bukan mahumu. Bersemadilah dengan damai duhai ayahku. Bersemadilah dengan aman kerana kesemua anakmu kini, tetap menjadi 'manusia'.
titisan tinta,
Kumbang Sepi
6 comments:
i'm touch & al-fatihah...
salam.. may i know who is over there?
Good poem..
nice to read...
bro tambah ler gadget kat ko punyer blog bro...
adoyai jen9.. nak tambah camner beb.. wa ni bukan tau psl html nih.. niat di hati teringin jugak nak tambah gadget.. tp, kemampuan minda terbatas la.. heheh..
bro tak yah buat coding pun..
lu pegi kat customize...akan kuar nav bar...
pas tuh add gadget...
cth:kalau ko nak tambah s/box..lu pegi kat mana2 blog..tenguk kat bwh s/box diaorg,click kat get s/box..
register..then dier akan bg coding kat ngko..
patah balik kat add gadget,klik utk add HTML coding....copy and paste coding s/box yg ko dapat tuh...senang bro...
jgc...wa touching beb baca nukilan lu...ayah wa pun dah tak ada dan wa faham perasaan bila kita dah tak ada ayah...alfatihah...
pesanan utk kawan2 lain...hargailah kedua org tua kita selagi ada..andai tiada...takkan ada dua nya ayah dan ibu....
thanks jgc atas nukilan lu...
Post a Comment