Repatriasi Karma

Thursday, January 22, 2009


Manjaku,
Maafkan ayah andai kau lebih mengenali mereka berbanding ayah
Maafkan ayah andai kau tercari-cari mata ayah di dalam mata mereka
Maafkan ayah andai kau kegersangan rautan tangan kasar ini

Intanku,
Betapa kepinginnya ayah untuk menjulang dikau
Sepertimana mereka menjulang dikau
Betapa kepinginnya ayah untuk merenung matamu
Jauh menyelinap ke dalam kalbumu

Puteriku,
Izinkan ayah menjulang dikau dengan tangan halimunan ini
Izinkan ayah membelai rambutmu dengan tangan yang penuh keringat ini
Izinkan ayah dodoikan tidurmu dengan suara yang garau ini

Anakku,
Tangan halimunan ini akan menjulangmu lebih tinggi dari julangan mereka
Keringat ini akan menjadi tasik taman permainanmu yang paling indah
Suara garau ini akan melindungimu dari sebarang durja

Fahamilah anakku
Inilah peradaban seorang ayah

Read more...

Tagged by bOJEN9

Monday, January 12, 2009

Perkara tentang blog anda yang cuba disampaikan!
Tak payah la nak control macho sentiasa dalam hidup ni. Blog wa penuh dgn cerita merapu tapi ada makna tersirat disebaliknya.

Sejak bilakah anda berblog?
akhir 2008 setelah wa berjaya memujuk Bro Toyol untuk set-up kan utk wa..

Blog manakah/siapakah influence anda untuk berblog?
Takde saper.. wa cuma suka berkongsi cerita dengan kawan2. Tu jer..

Ada ceritakah tentang blog2 itu?
Semua blog yang wa layari adalah blog kawan2 wa yang wa sayangi. Kadang2, kawan2 berada dalam gundah gulana. Jadi, menjadi tanggungjawab wa untuk memberi semangat untuk mereka.

Adakah anda ketagihan blog yang ketara?
Tak langsung..

Apakah keutamaan anda. menulis entry di blog sendiri atau membaca entry di blog org. atau mengomen entry org!
Wa suka bercerita, jadi wa lebih utamakan menulis entry di blog sendiri dulu. Pastu, wa akan pergi ke blog kawan2 yang lain.

Apakah yang cuba anda publishkan setiap kali?
Cerita lawak bermesej.. realiti kehidupan..

Apakah keburukan berblog bagi anda?
Bisa menyebabkan salahfaham andai disalahtafsirkan perkataan-perkataan di dalamnya..

Apakah kebaikan berblog bagi anda?
Median luahan jiwa artistik... Tempat yang selamat meluahkan perasaan tanpa perlu berselindung..

Pernahkah anda cancel niat untuk post satu entry berkaitan dengan seseorang kerana takut dia akan baca?
Tak pernah lagi sebab wa yakin dengan kawan-kawan wa.. Diorang semua tahu wa tak pernah ada hati yang busuk!

Siapakah org yg anda kenal dahulu sblm sama2 berblog?
Semua follower wa adalah rakan-rakan wa di luar dan di dalam blog.

Siapakah blogger yg telah jd kawan semeja?
Kesemuanya..

Jika ini adalah kriteria seorang blogger, adakah anda setuju? ada penambahan atau penolakan?1.1) org yg suka memerhati.
1.2) org yg tak tahu express apa yg sedang mereka alami.
1.3) org yg mahu tahu apa pandangan org tentangnya
blogger tiada identiti pengenalan yang khas.. Setiap blogger ada personality dan gaya penampaian yang tersendiri dan masing2..

Adakah anda kisah dengan entry rakan2 blogger?
Ya.. Kerana mungkin ada sesuatu yang tersirat yang hendak disampaikan oleh mereka.

Blog tak patut ada tapi pernah dibaca dengan bersungguh2
Ntah... tak faham soklan la..

Ucapan anda kepada teman bloggers
Minat berblogging ni lebih baik daripada minat merosakkan anak dara orang... jadi.. keep on blogging...

Read more...

Amanat untuk Adindaku




Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbh. Yang saya muliakan, Tuan Imam, saksi-saksi, bonda saya yang dikasihi, kedua-dua mempelai, kedua-dua keluarga daripada pihak pengantin perempuan dan lelaki serta kesemua hadirin sekalian. Syukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah kita bersama-sama pada hari ini di majlis pernikahan adinda saya, xxx dengan xxx. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya, Insya-Allah.


Izinkan saya selaku wali yang sah dan yang paling hampir kepada adinda saya untuk menyampaikan beberapa amanat dan pesanan kepada pengantin lelaki secara khususnya dan kepada adinda saya juga secara tidak langsung. Semoga amanat yang lahir dari hati yang ikhlas ini, sedikit-sebanyak dapat memberikan peringatan dan pedoman kepada kedua-dua mempelai.Ini bukanlah kali pertama saya bertindak sebagai wali ijabkabul di mana terdahulu, saya pernah menjadi wali ijabkabul kepada kedua orang kekanda saya. Tetapi kali ini, situasinya sungguh berbeza di mana kali ini, saya bertindak sebagai wali ijabkabul kepada satu-satunya adinda saya dan terakhir di kalangan kami, adik-beradik. Ianya juga berbeza kerana kali ini, saya telah pun bergelar seorang suami dan ayah.


Sesungguhnya, melayari bahtera itu adalah amat sukar dan mencabar berbanding membina bahtera itu sendiri. Melayarkan bahtera itu juga lebih panjang masanya berbanding menyiapkan bahtera itu sendiri. Tetapi saya yakin bahawa adinda saya mampu melayarkannya hingga ke pelabuhan. Keyakinan ini tercetus berdasarkan sejarah yang telah dilalui oleh kami dua beradik. Memang amat sukar membesar dalam keadaan di mana kami hilang tempat bergantung, iaitu ayah kami iaitu seawal usia adinda saya beberapa bulan. Syukurlah, kami dikurniakan dengan seorang ibu yang pada saya cukup ajaib. Hasil didikan dan hasil usaha keras ibu, kesemua adik-beradik kami tetap menjadi insan berguna sehingga ke hari ini. Keperitan yang pernah dilalui oleh adinda saya ini membentuk keyakinan kepada saya bahawa beliau memang sudah layak untuk bergelar seorang isteri muslimah.


Di dalam meneruskan kehidupan di alam perkahwinan ini, suami hendaklah bijak dalam memainkan peranan dan menguruskan rumahtangga. Bijak atau tidaknya suami dalam hal-hal sebegini, bukanlah bergantung kepada faktor usia semata-mata. Ianya bergantung pada ilmu dan persediaan yang telah dibuat sebelum ini. Juga berdasarkan usia perkahwinan itu sendiri. Di dalam sebuah perkahwinan itu juga, kita hendaklah redha dan belajar untuk menerima kekurangan pasangan kita masing-masing. Memang lumrah dalam setiap perkahwinan, kita meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasangan kita masing-masing. Harapan tersebut usahlah terlalu berlebihan. Ini akan membuatkan kita berasa amat kecewa apabila kekurangan pasangan kita timbul. Oleh yang demikian, bersederhanalah dalam pengharapan kita kepada pasangan masing-masing.Suami juga hendaklah mengawal emosi dalam menangani permasalahan rumahtangga. Usahlah menurut kata hati tetapi buatlah pertimbangan akal yang bijak dan sewajarnya.


Kepada adinda, patuh dan taatlah kepada suami adinda selagi dia mematuhi suruhan Allah swt. Kawallah emosi adinda tatkala melalui gelora rumahtangga kerana kanda tahu bahawa adinda mempunyai emosi yang agak halus dan sensitif. Perkahwinan pada zaman ini adalah sedikit berbeza berbanding suatu ketika dahulu. Ini kerana kebanyakkan isteri juga bekerja untuk menampung ekonomi rumahtangga. Oleh yang demikian, sedikit-sebanyak, ianya akan mempengaruhi di dalam layanan isteri terhadap suaminya. Suami hendaklah faham akan keadaan ini dan bersama-sama membantu dalam pengurusan rumahtangga. Harap maafkan adinda saya andai kesempurnaan tidak dapat dicapai akibat kesuntukan masa yang ada.


Apabila sebuah perkahwinan itu berlaku, ingatlah bahawa sebenarnya kita telah bersatu dengan kedua-dua buah keluarga. Walaupun tanggungjawa adinda kini adalah kepada suami, jenguk-jenguklah juga kami di sini sesekali. Suami juga diharap dapat memberikan kelonggaran dan keizinan kepada adinda saya untuk melepaskan rindunya sesekali.Selesai sudah tanggungjawab kanda dan bonda dalam memberikan perlindungan kepada adinda. Selepas ini, berjanjilah pada kami wahai si suami, agar lindungilah adinda saya dengan sebaik-baiknya. Jagalah makan pakainya sebagaimana kami menjaganya sewaktu beliau belum bergelar isteri. Gembirakanlah hatinya dan pandulah dia ke jalan yang diredhai oeh Allah swt. Kanda dan bonda akan sentiasa berdoa semoga adinda memperoleh kebahagiaan buat selam-lamanya.


Sekian. Wabillahitaufik Wassalamualaikum wbh.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP