Gurindam Cinta Seram

Friday, November 28, 2008

Di kala malam ku terkenang dirimu
Sayup-sayup ku terdengar suaramu
Ku capai pena berwarna biru
Ku catat nukilan satu-persatu

Susah-susah menjahit kelambu
Susah lagi nak tambat hatimu
Sudah ku cuba berminggu-minggu
Kan ku hantar toyol mencuri hatimu

Toyolku pulang hatinya hampa
Tak dapat curi hati si dara
Aku pun heran entah mengapa
Kau tabur kacang hijau rupanya

Ku cuba pulak taktik kedua
Hantu galah menjadi sandaran
Untuk menjolok cinta di dada
Yang telah lama menjadi idaman

Apakan malang apakan suwey
Masih gagal hati bertaut
Ku bawa hati ke Pyramid Sunway
Hampa kecewa hingga terkentut

Ku ubah pula ke taktik ketiga
Ancaman ugutan menjadi senjata
Andai kau tetap tak mahu terima
Ku jadi pocong sergah adinda

Takkan ku guna taktik keempat
Hatiku kini dah mula muak
Kau ingat kau tu lawa ke sangat
Dah macam jenglot je yg aku nampak

Memang kau takbur lagilah bongkak
Tapi sikit pun aku tak heran
Tunggulah dikau barang sejenak
Akan ku gomol bak serigala jadian

Read more...

Di Lema Si Anak Kecil (Khas Untuk Jen9)

Wednesday, November 26, 2008

Di pelosok gelita anak kecil mencangkung
Selubungi diri dengan tangan nan kudus
Tubuh yang lemah wajah yang cengkung
Fikiran meracau jiwa tak terurus

Anak kecil tangis merintih
Usianya muda baru bertatih
Namun kini terpaksa memilih
Antara dua pasti ada yang pedih

Ibu dan ayah tidak sehaluan
Seorang ke utara seorang ke selatan
Anak kecil diberi pilihan
Ke mana destinasi arah tujuan

Ayah ku sayang ibu ku cinta
Ayah ku hormat ibu ku manja
Ayah mendidik ibu membelai
Fikiran buntu perasaan pelbagai

Ayah mendesak ibu memujuk
Ayah menekan ibu merajuk
Hinggakan sampai ke satu takuk
Dunia ku bagai berlekuk-lekuk

Atuk dan opah anak kecil mengadu
Mohon secebis perkongsian pilu
Manakan mampu mereka membantu
Gusarkan padi meliuk layu

Ikutkan hati ikutkan buntu
Ayah dan ibu takkan ku temu
Ku bawa diri bersama bayu
Agar tiada yang terguris pilu

Anak kecil berfikiran besar
Satu pilihan perlu disasar
Perlu dihindari perasaan gusar
Ayah dan ibu berfikiranlah lebar

Andai diriku memilih ibu
Usahlah ayah terasa kalbu
Bukankah aku ini jua anakmu
Semuanya sebumbung seketika dahulu

Anak kecil tidak membenci ayahnya
Jauh sekali berdendam murka
Usahlah ayah menanam onar
Merosak ikatan hubungan tercemar

Kepada ibu ke pesan satu
Ayah tetap darah dagingku
Usah dihapus salasilah keturunanku
Usah diragu cintaku padamu

Nukilan,
Kumbang Sepi

Read more...

My Daughter's Kindergarten Concert (The most right hand side)

Monday, November 24, 2008

I used to be very worry about my daughter's social prformance when she was 2-3 years old. She hardly mingled around with public except to me, my wife and her big brother. I feel that she should be more social but she rather stayed at home and read her favourite Barbie's storybooks. Somehow, it took me patience and perseverance too bring her up in this wild world. I realize that she had to be taught to be more brave and confidence. I tried many ways to achieve this.

Alhamdulillah, just look at her now. She confidently embarked onto something that I never thought before. The grace stroke of her hands, her hips, her thigh and her feet, really pays all the hardwork. Now, she is no longer afraid of strangers and meeting new people. She even performs well in her academic achievements, where she sat 1st during the mid-term examination (100% marks)and 2nd during he final examination (99.2% in total marks).

Well, definetely this is just the beginning. More and more obstacles will be faced soon and I really hope that I, as her father, will be able to 'give' a meaningful life to her.

Regards,

Kumbang Sepi

Read more...

Ayah, tujuh tahun kita bersama...

Wednesday, November 19, 2008


Ayah,
Aku mula mengingatimu kembali, tatkala anakku kini berusia 7 tahun. Pada usiaku sebegini, 28 tahun yang lalu.. aku telah kehilangan dirimu..
Ayah,
Aku cukup bangga dilahirkan hasil dari benihmu. Benih yang ternyata begitu kental dalam mengharungi putaran kehidupan ini. Membesar tanpa dirimu, memang sukar. Tapi, Tuhan itu maha adil. Dia kurniakan pada aku, kewarasan fikiran yang melangkaui usia sebenarku.
Ayah,
Masihkah kau ingat basikal yang aku tunggangi seperti di dalam gambar di sebelah ini? Ya ayah. Itulah hadiah terakhir yang aku terima daripada mu. Jangan bersedih ayah. Aku langsung tidak berduka dengan keadaan ini. Dengan basikal pemberianmu itulah, aku memacu perjalanan hidupku ini hingga ke menara gading dan terus ke alam kerjaya yang aku idamkan.
Ayah. Di dalam gambar di atas, tatkala pementasan di buat di sekolah ku ketika itu.. Aku begitu teringin melihat dirimu bertepuk-sorak, sepertimana ayah rakan-rakanku yang lain. Namun apakan daya, aku faham sangat-sangat akan takdir yang menimpa diriku. Tak apalah ayah. Akan kupersembahkan doa nan kudus buatmu kerana itu yang sebenarnya kau perlukan.
Ayah. Semasa aku kehilanganmu, dunia ini betul-betul gelap buatku. Lantaran itu, aku bercita-cita untuk menjadi seorang kerani sepertimu. Namun ayah, berkat jisim benihmu, aku berjaya melangkaui kerjaya itu. Aku kini bergelar Pemimpin Projek.
Ayah. Aku tak pernah menyalahkan kau kerana meninggalkan aku terkapai-kapai sejak dari kecil lagi. Aku tahu itu semua bukan mahumu. Bersemadilah dengan damai duhai ayahku. Bersemadilah dengan aman kerana kesemua anakmu kini, tetap menjadi 'manusia'.
titisan tinta,
Kumbang Sepi

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP