Repatriasi Karma

Thursday, January 22, 2009


Manjaku,
Maafkan ayah andai kau lebih mengenali mereka berbanding ayah
Maafkan ayah andai kau tercari-cari mata ayah di dalam mata mereka
Maafkan ayah andai kau kegersangan rautan tangan kasar ini

Intanku,
Betapa kepinginnya ayah untuk menjulang dikau
Sepertimana mereka menjulang dikau
Betapa kepinginnya ayah untuk merenung matamu
Jauh menyelinap ke dalam kalbumu

Puteriku,
Izinkan ayah menjulang dikau dengan tangan halimunan ini
Izinkan ayah membelai rambutmu dengan tangan yang penuh keringat ini
Izinkan ayah dodoikan tidurmu dengan suara yang garau ini

Anakku,
Tangan halimunan ini akan menjulangmu lebih tinggi dari julangan mereka
Keringat ini akan menjadi tasik taman permainanmu yang paling indah
Suara garau ini akan melindungimu dari sebarang durja

Fahamilah anakku
Inilah peradaban seorang ayah

6 comments:

Joy.Inc January 23, 2009 at 11:47 AM  

Perkhh.. Touching siot.. rase cam nak balik umah skarang jer dok abihkn masa ngan anak.. huhuhu

Kumbang Sepi January 23, 2009 at 12:27 PM  

malam nanti.. bila anak lu dah tido.. lu bangun ngadap dia.. usap ubun2 dia.. agar dia sentiasa ingatkan lu wlaupun lu jarang berada di sisinya..

Isma Kadir January 28, 2009 at 4:39 PM  

Pergh!... Tersentuh jiwa seorang manusia bernama bapa / ayah. Bagi yang belum smp tahap jadi bapa, mungkin x faham sepenuhnya. Tapi yang dah jadi bapa, anak adalah amanah dari Ilahi... penyambung zuriat kita....

Caya la zaki. Mmg best nukilan lu kali ni

vernoz January 29, 2009 at 11:53 PM  

wa terlambat baca nukilan lu nie...tapi wa tamo nafikan bakat yg lu ada...so far nukilan lu tak penah mengecewakan....bravo...baca nukilan nie sambil belai anak...mesti feel tuh lagi best...

Kumbang Sepi February 1, 2009 at 1:27 PM  

walau seganas mana pun rupa wajah kita.. walau sehebat mana pun kedudukan kita dalam dunia kerjaya.. anak2 kita tetap memanggil kita dengan panggilan ayah.. tak kira lah samada kita ni hensem ataupn tidak..

Joy.Inc February 4, 2009 at 8:29 PM  

ayat lu kat atas nie mmg btol mmbuatkn seseorang ayah berfikir panjang bro..

truskn berkarya bro..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP