Panther TX-R 150 JBT 1223(1993-1998)

Friday, December 19, 2008

Gedebush! Bunyi air lecak daripada jalanraya yang berlopak, dilanggar tayar kereta Daihatsu Charade Aura menyimbahi tubuh wa. Lahanat betul.. Wa kalau tengah jalan kaki, kena kuyup macam tu.. wa tak kisah bai.. Tapi, ni wa dah lah tengah hensem-hensem pakai jaket Bell (tapi ejaan dia Bel, wa beli kat pasar malam) warna hitam dengan kasut hi-cut brand Aliph lagi, ditambah pula dengan helmet takde brand tapi ditampal dengan stiker Arai.. Apa nak buat bai.. wa student lagi, mana ada duit.

Akibat simbahan air lopak yang berbau macam ketiak kawan wa yang nama dia Hamdan, cable plug motor kapcai C70 wa basah. Hatta, matilah enjin motor wa nih.. Wa berenti jap kat tepi jalan, pastu menarik nafas panjang sebijik macam masa Awie tarik nafas masa nak nyanyi lagu ‘Hukum Karma’. Berbekalkan semangat rocker yang dah sebati dalam jiwa wa ni, wa pun dengan machonya.. menyorong la kapcai wa tu. Barua!! Time hujan-hujan macam ni, ramai pulak awek berdiri kat bus stop. Wa takde pilihan lain.. wa terpaksa jugak lalu depan awek-awek tu.. Wa turunkan visor helmet wa semaksimum mungkin bagi mengelakkan muka wa yang ada iras-iras Aaron Aziz ni, daripada dapat dilihat oleh awek-awek tu.. Manalah tau lenkali kalau cuaca baik, dan terjumpa lagi dengan awek-awek tu.. bolehlah wa ajak bonceng kapcai wa.

Wa pun menggagahkan diri melintasi awek-awek tersebut. Diorang senyum-senyum jek tengok wa termengah-mengah tolak motor naik bukit. Tali kasut kaler fluorescent wa pun dah terburai, tapi wa teruskan juga tolakan wa sebab sesaat wa leka, bermakna hancurlah harapan wa untuk memikat awek-awek tu di masa akan datang.

“Hihihi…”, telinga capang wa terdengar hilaian kecil sorang awek kat bus stop tadi tu. “Lisa, kalau la mat rock tu jadi boypren you camane yek?”, Tanya sorang awek yang giginya agak ke depan. Gigi dia ni kalau gigit epal memang senang bai.. takyah susah-susah nak nganga mulut.. tajikan aje macam kita taji kupas kulit buah kelapa tu.

“Oh.. please lah. Boypren I kurang-kurang kan.. mesti drive keter Perdana tau! Tak nak la I ada boypren sorong motor macam Mat Rock tu.. Harap jaket je ada print Metalicca kat belakang, tapi bila hujan.. basah kuyup. Hihihi..”, jawab awek yang jambulnya macam Zaiton Sameon masa Zaiton Sameon nyanyi lagu ‘Menaruh Harapan’ dalam Juara Lagu ’87.

Wa rilek lagi nih. Jiwa wa belum memberontak lagi ni… Sampailah bila awek gigi panjang tu yang dah nak dekat sama panjang dengan tingkap bas, menjawab lagi.

“Mat Rock macam tu mana ada masa depan Lisa. Ni mesti jenis lawan cakap mak bapak ni. Sebab tu la mampu beli motor buruk tu jek. Mak bapak suruh sekolah, dia pegi hisap rokok dalam semak. Inilah jadinya.”

Wa memang cukup pantang bila orang mengata mak bapak wa. Darah panglima yang ada pada wa ni mulalah menyirap. Wa lepaskan motor wa. Bedebam! Tersembam kapcai wa tu menyembah jalanraya.
“Woi gigi panjang pintu gudang! Lu cakap baik-baik sikit eh! Bapak wa dah mati lah! Tapi walaupun wa dah takde bapak, wa tak pernah kurang ajar dengan mak wa tau! Lu orang jangan nak berangan la nak ada boypren bawak Perdana. Pegi keje balik keje naik bas.. lagi mau ada boypren bawak Perdana. Piiiiraaaah! Kalau muka tu lawa takpe jugak. Ini dah macam sarang burung tempua jek wa tengok jambul lu tuh. Yang lagi sorang ni.. pergilah kedai hardware, beli playar. Kasik kerat sikit gigi tu biar pendek. Haraaam!!”. Wa pun tak tau daripada mana datang keberanian wa untuk memaki diorang di khalayak ramai. Yang pasti, susah-payah mak wa membesarkan wa, mestilah wa hargai dan maruah mak wa, mestilah wa bela.

Tiba-tiba, pedih jek wa rasa kat keting kaki wa. Rupanya masa wa hempaskan kapcai wa tadi, stand kapcai tu terkena kat kaki wa. Wa tak sedar tadi sebab marah yang bergelora sepertimana gelodak nafsu yang membuak-buak pasangan pengantin di malam pertama. Darah pekat merah mengalir deras. Tapi, wa mana boleh buat-buat sakit bai.. Malulah wa. Jadi, wa tahan jek kesakitan yang wa alami tuh. Dengan tak semena-mena, datang seorang gadis bertudung berjalan menghampiri wa. Manis sekali awek tu pada pandangan wa. Penuh tertib lenggang jalannya dan sungguh sopan sekali pertuturannya.

“Kaki abang tu luka tu. Dalam jugak saya tengok luka tu. Abang jangan gerak dulu.”, kata awek bertudung tu pada wa. Diambilnya tisu dari dalam beg tangannya sambil menyuakan payung untuk wa. Ditekap-tekap luka wa tu dengan tisu. Kemudian, diambilnya sapu tangan lalu diikat di luka yang wa alami.

Terharu sungguh hati wa ni. Dalam pada wa memaki-hamun dan mengamuk macam ni pun, masih ada gadis yang prihatin pada wa. Wa tak terkata apa pun masa awek bertudung tu nak rawat wa. Menolak tidak, mengiyakan pun tidak. Sedar-sedar, kaki wa dah berbalut sempurna. Tapi wa ni jahat jugak. Sempat lagi wa tengok bentuk bumper belakang awek tu masa dia membongkok untuk membersihkan luka wa.. heheh..

“Macamana saya nak pulangkan saputangan awak ni?”, tanya wa. Wa bukan nak pulangkan sangat saputangan dia tu sebenarnya tapi biasalah bai.. kenalah cari peluang cara macamana nak jumpa lagi, heheh..

“Eh, takpelah. Abang tak payah pulangkan. Lepas abang dah bubuh ubat kat kaki abang tu, abang buang aje saputangan tu.”, tutur awek bertudung tu penuh manis.

“Yelah. Terima kasih ye awak. Saya akan ingat awak sampai bila-bila.”, kata wa penuh terharu.

“Takpelah bang. Hari ni hari abang. Esok lusa mungkin hari saya pulak.”, petah betul kata-katanya.

Wa pun baliklah ke rumah wa selepas insiden tu dengan penuh firasat dalam hati wa. Selang tiga hari selepas kejadian tuh, wa terkenang-kenang akan awek bertudung tu. Hati wa meronta-ronta ingin menemuinya semula. Kalaupun tak lama, sekejap pun jadilah, sebab wa tak pernah sangka yang masih ada insan istimewa sebegitu dalam kota metropolitan ini. Wa pun menyarung satu-satunya jaket wa dan kemudian memacu kapcai wa terus ke bus stop tempat kejadian tempohari. Dalam dada wa, memang cukup penuh pengharapan agar dapat dipertemukan lagi wa dengan dirinya. Terbayang-bayang lagi lentik alis matanya, senyumannya, kelembutan budi-bahasanya dan segala gerak-gerinya. Serta-merta jugak, sifat rocker ganas sembelih wa pudar. Lu ingat apa bai.. rocker pun ada perasaan jugak.

Sampai jek kat bus stop tu, wa menanggalkan helmet wa lalu terus mencapai sikat oren yang berhujung tajam. Wa sisirkan rambut wa belah tepi dan belakang. Bahagian depan wa tak sikat bai. Wa ramas-ramas rambut depan, pastu wa gentel-gentel sikit-sikit, lalu wa lurutkan ke bawah dagu. Heheh.. ini fesyen dulu bai.. Lu mana tau! Band Febians yang tengah top dengan lagu ‘Rumie dan Julie’ pun buat rambut macam wa tau.. heheh..

Sejam beganti dua jam, dua jam berganti tiga jam.. namun kelibat awek bertudung tu tak jugak nampak-nampak. Yang ada, Cuma kelibat awek gigi panjang dengan awek jambul Zaiton Sameon tu jek. Chi.. lain yang wa tunggu, lain pulak yang muncul. Tapi awek dua orang tu terus berpatah balik sebaik aje diorang melihat kelibat wa.. Tau pun takut. Lenkali, buatlah giler lagi dengan wa.

Hati wa hancur bila awek bertudung yang wa tunggu-tunggu tu, tak memunculkan dirinya. Hancur dengan banyaknya sebagaimana banyaknya kolestrol yang ada dalam tubuh kawan wa yang bernama Tuah. Harapan yang berbunga-bunga sebentar tadi, terus membotak sepertimana botaknya kepala kawan aku lagi sorang yang bernama Bojen9 dengan Toyol. Wa tak boleh berputus asa. Wa akan cuba lagi keesokan harinya.

Esok wa cuba lagi, tapi masih takde, lusa wa cuba lagi, tapi masih takde jugak. Ini tak boleh jadi ni. Wa kena buat sesuatu ni. Oleh itu, tulatnya, wa memasang strategi. Wa buat serangan hendap di celah deretan kedai yang membelakangkan bus stop tersebut. Kira-kira 30 minit kemudian, muncullah si gigi panjang dengan si jambul sarang burung tempua tu. Perlahan-lahan wa berjalan menuju ke arah mereka. Perlahan sungguh langkah kaki wa sepertimana langkah kaki kawan wa yang bernama Wan Syukri semasa nak keluar malam bila bini dia dah tidur. Wa berada kira-kira 4 meter jek lagi daripada diorang, bilamana diorang tersedar akan kehadiran wa. Apa lagi. Diorang pun cabutlah sampai macam tak cukup tanah lagi dah.

“Woi.. gigi panjang. Nanti dulu. Wa nak tanya lu ni. Wa bukan nak pukul lu la.. Tunggulah!”, jerit wa sambil berlari dengan payahnya sebab wa pakai jeans ketat sendat telor. Lu ingat senang ke nak pakai jeans sendat ni. Kaki nak kena sarung plastik roti dulu tau. Biar licin. Barulah boleh sarung suar jeans tu.

Akhirnya, setelah senak telor wa dek kerana bergesel dengan suar jeans sendat wa, wa berjaya mengejar diorang.

“Apasal lu orang lari ah? Walaupun muka wa ni macam muka Aaron Aziz pakai RX-8 dalam citer Evolusi: KL Drift, wa tak pukul pompuan la!”

“Abistu, kenapa kau kejar kitorang?”, tanya si gigi panjang. Tapi pertuturannya kurang jelas. Faham-faham je lah. Kan ada halangan bagi dia untuk mengeluarkan bunyi blow off valve dia tuh..heheh..

“Ni. Wa nak tanya ni. Lu ingat tak awek pakai tudung yang rawat luka wa dulu tu? Mana wa nak cari dia, huh?”, tanya wa.

“Oh.. Tu Kak Anna. Senior kitorang kat kolej jugak. Tapi dia dah habis final exam dah. Dah balik kampung pun.”, jawab awek jambul sarang burung tu.

“Lu orang belajar kat kolej mana?”, tanya wa sekali lagi.

“Kitorang belajar kat Kolej Perguruan Za’aba.”, si awek gigi panjang tu mendengus.

“Adoyai.. bakal-bakal cikgu rupanya. Janganlah si gigi panjang ni ngajar anak aku nanti harapnya. Nanti kalau Hari Terbuka nak ambik report kad, aku pun benci nak datang sekolah.. wakakakak.”, gelak wa dalam hati. Tak boleh luahkan bai.. wa tengah nak mintak tolong ni.

Melalui dua orang mala’un ni, akhirnya wa dapatlah alamat rumah awek bertudung yang wa kepingin sangat nak jumpa tu. Mak aiii.. jauhnya. Kat KL tu. Wa ni duduk kat JB, camanelah wa nak ke KL tu. Wa bukan ada sedara-mara kat sana pun. Takkan nak naik Honda C70 wa ni. Dahlah kawan-kawan wa kutuk motor wa ni ‘motor agar-agar’ sebab motor wa ni vibrate kuat bila speeding lebih 60 km/sejam. Kalau wa pergi KL bawak kapcai wa nih, mau tinggal handle grip je bila sampai.

Apa nak buat. Kemiskinan membataskan cita-cita dan harapan wa. Kesusahan keluarga mengakibatkan harapan wa musnah. Tapi takpe. Rocker mana boleh putus asa bai.. Amy Search masa mula-mula pegi KL pun melantak megi je bai.. Sebagai permulaan, wa dahulukan dengan mengirimkan surat kepadanya. Tiga hari tiga malam jugaklah wa menulis surat tu. Bukan sebab wa tulis panjang-panjang, tapi wa tak tahu macamana nak mulakan bual bicara.

Assalamualaikum wbh,

Izinkan saya mengganggu putaran hidup saudari dengan coretan surat ini. Ribuan kemaafan saya pinta sekiranya saudari tidak senang dengan kehadiran utusan ini. Nama saya Zack. Saya adalah pemuda yang saudari bantu semasa saya dilanda kecederaan di hadapan sebuah pondok perhentian bas, berdekatan dengan kolej saudari. …........ ……. ……. ……. ……. ….. ….. ….. …….
(chi… mana boleh wa paparkan keseluruhan surat wa bai.. malu la wa. Wa rocker tapi dalam surat ni, wa guna ayat Fransesca Peters bai.. Apa nak buat, nak beli jiwa punya pasal la..)

Sejak daripada itu, wa sering berutusan surat dengan Anna, gadis bertudung berhati murni tu. Hanya bila tiba sambutan Hari Raya atau Hari Jadi dia je baru wa call. Wa mana mampu nak buat long distance call. Bertahun-tahun wa berutus surat dengan dia. Dia pun tak pernah lupa untuk membalas setiap pucuk surat yang wa kirimkan.

Tahun berikutnya, wa telah diterima untuk belajar di sebuah IPTA di selatan tanahair. Berbekalkan elaun praktikal dan simpanan wa bekerja part-time, tiga tahun kemudiannya, wa berjaya membeli sebuah motor panther seken. RM3,000.00 rege dia. Wa masih ingat lagi, nombor plate motor wa ialah JBT 1223. Itulah satu-satunya motor yang menjadi kebanggaan wa seumur hidup wa. Bukan kerana kepantasannya, bukan kerana solekannya, tapi kerana ia mempertemukan wa dengan gadis bertudung tu selepas empat tahun wa tak berjumpa.

Wa masih ingat lagi. Hari tu adalah Hari Kemerdekaan Malaysia. Ianya jatuh pada hari Jumaat, bermakna wa ada tiga hari yang takde kuliah. Berbekalkan tekad dan bulatnya impian wa, wa memberanikan diri memacu panther kesayangan wa, membelah angin, menyusuri lebuhraya utara-selatan. Ya, kali ni, wa mesti jumpa dia. Sambil wa memacu panther wa sorang-sorang, wa dendangkan lagu Allycats, “Senyumlah Kuala Lumpur”. Antara bait-bait liriknya ialah…

“Di lebuhraya, di papan tanda.. Tergambar wajahmu.. Dengan kalimah, cinta untuk kita, Semoga kekal selamanya”. Pergh… jadi mat bunga wa kejap.. heheh..

Setelah enam jam bertarung dengan angin lintang, tepat jam 2.00 petang, wa tiba di rumahnya. Ketibaan wa disambut oleh dia beserta adik dan ibunya. Walaupun pakaian wa tak kemas macam mat dispatch, ketibaan wa disambut dengan mesra oleh mereka anak-beranak. Suar jeans wa berdebu jek dek kerana pukulan asap dari lori-lori di lebuhraya tadi. Wa dijemput makan tengahari bersama mereka. Inilah pertama kali, nasi dan lauk-pauk wa disenduk oleh orang lain ke pinggan wa. Maafkan wa mak. Wa tak salahkan mak. Mak memang takde masa nak tunjukkan kasih sayang mak pada wa. Mak terlalu sibuk mencari nafkah membesarkan wa lima beradik selepas ketiadaan ayah. Tak pernah walau sekali pun wa salahkan mak, malah wa bangga dengan kecekalan mak. Cuma buat masa ini, wa terlalu sayu bila nasi dan lauk-pauk wa disendukkan oleh orang lain ke dalam pinggan wa.

Malam tu, wa tipu diorang. Wa cakap wa tidur kat rumah sedara wa kat Gombak. Padahal sebenarnya, wa tidur kat masjid kat Gombak jek. Takpelah. Wa redha dan wa tak rasa sedih pun sebab apa yang wa impikan sejak empat tahun lepas, telahpun tercapai. Malam tu, wa tidur kena tindih hantu siot! Mungkin sebab wa tak mintak izin untuk tidur kat situ. Adoyai…

Esoknya, wa ke KFC berdekatan dengan rumah awek bertudung tu untuk berjumpa dia buat kali terakhir sebelum wa pulang ke IPTA di JB. Dalam KFC tu, wa order fries dengan pepsi jek sebab budget dah lari. Itupun, awek bertudung tu tak bising-bising. Malah, dia belanja lagi wa thrift plate. Dapatlah wa makan ayam KFC tiga ketul hari tu. Selesai saja hidangan tu masuk sepenuhnya dalam perut wa yang tak boroi macam perut kawan wa nama Ajlan, wa pun memulakan langkah. Wa susun ayat wa satu-persatu bagi meluahkan hasrat hati wa untuk berkawan dengannya dengan lebih rapat lagi atau kata budak-budak sekarang ni, bercouple. Luahan hati wa, disusuli dengan penerimaan olehnya dengan titisan air mata. Alhamdulillah, akhirnya misi wa berjaya jugak akhirnya.

Kitorang pun terus bercouple sehinggalah wa dapat menggenggam segulung ijazah. Tiga tahun selepas itu, Anna si gadis bertudung itu telah pun menjadi isteri wa yang sah. Kini, walaupun panther itu dah takde, kenangan wa bersama panther wa tu, merupakan titik tolak kehidupan wa yang baru. Kini juga, wa berbangga kerana dapat memberikan sedikit keselesaan padanya. Kini, ke mana-mana, Perdana V6 wa lah yang membawa wa berdua menuju kebahagiaan. Sorilah wahai awek gigi panjang.. Kalau dulu lu tak kutuk wa, mungkin lu lah yang duduk dalam Perdana V6 wa nih.. heheh..

Saper sangka yang wa akan bertemu jodoh dalam situasi macam tu. Saper juga boleh sangka yang jodoh kita akan muncul dari mana-mana pelusuk pun. Oleh itu, yakinlah… jodoh pertemuan itu sememangnya urusan Tuhan.

10 comments:

lima-alpha-november December 19, 2008 at 10:16 PM  

cam biasa.. wa nak kena copy paste cerita lu dalam words.. panjang seh.. mau 3 hari baru katam...

best jalan cite...

Joy.Inc December 20, 2008 at 6:18 PM  

Bagus susunan cerita lu.. terang.. jelas.. sungguh indah.. (Cheh padahal wa tak bca pon).. wakakakaka...

Anonymous December 21, 2008 at 7:43 PM  

bagus²...bole buat part-time jd penulis cerpen kt utusan m'sia...

Unknown December 22, 2008 at 9:05 AM  

kekekek..

ini cerpen merapu jiwa kacau punyer nih.. mana boleh masuk utusan bai.. bahasa memang ikut realiti dan takde tapis-tapis punyer..

saluran untuk cerpen-cerpen mcm ni.. cuma di blog aje la.. tak boleh publish bai.. DBP marah wor.. heheh..

Gua! December 22, 2008 at 10:32 AM  

wakakaka..mcm chii aaa joy..komen bagus tapi tak baca..hahahahaa..wa tau lu ckp je tak baca tapi lu baca kann..pasni sure lu up gak story lu ngan xyl lu kannnn..hehehee

the.flyingtoyol.inc December 22, 2008 at 10:33 AM  

Cheh.... rock kapak jiwang junction rambut kerinting spring tarik..... Wa pun sempat jadi bahan lam citer nie....... hehehehehehehehe........

vernoz December 22, 2008 at 4:29 PM  

vp zach

bagus ler lu...buat citer sambil sampaikan pesanan penaja....

Anonymous December 23, 2008 at 3:05 AM  

ini worang tada malu ka.. kain punya dalam punya cirita pon mau kasi tau sini ka.. pooodah chitt.. gundu..

Kumbang Sepi December 23, 2008 at 11:45 AM  

mutthusamy,
anney.. ini cirita fantasi juga.. bukan butul-butul punya cirita.. lu kalu ingat ini cirita butul-butul punya, makna dalam.. wa punya cirita banyak real juga, sampai kalu lu boleh picayar..

Anonymous December 23, 2008 at 12:35 PM  

pandai lak cakap tamil kumbang sepi nie.....

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP