Request from a Friend

Thursday, February 19, 2009

Wa received satu email daripada kawan wa.. Dia mintak wa post dlm blog wa.. Tak tau lah apa niat dia.. Walaupun, nukilan dia ni jauh berbeza daripada genre wa.. demi untuk tidak mengecewakan dia.. wa post kan jugak la..

satu coretan tentang hati...bertarikh 19 februari 2009 bersamaan hari khamis...betapa sakit hati ku kali ni menahan pedih...sekian lama ku pendam dan selagi itulah peritnya masih ku terasa...aku bagaikan satu material yang hanya dicari ketika suka dan bukan ketika duka...hati ini tidak pernah dibelai malah dibiarkan sendiri mencari jalan...benarkah keperitan untuk membenarkan hati ini mencintai seseorang sangat susah untuk diubati??? aku bukanlah yang terbaik malah aku juga mungkin tidak sehebat sebelumku...tapi benarkanlah diri ini diberi peluang untuk membetulkan keadaan....sekian lama aku menunggu cinta darimu selama itulah aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu...janganlah kamu menjangkakan diriku ini masih sama dengan sebelum ku...aku mungkin tidak dapat menerima sekiranya engkau masih berpendapat sebegitu...aku bukan nya seorang manusia yang tiada perasaan untuk dikasihi...sedangkan aku masih menagih kasih sayang kamu...biarkan diri ini sakit, biarkan aku melayan perasaan sendiri, biarkan aku memujuk hatiku sendiri andaikata kamu masih merasakan aku ni hanya bahan untuk menyakitkan hati...aku tidak pernah menyesal mencintai kamu...dimana usaha aku diletakkan disitulah kejayaan aku hadir...mestikah ada cara lain untuk memikat cinta kamu....cinta kamu abadi....

Read more...

Sepasang Kaki Ini...

Tuesday, February 17, 2009


Sepasang kaki ini…
Suatu masa dulu menjadi senjata paling ampuh buat aku
Menonjolkan kelelakian di istana hinggapku
Memencil kedayusan dari ruang litup duniaku

Sepasang kaki ini…
Pernah membuat kau terperosok ke sudut derita
Hayunan kerasnya ke tubuh mu yang terkandung janin
Mengundang Izra’il menjemput kedua-duanya

Sepasang kaki ini…
Telah diambil oleh DIA kembali
Kekhilafan memunafaat nikmat diberi
Mengabai amanah tanggungjawab hakiki

Sepasang kaki ini…
Kini diganti dengan tongkat topang ini
Bisa lagi berjalan walau cuma bertatih
Berkesempatan bersolat walau tanpa ruku’

Sepasang kaki ini…
Yang telah aku serahkan kembali
Takkan berganti dengan nyawa yang pergi
Takkan menyuci cagu ku yang bangsat

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP