REVIEW - KEMBARA MASJID DARUL TAKZIM 2012
Tuesday, May 15, 2012
Nama
Calon: Kumbang Sepi
No.
Pendaftaran Peperiksaan: 2552
LEMBAGA
PEPERIKSAAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA 2012
SUBJEK: KERTAS
1 BAHASA MALAYSIA
TARIKH:
28 DAN 29 APRIL 2012
MASA: 2
JAM 30 MINIT
(Anda
dilarang daripada membaca soalan sehingga diberitahu)
SOALAN 3
Anda
telah mengikuti suatu program menjelajah masjid anjuran Ahli Jawatankuasa Surau
bersama salah sebuah kelab permotoran di Malaysia. Sebagai seorang wartawan di
salah sebuah syarikat penerbitan majalah, anda telah diminta untuk membuat
liputan menyeluruh berkenaan dengan program tersebut, yang berlangsung selama 2
hari dan 1 malam. Laporkan dengan lengkap, tidak kurang daripada 350 patah
perkataan.
REVIEW:
JELAJAH JOHOR 2012 – KEMBARA MASJID DARUL TAKZIM: IN SEARCH OF THE TRUE NUR!
PERCAMBAHAN
IDEA
“Tuhan
tolong lembutkan hati dia… untuk terimaku seadanya.. kerna ku tak mampu.. kerna
ku tak sanggup.. hidup tanpa dia di sisiku.. uuuuuuu”.. Inilah antara bait-bait lirik yang
disampaikan dengan penuh perasaan oleh Wak Erol sewaktu kitorang lepak kat
karaoke Ali Baba, JB pada satu malam. Terlopong mulut wa sebab macam tak
percaya pulak yg pomen muka ganas macam dia, boleh layan pulak lagu Ombak Rindu
nih. Sambil nyanyi tu.. wak erol siap terangkat2 bahu dia sambil mata terpejam
kunyit (pejam mata macam cara budak sekolah pura-pura tidur bila kena paksa
dengan bapak dia). Herot-herot bibir wak erol menghayati lirik lagu tu. Sebelah
tangan pegang mikrofon, manakala sebelah lagi tangannya menunjuk2 ke udara. Wa
nak gelak besar pun ada.. tapi risau pulak bila mengenangkan IC dia yang pernah
wa tengok masa dia register masuk club dengan wa tahun 2006 dulu. Seram dok!
Lokasi/Masa:
Jabatan Pendaftaran Negara, Pontian, Johor. Jam 8.20 pagi.
“Hairulail
Imam Kardi… Hairulail Imam Kardi… Hairulail Imam Kardi!”, sebut seorang kerani
pendaftaran kat situ. Muka kerani pompuan tu, tak lah mantul sangat. Adalah
iras-iras macam penyanyi tahun 80-an dulu, iaitu Siti Fairuz yang popular
dengan lagu ‘Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu’. (Jongkong cukup suka dengan lagu
tuh. Ringtone henpon dia, guna lagu tu lah..) Tapi yang buat wak erol ni
terkebil-kebil, ialah dada muntah kerani tu. Itu yang menyebabkan wak erol
geram, lalu menggigit-gigit ibu jari beliau, sampai tak sedar kedua-dua belah
ibu jari beliau dah luka berdarah. Tak tau lah apa yang diimaginasikan oleh wak
erol ni, sampai boleh tak sedar.
“Hairulail
Imam Kardi!!!!!!”, kuat jeritan kerani pompuan tu sebab dah bengang.
Panggil-panggil tak datang jugak.
Khayalan
imaginasi liar wak erol, tercantas tatkala deruman ekzos motor RX-Z( 5 Speed)
yang dah complete korek blok melintasi jalanraya di hadapan pejabat JPN
tersebut. Serta-merta wak erol terdengar namanya dipanggil, lalu terus ke
kaunter nombor 3.
“Awak ni
pekak ke, huh? Dekat 3.735 billion kali saya panggil nama awak tapi awak tak
datang-datang jugak! Awak ni nak buat IC ke tak nak, huh?”, marah kerani
tersebut.
Disebabkan
wak erol memang dipihak yang dah terbukti bersalah dan bukannya difitnah,
beliau terpaksalah buat muka poyo jek. Poyo sepoyo-poyonya, persis rupa poyo
Bart Ahmad masa beliau kena tiaw kaw-kaw dengan Bob Tdy, sewaktu first time
jadi co-pilot untuk Bob Tdy masa JJJ2, dua tahun yang lalu.
“Sengal!
Tak tau baca pace note ker? Apasal tak bagitau ada bonggol kat belakang tu
tadi, huh!”, jerit Bob pada Bart sambil ditonjolkan jari telunjuknya ke dahi
berminyak Bart. Kesian Bart.. Dia memang tak salah. Manalah ada catatan bonggol
dalam pace note. Tapi sebab Bart baru join masa tu.. beliau terpaksalah
mendiamkan diri sambil melakonkan memek muka sebagaimana memek muka sedih
ayam-ayam yang beliau sembelih di pasar. Yaperdaaa.. melalut pasal Bart pulak
wa nih. Ok, sambung balik kisah wak erol
tadi tu.
Wak erol
pun duduk dengan sopannya di kerusi kaunter nombor 3. Sopan giler. Nasib baik
duduk atas kerusi. Kalau disuruh duduk atas tikar mengkuang tadi.. konfem wak
erol ni duduk bersimpuh pengantin baru gamaknya.. huhuhu..
“Cap
ibujari awak kat sini.”, kata kerani pompuan tuh.
Wak erol
baru je nak menalakan ibu jari tangan beliau kat borang buat IC tu, bilamana beliau
sedar bahawa kedua-dua belah ibu jari tangannya dah luka akibat digigit-gigit akibat
kegeraman yang amat sangat tadi.
“Camner
nak buat nih?”, bisik hati wak erol. Tiba-tiba, muncul kepulan awan di atas
kepala wak erol. Dalam kepulan awan tu, muncul sebiji mentol lampu yang
bercahaya.
“Akak!
Tengok kat belakang akak tu!”, kata wak erol lantas menunjukkan ke arah sesuatu
di belakang kerani pompuan tersebut. Bila ajer kerani pompuan tu menoleh ke
belakang, secepat kilat wak erol mengenakan kedua-dua belah cap jari beliau di
borang permohonan IC tersebut. Tapi, wak erol bukannya guna ibu jari.. wak erol
guna jari kelingking tuh!
“Awak
jangan main-main dengan saya, ok!”, marah kerani tersebut tapi tak perasan bila
masa wak erol menekap ibu jari pada borang IC tersebut. “Dah cop jari tu?”
“Dah!”,
kata wak erol ringkas. Kerani pompuan tu pun check borang tu sekali imbas.
Ramai sangat manusia pada pagi tu. Kerani tu pun dah masam muka sebab lontong
kering yang dibawa untuk sarapan, belum sempat untuk dijamahnya.
“Ok.
Awak boleh balik. Bila IC dah siap, kami akan kirim surat ke alamat yang
tertera.”, kata kerani tu tegas dan dengan mata yang terjengkil.
Wak erol
pun berlalu pergi sambil tergelak-gelak kecil. Comel jek muka wak erol masa
nih. Saling tak tumpah macam Aliff Satar masa nyanyi lagu Please Please Please…
Kamu Jangan Marah. Wan Shukri mesti dapat bayangkan camaner rupa Aliff Satar tu..
sebab kat thumbdrive dalam keter dia, lagu pertama dalam thumbdrive dia tu..
lagu Please Please Please tu lah.. kekekekek..
“Nasib
baik lah jari kelingking aku ni sama besar dengan ibu jari. Setel problem.
Heheh..”, gelak wak erol lalu berlalu pergi ke pondok menunggu bas. Apa yang lu
orang heran bila wa cakap wak erol tunggu bas. Masa ni kan umur dia baru 12 tahun.
Takkan lah umur 12 dah ada enjin Evo III siap banana dgn wastegate pulak, der…
(Flashback
dah habis.. Kembali ke dunia realiti)
Tu pasal
lah wa tak berani nak gelakkan wak erol nyanyi lagu ombak rindu tuh. Karang tak
pasal-pasal, begok jadi pipi wa nih akibat lempangan wak erol yang kesemua
lima-lima jarinya, sama saiz.. huahuahua…
Sedang
wa gelak dalam hati sorang-sorang, tiba-tiba telinga wa yang tak berapa capang
macam telinga Fatta.. dapat menangkap suatu suara nun di kejauhan.
“Merdu lafaz syahdu, Jiwa pun merindu, Merakam rasa kalbu, Gemersiknya
lagu, Angin kota cahaya, Bertiup berarak, Kencang meredah maya. Hanya untuk dia..”
Sudah.. saper pulak la yg nyanyi lagu intifada’ nih? Wa pun tak
berapa nak perasan sebab wa membelakangkan dia. Badan brader ni agak tegap
jugak. Bertubuh sasa dan mempunyai ketinggian kira-kira 2 inci melebihi
ketinggian Yazmeen Yusof. Heheh.. Rambutnya yang tak berapa nak lebat tu..
dipacak-pacak untuk menyembunyikan usia senja beliau yang sebenar. Wa dan
budak-budak lain masih terus diselubungi misteri, sehinggalah masuk bahagian
chorus lagu tu.
“Oh... semerbak harum bingkisan an-nur, Berterbangan tinggi ke
intifada, Oh merentas misi risalah suci, Mewangikan taman yang dicemari..”
Serentak
dengan chorus lagu tu.. brader tu pun memusingkan badan beliau lalu menghadap
kami.. Huk Aloh.. Yusainee rupanya yang beria-ia pitching lagu intifada’ tu.
Siap geleng-geleng kepala tuh sambil dia mengalunkan lagu tu… sama kaedahnya
macam gelengan kepala Yus masa tengok Sofea Haryana bergelek masa lagu Abang
Roni diputarkan kat kelab dangdut yang sememangnya menjadi kegemaran
warga-warga emas macam Yus.. huahuahua..
Bebudak
semua gelak besar tak hingat punyer. Si Gemukderhaka sampai terkentut-kentut
gelak sampai mengeluarkan aroma persis aroma sambal nasi ayam penyet. Dalam
pada tu, wa tak gelak langsung. Secara spontan, wa terkenang peristiwa semasa
JJJ-2 : The Chronicles, Only for the Hardcores, dua tahun yang lalu. Masa tu,
kereta wa breakdown kat Mersing. Semasa members tengah tunggu ERV attend keter
wa, suara azan pun berkumandang dari surau yang berdekatan. Berpusu-pusu
jugaklah members gi surau tuh untuk menunaikan solat. Carlos yang pakai suar
jeans paras lutut pun turut serta berlari-lari anak sambil mengepit kain
pelikat cap gajah duduk di bawah ketiaknya. Jauh di sudut hati wa berkata,
“Masih ada ‘Nur’ jugak jauh di sudut hati budak2 nih. Alangkah baiknya kalau
kita dapat buat suatu event yang dapat sedikit-sebanyak, dapat mengeluarkan
sedikit saki-baki ‘Nur’ yang ada dalam hati diorang nih. Tapi… event
motorsports apa agaknya yang sesuai? Wa pun buntu.
Sehinggalah
pada suatu hari sewaktu wa dengan Wan Shukri aka OBM, selesai berjemaah kat
Masjid Lama Pasir Pelangi, JB. Masa tu, OBM pakai baju kemeja lengan pendek,
dengan corak daun pokok rhu. Sebijik macam baju Mahed Abudulah, pekerja Mydin
kat Nusajaya yang berasal dari Lahore, Pakistan. Kami sama-sama sedang duduk di
tangga masjid yang paling bawah.
“Surau
kat rumah aku tu, appoint aku jadi AJK Biro Rakan Muda lah.”, kata OBM sambil
menyarung kasut baldu warna coklat, persis macam kasut budak2 skolah dulu2
pergi tea dance.
“Ok lah
tu. Lu pun dah pencen daripada club, kan. Eloklah lu jadi AJK pun.”, kata wa
sambil menyarung kasut Alain Delon hitam.
“Aku
memang takde hal tapi masalahnya, diorang suruh aku buat satu program besar
awal tahun depan. Aku takde idea lah nak buat apa?”, rintih OBM sambil
pandangannya dilayangkan pada tiang seri masjid lama tersebut. Benci betul wa
tengok memek muka OBM masa tuh. Dia punya riak wajah, seolah2 esok hari,
Barrack Obama nak serahkan tugas mentadbir Amerika kat dia pulak. Tapi sebab wa
masih berada dalam kawasan masjid, wa tak jadi nak jentik muncung OBM tuh.
“Der… wa
ada idea. Apa kata lu buat convoy melawat masjid-masjid sekitar Johor. Lu pun
bukannya tak biasa buat event convoy nih.”, kata wa dengan penuh keyakinan. Namun,
wa rasa macam nak sumbat jek ibu jari kaki kanan wa, kat lubang hidung OBM,
bilamana dia menjawap.
“Lu
hilang akal ker, der? Giler ke nak bawak geng surau pergi convoy. Bahaya tu,
bro. Macamanalah wa nak pimpin convoy tu?”, kata OBM risau.
“Huk
aloh.. Amarika betul mu nih! Kita kan ada geng-geng club. Kita ajaklah diorang
sekali. Biar kita panggil budak-budak kita jadi working cars.”, kata wa
menerangkan apa yang berada dalam benak fikiran wa.
Maka
bermulalah sesi perbincangan tidak rasmi sesama rakan-rakan di southern.
Pelbagai reaksi diterima pada mula-mula idea ni dicambahkan. Pelik, kaget, tak
faham dan macam2 lagi reaksi dapat dilihat. Ada yang cadangkan working cars
kali ni semua kena pakai serban, pakai celak, pegang tasbih dan macam2 lagi.
Tapi wa tau, semua ni cuma setakat senda-gurau sesame kita jer. Langsung tak
berniat pun untuk mengutuk atau menghentam. Tapi, kalau ada pun yang nak
menyindir atau nak mengutuk event ni… Ada aku kesah? Sebab setahu wa lah..
makhluk yang selalu menentang perkara2 yang mendekatkan diri kita ni kepada
Allah, hanyalah Syaitan dan sekutu kepada Syaitan! Betul tak??
THE
PREPARATIONS
Setelah
kata sepakat telah dicapai, OBM pun tanpa berlengah lagi, terus memulakan
kertas kerja cadangan untuk dikemukakan kepada pihak Jawatankuasa Surau Austin
Perdana. Berdebar jugak hati wa ni, menantikan maklumbalas daripada pihak
surau. Mana taknya.. Tak pernah dibuat orang.. geng surau pergi berconvoy.
Namun jauh di sudut hati wa, wa yakin proposal ni akan berjaya. Sebabnya ialah
projek ini langsung tidak menyalahi syariah Islam, malahan merupakan cara yang
sangat inovatif untuk mendekatkan golongan muda mendekati masjid. Mengenepikan
persepsi salah segelintir anak muda
terhadap golongan yang rajin menghuni masjid. Paling utama, wa yakin bahawa
sebarang kaedah untuk mendekatkan diri dengan Allah swt, sudah pasti mendapat
pertolongan dan keberkatan daripada-Nya.
Alhamdulillah,
cadangan ini telah berjaya menarik minat pihak jawatankuasa surau. Mereka bukan
sahaja tidak membantah, malahan telah mengekspresikan keterujaan mereka
terhadap projek cadangan ini. Setelah, mendapat mandat untuk mengelolakan
projek ini, perkara pertama yang wa dan OBM laksanakan ialah mengemukakan
cadangan tersebut kepada Presiden Kelab ketika itu, iaitu Prez Ayin. Tak silap
wa, usul tersebut telah dibentangkan pada Prez Ayin pada pertengahan bulan
Oktober 2011. Ianya bukan setakat pembentangan cakap-cakap, tapi lengkap dengan
itinerary, costing, objektif, kaedah perlaksanaan, punca sumber kewangan dan
sebagainya. Syukur, Prez Ayin telah meluluskan kertas cadangan kami setelah
berpuashati dengan pembentangan yang dibuat. Tempoh dua bulan berikutnya
digunakan sepenuhnya untuk penambahbaikan terhadap pengisian projek. Pada 26
Januari 2012, secara rasminya, suatu mesyuarat telah dilaksanakan di ofis wa di
antara wakil Surau Austin Perdana, Rep 1 Herman Rays dan Arm Afham selaku Ketua
Biro Kerohanian, Southern Chapter. Heheh..
Suka wa
nak maklumkan bahawa Penganjur untuk projek kali ini adalah Jawatankuasa Surau
Austin Perdana, manakala Southern Chapter dijemput sebagai Penganjur Bersama
yang bertanggungjawab untuk mengelolakan perjalanan program. Maka bermulalah
tugas berat yang diagihkan sesama kami. Bermula dengan permohonan pelepasan
daripada PDRM, bantuan teknikal daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor,
permohonan sokongan daripada Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan serta
Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Sudah memang rezeki projek ini, walaupun tidak
memberikan ‘commercial value’ yang tinggi, kami masih dihujani dengan pelbagai
tawaran untuk penajaan. Itulah sebabnya, bayaran untuk event kali ni hanyalah
sebanyak RM70 untuk seorang sahaja.
Hanya
satu kesukaran yang dialami untuk projek kali ini, iaitu Penganjur iaitu Surau
Austin Perdana terpaksa menetapkan kuota kerana ingin membahagikan nilai tajaan
tersebut ke jumlah yang munasabah. Sebagai contoh, katalah tajaan yang
diperolehi bernilai RM6,000.00. Pihak Surau terpaksa menetapkan jumlah kuota
sebanyak 100 peserta sahaja untuk memberikan subsidi sebanyak RM60.00 seorang.
Kalau tak ditetapkan kuoto, dikhuatiri subsidi yang diniatkan tersebut, menjadi
nilai yang sangat kecil. Sebahagian kuota diberikan kepada kariah surau,
manakala selebihnya kepada club. Maka oleh sebab itulah, keutamaan diberikan
kepada members southern chapter terlebih dahulu. Lebihan kuota club kemudiannya
diberikan kepada rakan-rakan dari luar southern yang mempunyai pengalaman yang
meluas sebagai working cars. Pengalaman yang luas adalah ‘vital’ untuk convoy
kali ini kerana working cars bertanggungjawab untuk mengawal convoy yang bukan
sahaja terdiri daripada members club yang menampilkan ramai muka2 baru, tetapi turut
disertai oleh kariah surau yang rata-ratanya tidak pernah terlibat di dalam
sebarang aktiviti convoy sebelum ini. Jadi, jemputan kali ini bukanlah seperti
jemputan kenduri kahwin (dijemput untuk makan sahaja). Walaupun mereka yang di
luar Southern dijemput, mereka juga diminta untuk bertugas dan tanggungjawab
yang dipikul itu sememangnya amat berat. Terharu hati wa mendengar kesanggupan
rakan-rakan dari luar southern untuk bersama-sama menggembeling tenaga, wang
ringgit dan pengalaman untuk event ini. Kitorang mohon maaf kalau tak dapat
menjemput ramai lagi rakan2 dari chapter lain. Kuota yang diberikan sangatlah
limited. Itupun, kitorang cepat2 rebut kuota surau bila dapat tahu ada peserta
daripada surau yang menarik diri.
Cabaran
pertama bermula tatkala OBM ke IPK PDRM (Cawangan Trafik), JB.
“Assalamualaikum
Tuan. Saya wakil daripada Surau Austin Perdana, nak mohon permit pelepasan
tuan.”, kata OBM kepada Pegawai Turus Trafik. OBM telah mengenakan celak Mekah
pagi tu untuk menampakkan ciri-ciri susilanya. Sebagai tambahan untuk
meyakinkan pegawai trafik tersebut, OBM juga telah mengenakan kemeja berkolar
Raihan. Sama seperti kepunyaan Dani Ivanov aka Kopie, yang tidak lagi dipakai
akibat dibahan kawan-kawan sebelum ini. Kekekekek..
“Mintak
maaf encik. Encik salah tempat ni. Encik sepatutnya ke Jabatan Agama Islam
Johor, bukannya ke sini.”, konfiden jek pegawai tersebut memberikan jawapan
beliau kepada OBM.
“Eh..
Selalu memang saya ke sini Tuan.”, OBM dah mula menampakkan perangai
gelabahnya.
“Tak
mungkin encik. Sini adalah IPK PDRM (Cawangan Trafik). Kalau nak buat ceramah
agama, encik kena mintak permit daripada Jabatan Agama Johor, bukan kat sini.”,
getus pegawai trafik tersebut menampakkan sedikit kekeliruan beliau.
“Bukan
Tuan. Kami bukan nak buat ceramah agama, tapi nak buat convoy.”, kata OBM
tersengih-sengih.. sebijik macam sengihan Gemuk Derhaka sewaktu kantoi apabila
wiper belakangnya dikesan menggunakan double-sided tape.
“Loorrr..
ye ker.. Maafkan saya. Tak pernah pulak saya terima permohonan convoy daripada
AJK Surau. Bak sini surat tu. Nanti saya uruskan.”, kata pegawai trafik
tersebut.
Huhuhu..
Lu orang tengok sendirilah. Betapa pelik dan asingnya projek kita kali nih.
Tapi takper, niat yang baik perlu diteruskan. Banyak lagi peristiwa pelik yang
berlaku sepanjang persediaan projek ini. Tapi, wa dah lapar ni. Wa terbau aroma
rempah soto yang datang dari dapur wa. Malaslah wa nak citer panjang2 lagi.
Jemput makan semua.. huhuhu..
THE
RECCE
Recce
untuk persediaan pace note telah dilaksanakan pada 7 April 2012. Seramai 4
orang telah bertugas menjalankan tanggungjawab tersebut iaitu wa, OBM, adik
Iskandar dan Joy Satriani. Kenderaan rasmi untuk tugas recce ini adalah Toyota
Alphard metalik hitam, bukan hitam kusam macam Zamri V-Sixers punyer keter. Jam
6.30 pagi, wa telah tiba di rumah Joy Satriani untuk sama2 ke Surau Austin
Perdana, di mana RV Point yang memerlukan mileage speedometer perlu di’0’ kan.
30 minit
yang pertama, memang menyeronokkan. Maklumlah.. dah agak lama jugak kitorang
tak buat pace note. Teringat balik masa
zaman kegemilangan dulu-dulu. Semangat punya pasal, wa dengan Joy Satriani siap
bertumbuk sampai lebam mata, semata2 kerana berebut nak buat pace note.
Huahuahua..
Jam 9.00
pagi.. minda dah mula penat. Perut dah mula berbunyi. Kepala dah mula senoneng
sebab sebenarnya wa dengan Joy demam selsema hari tu. Maka kali ni, berlakulah
lagi adegan kung fu di dalam Toyota Alphard tersebut. Kalau tadi, insiden
disebabkan masing2 berebut nak buat pace note. Kali ni pulak, masing2 menolak
sesama sendiri untuk continue buat pace note. Memandangkan wa dengan Joy
sama-sama tak nak mengalah, kitorang beralih untuk mencari mangsa seterusnya.
Oleh sebab wajah OBM ada iras2 macam Dafi AF yang lembut dan sopan.. maka wa
dengan Joy sepakat untuk tarik telinga OBM. Sorang tarik belah kanan, maka
sorang lagi tarik belah kiri. Teresak-esak OBM bila dipaksa untuk meneruskan
kerja membuat pace note. Maka, tertawa kuatlah wa dengan Joy, laksana penyamun
yang menemui harta karun di dalam gua.
Jam
10.00 pagi.
“OBM!
Bila kita nak berenti brekfes nih? Wa dah lapar ni.”, kata wa kepada OBM. OBM
boleh pulak dia buat muka bodoh jek. Diam tak nak cakap langsung. Mungkin masih
merajuk kerana cuping telinga beliau dah runcing ke atas macam dalam citer
Planet of The Apes tuh, akibat dikerjakan oleh wa dengan Joy tadi.
“Woi
OBM! Lu dengar ke tak, huh? Bila nak berhenti makan ni?”, kata Joy sambil
mengetuk bucu fail pace note tersebut tepat ke arah pusar rambut OBM.
“Sabar
lah. Perut pun kena recce jugak. Kita kena recce, baper lama perut kita boleh
tahan lapar.”, jawap OBM. Dan serentak dengan jawapan itu, PTT Handie wa yang
sebesar pau kacang ahmad, telah wa sumbatkan ke mulut OBM.
Serentak
dengan itu juga, mata Joy meliar sekitar Alphard tersebut. Manalah tau ada
lebih-lebihan makanan dalam Alphard tersebut. Mata wa pun turut melilau sama
tapi tak jumpa apa-apa pun kecuali sepasang selipar jepun lusuh di sudut kiri
Alphard.
“Nyam
nyam nyam… Nyam nyam nyam..”, kedengaran bunyi seperti seseorang tengah
mengunyah sesuatu di sebelah wa. Alangkah terkejutnya wa, bilamana wa menoleh
ke sebelah.. kelihatan Joy sedang mengunyah selipar jepun tersebut dengan
lahapnya.
“Apa
pandang-pandang.. tak pernah tengok orang makan selipar jepun ker? Wa lapar
lah!!”, marah Joy bila melihatkan wa sedang memandang beliau sambil mulut
ternganga. Berkaca jek mata si Joy ni wa tengok, sambil dia mengunyah selipar
jepun tuh. Sedih kot sebab lapar. Tak sampai 10 minit, keseluruhan selipar
jepun tersebut telah selesai dimamah oleh Joy. Licin habis sampai sayap lipas
yang melekat kat tapak selipar tu pun, ditelannya.
Diringkaskan
cerita, kitorang bekpes pada pukul 11.00 pagi dan makan tengahari pada jam 7.00
malam. Akibat daripada kelewatan tersebut, mata OBM kedua2 belah telah lebam
akibat disiku oleh wa dengan Joy. Dan akibat daripada kelewatan tersebut, Joy
telah pulang ke rumah dengan berkeadaan kaki ayam, sebab kasut Dr Cardin yang
biasanya dipakai sewaktu nak pergi melawat zoo.. telah habis dimamah oleh
beliau sendiri.
Setiap
persinggahan kami ke masjid-masjid dan sekolah tahfiz, telah diberikan sambutan
baik oleh jawatankuasa masjid & sekolah. Besar sungguh hati mereka bila
kami nyatakan hajat untuk mengunjungi tempat mereka.
“Kecil
tapak tangan, nyiru kami tadahkan.”, wa masih ingat lagi kata-kata pakcik AJK
Masjid Lama Kg. Olak Sepam.
Dan
dibalas pula dengan peribahasa oleh individu yang mendapat gred C6 subjek BM
semasa SPM, iaitu Joy, dengan kata2 yang sungguh konfiden.. “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.”
Badol betul si Joy ni. Takde kena-mengena langsung peribahasa yang dia balas.
Tapi wa dengan OBM maafkan jer lah sebab itu mungkin tindakbalas chemical
percampuran enzim perut beliau bersama selipar jepun yang dimakan tadi.
Huahuahua…
Recce
berakhir kira-kira jam 12.30 pagi hari berikutnya. Alhamdulillah, persediaan
event telah separuh siap. Walaupun letih yang amat, kami berasa lega kerana
telah berjaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Dua
minggu berikutnya, briefing telah dijalankan di Surau Austin Perdana selepas
solat Isya’. Kalau JJJ pertama, briefing dilaksanakan di mamak.. JJJ 2 pulak
dibuat di perkarangan Post Office. Tapi kali ini, sesuai dengan temanya,
“Kembara Masjid Darul Takzim: In Search of The True Nur”.. briefing kita buatlah
kat surau pulak. Tahniah kepada OBM kerana persediaan briefing untuk kali ini
sungguh professional. Lengkap dengan microphone, projector, PC, speaker dan
lain-lain kelengkapan lagi.
30 minit
yang pertama, masing-masing khusyuk duduk bersila mendengar penerangan daripada
convoy commander, Joy. Macam-macam persoalan dan cadangan ditimbulkan. Pada wa,
ini merupakan sesuatu yang amat positif kerana terdapat perbincangan dua hala.
Berbanding suatu ketika dulu, masing-masing berat nak bukak mulut.. mungkin sebab
suara lu orang macam Suniyo… tapi kali ini, masing-masing berani melontarkan
idea dan pendapat. Syabas kepada semua.
Jam
sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Briefing pace note baru selesai separuh
jek nih. Masing2 dah nampak keletihan. Fara Slux aka Neezal yang tadinya tekun
duduk bersila, sudah mula melunjurkan kaki. 10 minit kemudian, bila wa toleh
balik.. aikkk… dah meniarap sambil mendongak pulak. Gaya dia samalah macam gaya
Semut Merah yang meniarap tunggu baby dia tidur, sebab nak usik mama baby tu di
malam Jumaat. Huahuahuahua… Briefing tamat pada jam 12.30 am, dan diteruskan
dengan pemeriksaan teliti convoy equipments. Program seterusnya ialah bersantai
di Mamak hingga jam 3 pagi.
Apa yang
menarik berkenaan dengan convoy structure kali nih ialah jumlah revision yang
dibuat. Ada jek perubahan. Sampai 3, 4 kali perubahan dalam sehari. Penat wa
print. Lepas print, berubah lagi.. print, berubah lagi.. print, berubah lagi.
Wa rasa kalau wa kumpul semua kertas convoy structure yang berubah tu.. dan dijual
pada apek suratkhabar lama.. duit yang dapat tu, mungkin cukup untuk beli
sepasang driving shoes Puma Ferarri macam wa punya. Bolehlah wa bagi kat Paka
Rasta. Kesian wa tengok paka rasta ni.. ada ker pergi convoy jadi Hot Car..
tapi pakai kasut main takraw! Wakakakakakak… Kalau pun bajet tak cukup.. beli
jek puma ferarri siam macam Ayin VRS punyer tuh.. kekekekek..
DAY 1 –
MENCARI BIASAN NUR
Wa cukup
kagum dengan komitmen peserta-peserta event pada kali ni. Masing-masing
sedaya-upaya cuba untuk berada di RV Point pada jam 6.30 pagi seperti yang
telah dimaklumkan. Rakan-rakan dari central dan Melaka telah sampai secara
berperingkat pada jam 12.30 pagi dan 3 pagi, dan ditempatkan di penginapan
sementara di Taman Mutiara Rini. Ada jugak yang tidur di surau tempat RV Point
pada malam sebelum hari kejadian.
Kariah-kariah
surau sudah memenuhi RV point sejak waktu solat subuh lagi. Masing-masing
kelihatan teruja melihat deretan Perdana yang memenuhi kiri dan kanan bahu
jalan. Ada yang muda, malahan ada juga yang sudah mencecah umur 70 tahun. Nun
di kejauhan, kelihatan seorang pakcik yang berumur kira-kira 70 tahun
menghampiri OBM. Dengan perlahan-lahan, pakcik tua tersebut melangkah lalu
membisikkan sesuatu kepada OBM.
“Wan.
Pakcik nak tanya nih. Pukul berapa basnya nak sampai?”, bisik pakcik tua
tersebut.
“Astaghfirullahalazim.
Pakcik.. kita bukan naik bas. Kita naik kereta ramai-ramai.”, jawap OBM dengan
penuh kesabaran.
“Oh…
pakcik fikir, kita naik bas!!!”, geleng pakcik tua itu. Mungkin konfius sebab
selama ini beliau menyangka, ini adalah rombongan bas. Takper pakcik. Izinkan
kitorang bagi pengalaman baru untuk pakcik. Heheh..
Berikut
adalah senarai working cars yang bertugas untuk event pada kali ini.
ZERO –
OBM, Iskandar, Ridzuan, Mivec
CTRL –
Boss Rock JGC, Joy Satriani
SWPR –
Kopie, Firhad
HOT 1 –
Herman Rays, YusTT
HOT 2 –
Ayin VRS, Fedanza
HOT 3 –
Upin & Ipin
HOT 4 –
Paka Rasta, Syaril GAS
HOT 5 –
Landak, Wan Ballak, Bob_Tdy
HOT 6 –
Wak Erol, Yazid
MEDIA –
Muhammad Dienz, Ayahanda, Jimi Remon
ERV –
Jongkong, Amirul Farid
Last Car
– Gemuk Derhaka, Arm Afham
TLA –
Rahman Pekan, Mantai
BMA –
Madi Melaka, Nobita
TLB –
Mazlan Sgmt, Bart Sgmt
BMB –
Omrio
TLC –
Zack Taipan, Ariekatok
BMC –
Hafiz 68, Semut Merah
Untuk
kali ini, kembara disertai oleh 157 buah kereta, termasuk kereta2 members yang
ke RV point utk mengucapkan selamat jalan. Termasuk juga kereta2 pakcik2 dan
makcik2 daripada kariah surau yang menghantar jiran-jiran mereka dan termasuk
juga members2 yang menanti ketibaan convoy di daerah masing2. Tu tak termasuk
van jual pokok lanskap yang berhenti tengok kitorang lagi tuh.. Heheh.. Tapi
yang sebenar-benarnya jumlah yang mengikuti convoy adalah 40 buah kenderaan
dengan 91 orang peserta. Kena cakap jujur ni.. ini event mencari ‘Nur’ nih.. tak
baik cakap mohong.. heheh..
Jam 7.00
pagi, peserta dihidangkan dengan sarapan buat mengalas perut. Makan bihun putih
dengan teh panas jek. Syukurlah.. bihun putih pun takper, rezeki Tuhan bagi
jugak tuh. Sarapan ringkas ini disediakan untuk mengelakkan Joy Satriani
daripada mengunyah selipar jepun lagi. Hikhik.. Selesai bersarapan, majlis
dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Surau Austin Perdana dan diikuti
oleh Rep 1 Southern Chapter, saudara Herman Rays. Dalam ucapan Herman Rays,
beliau telah menekankan tentang kepentingan kita bertaqwa kepada Tuhan. Lu
orang jangan tak cayer.. Lama tuh beliau bagi syarahan. Nasib baiklah kepala
Rep 3 Khairul Hashim aka Landak Perdana dah mengeluarkan asap dari celahan
tanduknya.. kalau tak, sampai tengahari pun tak habis lagi syarahan Rep 1 wa
nih.. huhuhu..
Seterusnya,
bacaan doa telah dilaksanakan oleh AJK Surau. Sepatutnya, Rep 2 Yusainee Sharil
yang bacakan doa. Tapi beliau tidak dapat dikesan ketika itu, sehinggalah
bacaan doa oleh AJK Surau tersebut selesai. Rupanya, beliau telah bersembunyi
di dalam tandas surau.. APTB la lu nih.. kekekek..
Sejurus
selepas itu, acara simbolik flag off telah dilakukan sebagai tanda permulaan
convoy Jelajah Masjid Darul Takzim: In Search of The True Nur. Perjalanan hari
pertama ini adalah berjumlah 289.5km. Gugup jugak pada mulanya. Dah agak lama
jugak working cars ni tak memimpin convoy. Mujurlah ada rakan-rakan seperti Joy
Satriani dan Kopie yang membantu menenangkan keadaan. Bagi menenangkan hati
sendiri, ERV Jongkong telah memasang CD lagu daripada kumpulan Arrow iaitu “Tak
Suka Tak Apa” yang merupakan lagu siulan kegemaran beliau. Ia diikuti oleh lagu
daripada kumpulan Feminin, iaitu “Kini”. Berlainan dengan ERV, CTRL telah
memasang CD daripada kumpulan In-Team bagi melapangkan minda. Convoy bergerak
lancer menuju Jalan Tebrau, Pekan Tiram dan seterusnya ke Checkpoint pertama
iaitu, Masjid Al-Hadji, Kg. Makam, Kota Tinggi, iaitu tempat dimakamkan Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang. Antara banyak2 Hot Car.. Hot 3 lah yang paling pantas
memblock simpang2 untuk 1 jam yang pertama nih. Ini disebabkan jumlah daya
tekanan throttle paddle yang tinggi apabila mengenakan kasut Timberland yg
dikhususkan untuk penebang-penebang pokok balak. Kekekekek..
Solat
sunat Dhuha kemudiannya dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadu’. Kami
kemudiannya ke bangunan yang bersebelahan iaitu tempat letaknya Makam Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang. Taklimat telah diberikan oleh Penjaga Makam tersebut
dengan penuh penceritaan yang bersemangat, sehinggakan Radi Segamat menitiskan
air mata beliau. Ianya diikuti oleh peserta-peserta lain yang berasa tersentuh
dengan kisah yang diceritakan. Cuma, Rep 3 Landak Perdana jek yang
tersenyum-senyum. Maklumlah, dia kan dah biasa baca Hikayat-Hikayat Sejarah ni.
Jadi, dia tak heran langsunglah dengan cerita ni.. kekekekek. Taklimat
berlangsung agak lama jugak. Rasanya adalah dalam 20 minit. Sejurus selepas
itu, convoy pun bersedia untuk meneruskan perjalanan ke Mersing melalui
Jemaluang. Masa nih, wa cukup angin dengan MEDIA Dienz.. Mana taknya, masa CTRL
buat comm check.. si Dienz nih tak menyahut. Wa pun pelik.. Selalu, dialah
orang yang paling pantas bersedia. Sekali wa tak boleh tahan, wa pun kuar keter
la nak cari dia. Cehh.. patutlah lambat. Ada ker pergi convoy pakai kasut
converse hi-cut macam budak skateboard. Memanglah makan jam kalau nak sarung
kasut tuh. Maka, terpaksalah Dienz menerima takzirah daripada wa (tak boleh
sebut maki-hamun.. kembara masjid nih). Maka, berlarilah si dienz tu dengan
linangan air mata lalu mendapatkan ayahanda beliau. Heheh..
“Dah..
dah.. Jangan nangis lagi. Nanti Papa belikan raket YY Yonex yang macam Lee
Chong Wei punya tu, eh..”, pujuk ayah Dienz. Lepas kena pujuk cenggitu, barulah
Dienz berhenti menangis.
Setelah
keadaan terkawal, convoy pun meneruskan perjalanan dengan melakukan lintas
hormat di Stesyen Petronas Kg. Makam, sebagai tanda terima kasih atas tajaan
ikhlas yang disumbangkan. Convoy diteruskan ke Jemaluang, dan disepanjang
perjalanan, MEDIA Jimi Remon telah melakukan banyak adegan stunt untuk
mendapatkan shot terbaik. Ada ketikanya, bila beliau berdiri di atas divider
jalanraya.. public semua ke tepi. Ada yang siap berenti tepi jalan lagi. Bukan
sebab rupa beliau macam Shah Jaszle, tapi sebab public ingat beliau merupakan
anggota UTK yang sedang melakukan operasi. Mana taknya.. beliau menyarung ski
mask kaler hitam di kepala.. sebijik macam anggota UTK.
Convoy
akhirnya selamat tiba di Masjid jamek Mersing untuk menunaikan solat sunat
tahiyyatulmasjid. Selesai bersolat, acara yang paling ditunggu-tunggu oleh
Lukman Mivec pun tiba, iaitu acara lumba makan nasi. Maka, tanpa perlu
disangkal dan dipersoalkan lagi, gelaran juara bertahan masih lagi menjadi milik
beliau dengan rekod, 5 pinggan nasi, 8 ketul ayam sambal, 6 senduk sayur kobis
goring dan 11 cawan air sarsaparilla. Syabas diucapakan kepada beliau. Semoga
gelaran juara bertahan ini dapat terus dikekalkan di masa-masa yang akan
datang.
Semasa
di sini, terdapat 2 buah kenderaan yang mengalami sedikit kerosakan mekanikal.
Wa pun tak berapa pasti apakah jenis kerosakan tersebut. Tapi wa perhatikan,
ERV Farid NGV cuma pusing2 stering, enjut-enjut body.. terus jadi OK. Pergh!
Kereta pun Farid NGV boleh rawat secara batin lah. Respek giler kat brader
nih.. hahahah..
Perjalanan
selepas ini akan menjadi sangat mencabar selepas ini, dengan rintangan trafik
yang amat sibuk serta keadaan permukaan jalanraya yang kurang memuaskan, selain
jarak perjalanan yang agak jauh, kira-kira 122 km melalui jalan lama, sebelum
sampai ke checkpoint seterusnya. Anugerah kecemerlangan working car untuk route
ini jatuh kepada SWPR Kopie & Opil. Memang layaklah SWPR Kopie menyarung
kasut Puma Ferarri merah original yang dibeli di Pavillion, yg siap dapat beg.
Ni wa bodek lu ni, rock.. so, lu pandai-pandailah simpan rahsia wa, eh..
Hikhikhik… Pantang CTRL suruh push… berkahak2 dia berdesup. Sampaikan co-pilot
SWPR Opil, mengalami sindrom dislocated shoulder joint, akibat daya impulse rintangan
angin, semasa beliau memberikan isyarat tangan kepada members untuk merapatkan
convoy. Laju tak lajulah kereta SWPR
Kopie nih… Wa dah bodek lu 2 kali ni taw.. kalau lu pecah rahsia pasal kasut wa
tu jugak, putus sedare lah jawapnyer.. wekekekek.. Agaknya, berkat event
menyucikan diri nih.. sendi bahu Opil dapat dimasukkan semula dengan
sendirinya. Berpeluh jugak si Opil masa nih. Ni wa citer kisah benar nih..
cakap masjid nih. Tak cayer, boleh tanya SWPR Kopie atau Opil sendiri.
Convoy
bergerak hensem keluar dari Masjid Jamek Mersing, melalui Nitar. Kahang dan
seterusnya memasuki Bandar Kluang. Pada ketika ini, CTRL terpaksa membuat
keputusan untuk menjalankan system loose convoy, di mana HOT CARS telah
ditugaskan untuk mengiringi convoy secara berpecah. Ini terpaksa diputuskan,
memandangkan kesibukan trafik yang amat kritikal, dengan lintasan landasan
keretapi, menempuhi dua simpang roundabout, 11 lampu isyarat dan jalan yang
sempit serta lane yang kadangkala mengelirukan. CTRL kemudiannya berhenti di
Pusat Pemeriksaan jambatan Timbang JPJ bagi memberikan peluang kepada
keseluruhan convoy untuk merge semula. Maka bermulalah adegan malu-malu budak2
yang pakai kepala Emeraude.. termasuklah HOT 1.. hahahah.. Siap selimut kepala
Emeraude dengan tuala lagi tuh.. Kekekekek..
Setelah
merging selamat dilaksanakan, convoy pun meneruskan perjalanan melalui pekan
Air Hitam dan terus ke Yong Peng, di mana checkpoint seterusnya ialah Masjid
jamek Yong Peng. Hatta, berpusu-pusulah para peserta menuju ruang solat masjid
untuk menunaikan Solat Zuhur dan Asar secara Jama’ Ta’adim. Subhanallah.. Maha
suci Allah, pencipta sekalian alam. Sungguh indah pemandangan apabila
melihatkan saf-saf dipenuhi oleh rakan-rakan yang mengenakan T-Shirt event yang
direkacipta oleh Paka Rasta. Sungguh merdu kedengaran apabila mendengarkan
rakan-rakan sama-sama mengangkat takbiratul ihram. Paling terharu melihatkan
CTRL Joy Satriani lengkap dengan kopiah jawanya, bersama-sama berjemaah.
Sungguh suci wajah CTRL Joy Satriani, bila wajahnya dibasahi dengan wudu’.
Adakah CTRL Joy sudah menemui Nur yang telah hilang selama ini? Adakah Nur ini
akan berterusan mendampingi beliau selepas ini? Kita saksikan aje di hari yang
kedua nanti.
CTRL
telah memberikan sedikit masa kepada peserta untuk berehat seketika
memandangkan perjalanan sebentar tadi, sememangnya amat memenatkan. Maka, ada
di antara peserta yang mengambil kesempatan untuk menjadi tok kiyai ekspres
bagi mengaut sedikit-sebanyak keuntungan, untuk cover balik duit minyak. Lu
orang tengok je lah video Jimi Remon, kalau nak tau saper yang jadi tok kiyai
tuh.. heheh..
Selesai
bersolat, masing-masing pun duduk di tangga untuk menyarung kasut masing2.
Macam-macam jenis kasut members yang wa dapat lihat. Si Omrio dengan kasut pegi
melawat Zoo Negaranya, Arm Afham dengan kasut St. John Ambulance, Semut Merah
dengan kasut Puteri Islam, Zack Taipan dengan kasut macam nak pegi pertandingan
GP Joran, Adi pulak dengan kasut untuk pungut getah sekerap, Qimie dengan kasut
sarung macam dalam citer Dallas dulu2 tuh, manakala Jongkong kekal dengan imej
jiwang karatnya, mengenakan kasut pallas jazz bunga-bunga yang popular sekitar
tahun 1989 dulu. Huahuahuahua… Lenkali,
kalau nak gi convoy pakailah driving shoes Puma Ferarri macam wa, kopi,
fedanza, fairul dgn ayin. Pakai yang tiruan macam Ayin punyer pun takper. Dia
beli murah jek tuh. Bolehlah kirim kat dia. Ikut cerita, kasut yang Ayin beli
tu diseludup keluar daripada Siam. Tapi kalau beli yang tiruan macam Ayin punyer
tuh, takde kotak lah. Isi dalam beg plastik mcm beg plastik orang beli sayur
sawi kat pasar tuh.. wakakakakak..
Dalam
ramai-ramai tu, ada sorang member yang mengenakan fesyen kasut yang cukup luar
biasa. Wa tak berapa perasan sebab Nampak dari jauh jek. Dari kejauhan, macam
kasut Ussain Bolt. Hitam putih kaler dia. Tapi bahagian putih tu, nampak sikit
jek. Dek kerana perasaan ingin tahu yang meluap-luap sepertimana perasaan
Horatio Caine dalam siri CSI Miami, wa pun mendekatinya. Loorrrr… cagu rupanya!
Wakakakakak… Rupanya, itu bukan kasut, tapi balutan surgery gouse di ibu jari
kaki sebesar buah kedondong yang dah masak ranum. Tak sangka wa.. bakal
professor pun ada cagu jugak, eh.. Cer teka saper punya cagu tuh? Saper lagi
kalau bukan Professor Ballak punyer.. wakakakakak…
Convoy
kemudiannya diteruskan menuju ke Shell Cha’ah untuk mengisi bahan api ke dalam
kenderaan masing-masing. Sejak dari awal perjalanan di RV Point tadi, working
cars telah mula menerapkan konsep ‘Nur’ dalam memberikan audio transmission. Ye
lah, ini kan event kembara masjid.. jadi, kenalah sedaya-upaya cuba
menyesuaikan diri dengan konsep dan tema yang dah ditetapkan.
“HOT 1
secure roundabout 3 o’clock, HOT 2 secure 9 0’clock, Insya-Allah”, CTRL
memberikan arahan.
“HOT 1
Roger, Insya-Allah.”, jawap HOT 1.
“LAST
CAR, Status.. Insya-Allah”, tanya CTRL kepada LAST CAR.
“LAST
CAR melepasi Tango Lima, Alhamdulillah”, lapor LAST CAR.
“Subhan-Allah.
Indahnya shot ni yang berlatarkan gunung”, kata MEDIA pulak.
“Masya-Allah,
convoy terputus.”, lapor SWPR pula.
Pergh…
damai jek jiwa mendengar arahan2 dan jawapan2 sedemikian. Sedikit-sebanyak,
adalah jugak pahala yang kita dapat sepanjang convoy ini apabila di setiap
masa, kita mengingati Tuhan.
Peserta
kemudiannya mengisi bahanapi secara teratur dan penuh disiplin. Pihak Shell
juga telah bermurah hati menyediakan sedikit juadah untuk minum petang. Juara
bertahan acara lumba makan, Lukman Mivec tidak ketinggalan berlari-lari anak,
menuju ke meja hidangan sambil membawa plastik kosong untuk bekalan hari tua
beliau.. huahuahua..
Bagi
budak-budak muda macam Hapis, diorang mungkin kurang berkenan sikit dengan
kuih-muih tradisional yang disediakan. Maklumlah, sebahagian hidup dihabiskan
dengan bermain PSP jek. Manalah nak kenal dengan kuih-muih tradisional Melayu.
Maka oleh yang demikian, beliau telah membelanjakan sebanyak RM48.60 untuk
membeli jajan di dalam kedai Shell tersebut. Tersenyum simpul jek muka Hapis
ni, sebaik saja melangkah keluar dari pintu kaca kedai tersebut. Siap jinjit dua
plastik beg besar lagi. Ada twisties, cheezels, keropok udang rota, mr.
potato.. gula2 nano nano pun dia beli jugak. Lantak lu lah Hapis. Jangan malam
karang lu kejut wa suruh teman lu gi melepas, sudah lah..
“Perhatian!
Perhatian! Cashier maklumkan ada satu kereta yang belum buat pembayaran minyak
sebanyak RM68.00. Sila jelaskan bayaran dengan segera.”, kata wa melalui system
pembesar suara, memecah keheningan petang di pecan Ca’ah. Rupanya, ada yang
belum membayar duit minyak, seperti yang dimaklumkan oleh manager station.
Bilamana
takde yang menampilkan diri, wa terpaksa memberi amaran keras. “Jangan sampai
wa suruh manager Shell ni pasang playback CCTV. Teruk lu orang nanti.”
Rupa-rupanya,
badigol so’od yang terlupa nak bayar duit minyak ialah Hapis dgn co-pilotnya,
Semut Merah. Dengan muka ala-ala Fizz Fairuz yang terkehel pergelangan kaki,
Hapis jalan terhenjut2 bagaikan Mat Rock tahun 1988, menuju ke kaunter bayaran,
lalu membuat bayaran sebanyak RM68.00. Akibat terlalu malu, Semut Merah telah
menghadiahkan lempangan jurus ke-7 ke muka hapis, sebaik saja Hapis memasuki
kereta beliau. Ianya tidak terhenti setakat di situ saja. Semut Merah
kemudiannya telah memberikan satu lagi cenderamata, iaitu tendangan tanpa
bayang jurus petala ke-23, tepat ke perut Hapis. Maka sejak kejadian tersebut,
terpatrilah nama hulubalang Melayu Moden, iaitu Hapis 68!
Convoy
kemudiannya, meneruskan perjalanan menuju ke Bekok, yang terletak di daerah
Segamat, di mana end point hari pertama akan dilabuhkan, iaitu di Hutan Simpan
Sungai Bantang. Pada ketika ini, CTRL telah mengarahkan SWPR untuk bersama-sama
shoot ke simpang masuk, kerana kami perlu membuat ‘two layer blocking’,
memandangkan simpang tersebut berada laluan tersebut merupakan trek racing
treler2 dan lori2 besar. Ini ditambah pula dengan laluan berbukit yang
menghalang pandangan trafik dari arah hadapan. Oleh sebab itu, SWPR perlu
berada kira-kira 100 meter selepas simpang masuk ke kanan, bagi memberikan
amaran kepada kenderaan boogie, supaya memperlahankan kenderaan, sebelum CTRL
memberikan arahan ‘full stop’ kepada mereka di simpang tersebut. Apa yang wa nak
citer sebenarnya, bukan kisah ‘two layer blocking tersebut’, tapi kekurang
asaman SWPR ketika bersama CTRL memecut ke tempat tugasan tersebut.
Mentang-mentanglah CTRL Cuma pakai NA Manual.. SWPR dengan sewenang-wenangnya
mencucuk CTRL, sehingga jarak kereta kami berdua, cuma 3-6 inci saja antara
satu sama lain. Lepas tu, ada pulak convoy motor kapcai kat depan dengan
kelajuan anggaran 80km/h. Maka tanpa memikirkan risiko ke atas gearbox 312 2WD
CTRL, CTRL telah drop ke gear 2 semasa kelajuan mencatat 90 km/h. Cilakak punya
SWPR. Kalaulah pecah gearbox gua, konfem gua claim daripada lu orang.. Huhuhu..
Nggak
seperti JJJ yang terdahulu, seluruhan convoy mobil Perdana ini kali, bisa sampe
sebelum lewat sore. Maka dengan itu, peserta semua bisa menyamankan diri dalam
danau terjun yang nyaman sekalik airnya. Meriah sungguh ya suasananya.. bagekan
pesta libur gituk.
Luk
semuak emangnya pasti berasa kaget, ngapa’in donk guwe bicara bahasa sebigini.
Emangnya luk semua nggak ketahuin, bahawa tika guwe sambungin menulis review
ini, guwe sedang berada di Jakarta. Lagik atas tuntutan kantor donk. Maka’in,
atas dasar tanggungjawab, guwe terusin jua menulis, untuk tatapan luk semua.
Capek sekali kok kerja guwe di sini. Bangkitnya jam 6.00 pagi, lalu terusin
kerjanya sampe jam sepuluh, sebelas. Nggak mengapa donk. Sedikit masa yang ada,
guwe guna’in untuk menulis.
Sedang
enak-enakan peserta semua berlibur di danau, Bung Mivec lantas bertanya, “Kapan
donk mau dihidangin makan malamnya?”
Sejurus
didengarin pertanyaan tersebut, maka Bung Radi Karno a.k.a Paman Kantin, yang
emang diberi tugasan menyiapkan makan malam, terus-terusin melontar Bung
Mivec ke dalam danau tersebut. Maka,
lemasin lah Bung Mivec di dalam danau yang dalamnya kirak-kirak setinggi bukuk
lali.
Nuh di kejauhan,
kelihatan Bung Gemuk sama Bung Bob_Tdy, berlarik-larik ke tebing. Waduh waduh
waduh.. begitu montok sekali bentuk badan mereka berdua. Memandangkan mereka
nggak memake baju, ditambah pula dengan keadaan mukabumi yang nggak rata.. dada
mereka gegarin deras persis dada si Luna Maya, tatkala mereka berdua berlarik.
Hal ini rupanya, telah membangkitkan ghairah Bung Joy Si Supir Pesawat.. yang
emangnya udah agak lama berpuasa kerna tugasan pilotnya ke luar negeri.
Lantas
kedua-duanya, iaitu Bung Gemuk sama Bung Bob terjun ke dalam danau. Maka dengan
itu, keringlah danau tersebut akibat limpahan air yang keluar. Apa-apa’an
sahaja mereka ini. Kasihan Dello. Malang sekali buat Bung Adi Pak Polisi itu,
kerna saat itu, rambutnya masih bersampoo. Lebih malang kerna Bung Adi Pak
Polisi nggak memake sampoo ‘Nggak Pedihkan Mata’. Lantas kepedihan kok matanya.
Kasihan Dello. Menangis kok mencari air pili untuk mencuci matanya. Dipendekkan
hikayat, maka istri Bung Adi telah mengelap mata suaminya dengan tuala ‘Selamat
Sore’. Apa-apa’an saja Bung Adi ni.
Namanya ketua keluarga.. kok, nggak bisa dilepasin ngikutin convoy seorang
diri. Antara nama-nama lain yang takutin istri, lantas terpaksa membawa istri
bersama, termasuklah Bung Panjang Kulai juga. Kok ada lagi saorang yang turut
takutin istri, tapi guwe nggak boleh bilang siapa namanya, kerna harus
dihormatin kok. Namanya pun Rep 1 yang seharusin dihormati. Nggak bisa
dingomong, donk.
Selesei
bersihin dirik, Bung OBM terus laungin ajan moghrib. Maka berduyun-duyun para
Jemaah mampir ke ruang solat yang dibina dengan kanvas. Selama hampir 8 tahun
guwe di dalam club, nggak pernah lagi guwe lihatin Bung Fairul, Bung Joy, Bung
Paka.. mengenakan kain pelikat cap Gajah Duduk beserta kopiah. Kalau guwe ituk,
sudah biasa kok. Kediamannya juga di depan masjid, donk. Solat kamik telah
diimamkan oleh kakek dari Surau Austin Perdana. Kerna kami semua sedang
bermusafir, maka Isya’ nya jua disempurnakan sekaligus secara Jama’ Ta’adim.
Menurut penceritaan oleh Bung Bart Segamat yang lewat menunaikan solat kerna
pakaiannya terkena darah haid ayamnya, banyak sekali gaya takbir mereka ini.
Yang paling menarik perhatian kerna kekhusyukkannya, adalah takbir oleh Bung
Ballak. Bergetarin donk tangannya apabila merapati cuping telinga capangnya. Hampir-hampir
saja Pak Renjer Husin mau hubungi ambulan, kerna disangkakan bahawa Bung Ballak
terkena serangan Parkinson. Keikeikeikiekeik.. (bunyi ketawa cara Jawa ya..)
Selesei
bersolat, kami lalu bersalaman sesama kami. Hampir saja Bung Kopie ciumin Bung
Arm Afham kerna keghairahannya. Namun, bisa ditahan pabila kelihatan oleh
ceweknya Bung Qimie Emeraude.
“Arghhh..
potongin cetim aja!”, keluh Pak Kopie.
Emang
dasar manusia yang jarang-jarang bersolat seperti Bung Paka, pastinya akan
digangguin oleh jin dan syetan. Makanya, ketika detik bersolat, Bung Paka telah
terlihat kuntilanak, melalui ekor matanya. Kelihatannya, kuntilanak itu sedang
duduk di bongkah batu besar yang berdekatan dengan sebatang pokok besar, yang
dikenali dengan nama saintifiknya ‘Chronizulumpial Petiruquisin’. Bung Paka,
nggak berani menceritakan apa yang dilihatnya, sehinggalah keesokan harinya.
Menurut sumber-sumber yang dipercayai, setelah melihat dan mempercayai tentang
wujudnya makhluk lain ciptaan Tuhan, Bung Paka terus berasa insaf, lalu
mengenakan jilbab menutup aurat setelah pulang dari acara ini.
Jam udah
menunjukkan jam delapan malam. Seperti kebiasaanya, Bung Mivec telah
berguling-guling di celahan akar pohon sambil memicit perutnya. Maka yang demikian,
Bung Radi Si Paman Kantin, udah faham isyaratnya, lalu mula menghidangkan makan
malam. Istimewa sekalik hidangan pada malam tersebut. Nasi Ambeng dihidangkan
di dalam talam, lalu dikongsi makannya oleh 4 orang setiap talam. Semuanya
makan berempat, kecuali Bung Gemuk, yang telah membawa dulang secara
sembunyi-sembunyi, untuk dimakan saorang diri di balik batu danau. Bagik mereka
yang nggak mengerti, kandungan nasi ambang terdiri daripada nasi putih, mi
goring, ayam dimasak kicap, ikan masin, sayur sambal goring kombinasi kacang
panjang dan tempe serta serunding kelapa. Bisa saja kan begini. Nggak perlu
terlalu mewah dan membazir, kok. Saudara syetan tuh.. Nggak ada hasilnya kok
jika makannya mewah, namun berhutang di kelak hari.
“Mewah
bener kok nasi di talam ini. Nggak bisa diseleseikan, kok.”, kata Bung Opil
tatkala melihat nasi yang penuh di dalam talam.
Ngomong-ngomong,
Bung Opil jua yang kelihatannya menghabisin dua talam, walaupun sebenter (bunyi ‘R’ tu bagi bergetar sikit taw) tadi,
dibilang nggak bisa habis. Heheheh.. Maaf ya Bung Opil. Guwe reka’in sendiri
peristiwa ini. Indah sekali suasana ketika ini. Persis seperti berbuka puasa
beramei-ramei gituk. Dalam ramei-ramei, guwe lihat.. hanya saorang yang
sepertinya, nggak ada selera, iaitu Bung Jongkong a.k.a Si Pitung.
Kalihatannya, saperti ada sesuatuk yang gangguin fikirannya. Nasi yang
terhidang di hadapannya, dikutipin sebutir demi sebutir, lalu disuapin ke dalam
mulut. Waduh.. muram betul wajahnya. Ayam Bung Bart kelihatannya lebih ganteng daripada
Si Pitung ketika ini. Sayur kacang panjang, ditolak-tolak dengan hujung jarinya
yang kelihatannya seperti udah 3 tahun nggak dipotong kukunya. Tiba-tiba, tanpa
sebarang punca, Si Pitung telah menekup wajahnya dengan kedua-dua tangan, lalu
menangis sambil menonggeng seperti orang bersujud. Suasana terusin menjadi amat
kaget. Mungkinkah Si Pitung ini telah digangguin oleh makhluk halus yang
meresapin dirinya? Bung Kopie yang sememangnya cukup pantang melihat kejadian
mistik, telah lari memasukin khemahnya sambil ngombrol. Tiga minit kemudian, Si
Pitung tiba-tiba berhenti menangis. Lalu, beliau bangkit berdiri.. melekapkan
sebelah tangannya ke telinga.. lalu bersuara..
“Jika
kau dah tak suka tak apa, tapi janganlah kau menghina.. Waktu orang suka semuanya
indah.. Bila dah tak suka, oh ada-ada saja.”, dengan selambanya beliau
menyanyikan lagu yang mempopularkan kumpulan Arrow.
Menurut
cerita daripada temen rapatnya, iaitu Bung Dienz, Si Pitung ini, baru sahaja
putus cinta sama ceweknya. Beliau sejak akhir-akhir ini, seringkali menulis
ayat-ayat cinta di dalam status tembok FB nya. Antara bait-bait ayat keramat di
dalam tembok FB nya berbunyi, “Mengapakah aku sering gagal merasai nikmat
bercinta? Adilkah dia menyiksa aku sebegini?”
“Ini
tidak adil!!!! Segala ladang-ladang dan estet-estet serta factory-factory..
kanda berdua yang dapat. Adinda Cuma dapat rumah usang ini yang ntah tak berapa
lama lagi nak runtuh..”, tiba-tiba sedutan daripada cerita Tiga Abdul,
terkeluar daripada kotak suara Bung Ayin. Maka serentak dengan itu juga, Si
Pitung telah men’star lite’ dahi Bung Ayin sehingga pusing kepalanya, lalu
terpaksa menelan dua biji pil Actifast, lalu terus tertidur bagaikan pesakit
demam malaria yang mempunyai sepasang sepatu Puma Ferarri kaler merah tiruan.
Selesei
semua ini, maka’in, peserta semua dijemput untuk berkumpul di pusat
perkhemahan. Maka, kesemua bayi-bayi comot (newbie), diminta untuk
memperkenalkan diri. Otai-otai kemudiannya diberikan ruang untuk bertanyakan
soalan. Maka, seperti biasa, otai-otai yang mempunyai otak yang mereng seperti
Bung Yus a.k.a Benjamin S dan Bung Sharil_Gas a.k.a Dedi Dores, telah
bertanyakan soalan yang menyerupai soalan Geografi SPM, seperti:-
“Berapakah suhu ais dingin di Alaska?”
“Di kabupaten
manakah rumah Uncle Samuel, penternak biri-biri dari Australia?”
“Apakah
kod gearbox yang digunakan oleh jentera pengangkut sawit milik Pak Supardi?”
Sekonyong-konyong,
Bung Joy telah bangkit dari silanya, lalu menuju ke khemah.
“Bung
Joy, mau ke mana donk?”, tanya guwe sambil mengelap sepatu Puma Ferarri kuning
yang asli.
“Lagik
ke kamar, bung. Mau sms sama Bapak Haryonto, supplier eskrim. Urusan kantor,
kok.”, jawapnya Bung Joy sambil berlalu pergi.
Guwe pun
biarkan aja kerna nggak mau digangguin urusan kantornya Bung Joy.
Sedang
pada itu, kira-kira jam 10.30 malam, Bung Ballak a.k.a Ellie Aboi telah memohon
untuk mengundurkan diri kerna perlu menduduki peperiksaan untuk menjadi
professor, pada keesokan harinya. Guwe mulai curiga dengan kata-kata Ellie
Aboi. Keesokan harinya, adalah hari minggu. Sejak kapan universitas dibuka pada
hari Ahad? Namun, kerana nggak mau dituduh sebagai penghalang cita-cita beliau
untuk bergelar professor, maka direlakan jua oleh kami semua. Namun, guwe ada
rancangan lain. Guwe nungguin hingga lewat malam sebelum memohon pada Pak Kiyai
Ayin untuk menelek Bung Ellie Aboi. (Nota Penting: Saat menjadi kiyai, bung
ayin nggak mengenakan sepatu puma ferarri merah tiruannya, ya. Beliau berkaki
ayam sahaja).
Melalui
tilikan oleh kiyai ayin, ternyata, ibu jari kaki Bung Ellie Aboi berbungkus
nggak karena cagu, tetapi karena sebab yang lain. Emangnya, telah dikhabarin
bahawa Bung Ellie Aboi rupanya telah membela seekor tuyol untuk membantunya
dalam perujian fakultasnya. Bung Ellie Aboi terpaksa pulang juga pada malam
tersebut, karena mahu memberi tuyol belaannya itu, menghisap darah di ibujari
kakinya. Nahhh.. karena itulah ibu jari kakinya berbungkus, donk..
DAY 2 –
MEMBURU NUR TERSEMBUNYI
Setelah
berkelana selama 4 hari 3 malam di Jakarta, harini wa pun dah sampai Malaysia.
Atas sebab kecintaan dan kerinduan wa pada tanah air bertuah ini, wa akan
sambung review ini dengan adukan prosa klasik dan moden, dan diselang-selikan
dengan syair. Boring aarrr kalau asyik buat review dengan gaya stereotaip
dengan bahasa macam teks ucapan menteri.
Tersebutlah
kisah di subuh hari,
Jam 5
pagi bangkit berdiri,
Menuju
sungai mencelup kaki,
Aduh
sejuknya tidak terperi.
Tapi,
kalau dah dasar kulit tebal tu.. macam dah takde perasaan sejuk dah. Tambah
pulak bila dah ramai-ramai macam ni. Selamba jek budak-budak ni terjun tiruk
dalam sungai. Meriah sungguh dengan gelak ketawa kita. Wa yakin, ini mungkin
pengalaman pertama bagi sesetengah antara kita, pengalaman mandi sungai di
subuh-subuh hari. Pengalaman yang bukan semua orang akan dapat merasainya,
kalau bukan kerana niat untuk mengharapkan sedikit nur dipancarkan di jiwa
masing-masing.
Menggigil
badan bergetar gigi,
Menahan
dingin menusuk hati,
Namun
ada yang tidak mandi,
Si
rambut panjang bernama Fendi.
Selesai
bersolat subuh berjemaah di khemah solat di dalam hutan, members pun
dihidangkan dengan sarapan ala kadar yang terdiri daripada nasi lemak, mi
goring dan kuih-muih melayu. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang
diberikan-Nya. Saper2 yang komplen, maknanya dia tak reti bersyukur dan sedara
pada syaitan. Huahua.. Nak makan sedap-sedap.. join aje club masterchef!
Takpun, tubuhkan ajer club baru.. Club Buruk Lantak ker.. Club Cekik Tulang
ker.. kekekekek..
Selesai
mengalas perut, sebagai acara simbolik kecintaan pada alam sekitar, maka
Southern Chapter telah diperkenankan untuk menanam anak pokok hutan untuk
dijadikan pokok angkat. Dua tahun dulu, pokok yang dipilih adalah pokok ‘Melada
Pahit’, yang berkhasiat untuk meredakan penyakit darah tinggi. Ianya dipilih
sesuai dengan keadaan Rep pada ketika itu, yang berhadapan dengan masalah
tekanan darah. Wa lah tu.. hahahah. Tapi untuk kali ini, pokok yang dipilih
ialah ‘Jurong-Jurong’ yang berkhasiat untuk merawat masalah kelelakian, sesuai
dengan penyakit lemah syahwat yang dihadapi oleh ketiga-tiga Rep Southern buat
kali ini. Wakakakakakakak…
Oopss!
Lupa nak bagitau. Kami dikejutkan dengan berita pemergian bakal mertua MEDIA
Dienz, akibat masalah kesihatan, pada subuh hari. Oleh yang demikian, MEDIA
Dienz telah memohon untuk mengundurkan diri bagi menghadiri upacara
pengkebumian. Sama-samalah kita (pembaca review ini) sedekahkan Al-Fatihah
untuk Allahyarham. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan mukmin
sejati.. Insya-Allah. Wa secara individunya, telah berniat agar sebahagian
pahala yang wa perolehi sejak daripada persediaan event ini hinggalah ke akhir
acara, diberikan kepada Allahyarham. Tugas MEDIA kemudiannya dipikul oleh HOT
6, dan buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun jadi photographer.. Jimi
Remon telan berkali-kali memijak brek angin semasa di dalam kereta HOT 6.
Hahahahah..
Sebenarnya,
tanggal 28 April 2012, iaitu hari pertama event ini dimulakan.. genaplah 17
tahun pemergian Arwah ayah wa. Maka, separuh lagi bahagian pahala yang mungkin
diperuntukkan pada wa, wa serahkan pula kepada arwah ayah wa yang telah
terlantar lumpuh, sejak wa berumur 8 tahun lagi. Adeeeh.. tetiba emosi pulak wa
nih.. Jap eh.. nak redakan feeling ni jap.
Ok. Selesai
upacara penyerahan cenderahati kepada Pejabat Hutan Johor Daerah Segamat, dan
setelah doa memulakan perjalanan telah diaminkan oleh semua.. convoy pun
memulakan cabaran hari kedua yang lebih mencabar dan panjang. Kita bersyairlah
sikit yer…
Kepada Tuhan
kami meminta,
Berkati
usaha dicurah sedaya,
Bertemu
redha tujuan utama,
Moga
selamat perjalanan semua.
Pekan
Labis destinasi kedua,
Bukit
Kepong dipintas juga,
Buat
mengenang wira Negara,
Gugur
mereka bukan tersia.
Pekan
Lenga juga direntas,
Serangan
bermula komunis ganas,
Convoy
tersusun segak dan kemas,
Dipimpin
oleh’ Perdana Emas’.
Jangan
dilupa mereka di dalam,
Hidup
terpinggir di pedalaman,
Masjid
Lama Kg. Olak Sepam,
Kami
singgahi mencari iman.
Sayu
hati wa tatkala kami sampai di Masjid Lama Kg. Olak Sepam ni. Sejak kali
pertama menjejakkan kaki di sini, semasa recce awal bulan yang lalu, sambutan
orang-orang kampung di sini cukup luarbiasa. Hati siapapun akan tersentuh
dengan sambutan yang diberikan sebegini. Bayangkan aje lah.. Jongkong yang rupa
macam penjenayah tu pun, boleh berubah muka, jadi macam rupa Tapa, antara watak
drama ‘Rumah Kedai’ yang sering ditayangkan di TV semasa bulan puasa dulu-dulu.
Masjid
ini telah dibina pada tahun 1931 di hadapan Sungai Muar, namun telah
ditenggelami banjir pada suatu ketika dulu, akibat kedudukan mukabuminya yang
rendah. Ianya telah dipindahkan ke masjid baru tidak berapa jauh dari tapak
asalnya. Masjid ini tidak lagi digunakan sejak sekian lama. Namun, keunikan
senibinanya telah menarik minat Jabatan Artifak Melaka, yang kemudiannya telah
menjadikan masjid ini sebagai artifak di bawah peliharaan mereka.
Pihak
AJK Masjid telah berbesar hati menyambut ketibaan kami dengan senyuman manis,
terutama oleh makcik-makcik, yang juga menjadi penyambut tetamu untuk golongan
wanita daripada rombongan kami ini. Wa, selaku Pilot CTRL, tanpa
melengah-lengahkan masa, terus berwudu’ lalu menunaikan solat sunat dhuha.
Neezal dengan Nazli tak masuk pun dalam masjid, dengan memberikan alasan untuk
menjaga keselamatan kenderaan peserta. Kira konon-konon macam Pak Guard
Securicor la… Fedanza pun tak masuk jugak. Dia bagi alasan, takut kasut Puma
Ferarri merah tiruan yang dijual longgok tu, hilang.. Namun, APTB…. Bilamana
jek pihak AJK masjid menjemput kami untuk menjamah juadah yang dihidangkan
dalam masjid, dah macam sembahyang jumaat pulak wa tengok. Penuh habis ruang
masjid tu. Pak Guard Securicor dengan pemilik kasut tiruan tu pun, turut sama
mentakedarah dalam masjid. Huahuahua.. Ayin dari awal tadi memang dah masuk
masjid untuk solat sunat. Ada aper pic dia ambik wudu’.. masuk FB. Dia sedar
diri yang dia pakai kasut Puma Ferarri tiruan yang logo kuda ferarri tu..
tampal stiker jek, jadi dia tak berapa kisahlah kalau kasut tu hilang.
Wekekekekekek… Sementara itu, SWPR Kopie telah beramah-mesra dengan
makcik-makcik di situ, malahan telah mengabadikan potret bersama makcik-makcik
tersebut.
Kami
juga telah seikhlas hati memberikan sumbangan ikhlas kepada AJK masjid, yang
diharapkan dapat sedikit-sebanyak membantu dalam menjalankan aktiviti keagamaan
di sini. Convoy kemudian memohon untuk mengundurkan diri, lalu diratapi dengan
linangan air mata oleh makcik-makcik yang menghalang pemergian SWPR Kopie.
“Janganlah
pergi anak. Tinggalah di sini wahai Nak Jamil! “, rintih salah seorang makcik
tersebut.
Puas
jugak wa tengok SWPR Kopie memujuk makcik-makcik tersebut dengan pelbagai cara.
Akhirnya, makcik-makcik tersebut pun merelakan pemergian SWPR Kopie, setelah
SWPR Kopie memberikan ID Facebook nya dan berjanji untuk meng’accept’ friend’s
request yang dihulurkan kelak.
Convoy
sudah hampir mula bergerak apabila Last Car Arm Afham memaklumkan kehilangan
ERV Jongkong. Wa memang dari awal lagi dah agak dah. Jongkong ni memang pantang
jumpa laut ker sungai ker tasik ker.. bukan sebab dia ni kaki pancing… tapi dia
nih, bila jek jumpa kawasan berair, sifat jiwa-jiwanya akan teraktif secara
semulajadi. Puas wa cari dia sekitar kawasan. Akhirnya wa jumpa jugak dia yang
sedang meniti titian kayu di situ seorang diri. Kedua-dua belah tangannya
didepakan untuk memberikan kestabilannya ketika melalui titi usang tersebut.
Sambil itu, mulut beliau bersiul-siul menyanyikan lagu ‘Terukir di Bintang’ yang
dipopularkan oleh Yuna. Serentak dengan itu juga, lempangan wa telah hinggap di
wajah beliau, lalu menyedarkan beliau daripada fantasi hidupnya. Beliau pun
berlari-lari ke keretanya sambil mengusap-usap pipinya yang merah.
Daripada
Masjid Lama Kg. Olak Sepam di Pagoh, convoy kemudiannya bergerak dengan teratur
ke Panchor, Bukit Pasir, Teluk Kemang, Temiang dan terus ke Muar. Wa malaslah
nak citer pasal perjalanan convoy lagi. Sama jer. Semua working cars pun bukan
calang-calang. Semuanya dah cukup faham tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Tu sebab masa briefing di Surau Austin Perdana, wa buat-buat muka garang
walaupun tak jadi.
“Lu
orang semua dipilih berdasarkan faktor pengalaman dan skill. Sebagai working
cars, lu orang semua bertanggungjawab ke atas keselamatan dan nyawa semua
peserta. Perlantikan sebagai working cars bukan untuk lu orang berbangga-bangga
atau perasan bagus. Kita semua akan bekerjasama antara satu sama lain. Ini
adalah teamwork, bukan kerja individu. Suka wa nak ingatkan yang wa tak pernah
memaksa untuk lu orang jadi working car. Siapa-siapa rasa nak tarik diri atas
apa-apa sebab sekalipun, sila maklumkan pada wa sekarang. Risiko adalah
tanggungjawab masing-masing. Belum pernah terjadi di Southern dan wa tak nak
terjadi di Southern, kes tuntut-tuntut club. Keter rosak sebab jadi working
car.. nak claim club. Keter eksiden masa jadi working car.. nak claim club.
Alasannya, semua ni terjadi sebab jadi working car untuk club. Hello! Ada
saper-saper paksa lu jadi working car ker? Oleh itu, wa tak nak perkara busuk
bangkai macam ni, berlaku di Southern. Jadi, saper nak tarik diri, sila hubungi
wa selewat-lewatnya, esok.”
Alhamdulillah,
semua working cars faham akan risiko yang bakal dihadapi dan menyatakan sumpah
janji untuk bertugas dengan kerelaan terikhlas yang wujud di sudut sanubari
yang paling dalam.
Checkpoint
berikutnya adalah Masjid Sultan Ibrahim, Muar. Kami disambut oleh
pegawai-pegawai masjid yang rata-ratanya mempunyai cahaya di wajah
masing-masing. Kebetulan pada hari tersebut, ada event speedboating pulak kat
situ.. maka berkompang-kompanglah mulut wa membebel sebab ada antara peserta
yang terleka duduk menghadap speedboat daripada menghadap rumah Allah. Sorilah
kalau wa bising-bising masa tu.. tu semua untuk kelancaran program dan
menghormati masjid ajer. Takde sebab lain.
Tidak
seperti lawatan wa ke Muar setahun yang lalu, wa dapati bahawa penduduk di Muar
kini, sangat maju ke depan. Taraf ekonomi mereka juga telah meningkat dengan
mendadak. Wa membuat kesimpulan ini, setelah mendapat jawapan daripada CTRL Joy
sewaktu memerhatikan sebuah Alza Putih seakan-akan mengekori convoy.
“Joy.
Alza tu kenapa daripada tadi macam ikut kita jek?”, tanya wa.
“Oh… itu
van jual eskrim paddle pop tuh.”, jawap CTRL Joy konfiden.
Pergh…
memang hebat peniaga-peniaga kat Muar nih. Jual eskrim pun pakai Alza. Tempat
lu, ada tak? Huhuhu..
Seperti
biasa, rezeki kami amat murah sepanjang event ini. Pihak AJK Masjid telah
berkenan untuk menjamu kami dengan menu paling top di Muar, iaitu mi bandung
Muar. Laju pulak lu orang masuk dewan makan, eh. Tadi liat sangat nak blah dari
tengok speedboat. Chi.. kekekekek.. Sesuatu yang pelik dan ajaib telah berlaku
di sini, bilamana Lukman Mivec, juara bertahan acara lumba makan, tidak
melantak.. malahan telah secara sukarelanya, menjadi penceduk kuah.
Rupa-rupanya, beliau tak mencekik sebab dah reserve perut beliau untuk makan
asam pedas kejap lagi. Huhuhu..
Memandangkan
kami tidak mempunyai masa yang cukup, persinggahan terpaksa disingkatkan.
Seperti biasa, bilamana ada lanskap air semulajadi, Jongkong pun hilanglah.
Kali ni, beliau dilihat sedang menguis-nguis pasir dengan menggunakan ranting
kayu. Bila wa datang dekat, tertera tulisan di atas permukaan pasir… ‘Jongkong
Luv Neelofa. Kenapa kau tak layan aku?’. Siap geleng-geleng kepala si Jongkong
ni seolah-olah macam orang tak percaya. Wa rampas ranting kayu tu dari
Jongkong, lalu terus menyula dubur beliau. Setel!
“Eh..
Joy. Alza tu ikut kitalah!”, kata wa pd CTRL Joy, bilamana wa terpandang
melalui cermin sisi keter wa.
“Wa yang
suro dia follow. Wa tak sempat nak beli eskrim tadi!”, jawap Joy.
Memang
dahsyat la komitmen peniaga kat sini. Sanggup tu, dia ikut customer sampai 15
kilometer, semata-mata sebab customer tu tak sempat beli eskrim. Respek giler
wa. Convoy pun meneruskan perjalanan menuju ke Medan Asam Pedas Parit Jawa
Muar, lokasi persinggahan wajib semenjak JJJ yang pertama, 6 tahun yang lalu.
Gerai yang sememangnya menjadi pilihan adalah Gerai Pak Yahaya. Maka
berpeluh-peluhlah peserta makan asam pedas Johor tanpa menghiraukan cikaro-cikaro
yang lalu-lalang. Ni pun salah satu tanda budak-budak ni dapat ‘nur’ nih.
Heheh..
“Joy, lu
nak pegi mana nih?”, tanya wa bilamana CTRL Joy tergesa-gesa menghabiskan nasi
di pinggan.
“Wa nak
gi beli eskrim jap.”, macam tak nak layan jek, cara dia jawap soalan wa tuh.
Lama
jugak si CRTL Joy ni beli eskrim. Sampaikan convoy dah nak bergerak pun, tak
nampak batang hidung dia lagi. Call pun tak berjawap. Tak lama kemudian, muncul
jugak CTRL Joy dengan muka yang berpeluh-peluh.
“Lu gi
mana ni? Apasal makan eskrim pun boleh peluh-peluh sampai cenggini? “, tanya wa
yang dah sedikit angin nih.
“Eskrim
tu pedaslah, der. Tu pasal peluh wa menitik-nitik nih!”, jawap CTRL Joy.
Wa
sebenarnya konpius dengan jawapan CTRL Joy nih.. tapi sebab malas nak layan, wa
diamkan ajer. Convoy pun meneruskan perjalanan ke Parit Yusof, Parit Tengah,
Parit Sulong, Parit Jalil dan macam-macam parit lagilah. Lalu jugak kat Tongkang
Pecah, Parit Raja, Parit Botak dan terus ke Simpang Renggam. Sepanjang
perjalanan ni, wa terpaksa jadi CTRL sengsorang sebab Joy cakap dia letih makan
eskrim, lalu tertidur. Sehinggalah bila sampai Simpang Renggam, wa telah
menanggalkan gear knob Razo carbon fibre wa, lalu menyumbatnya ke dalam lubang
hidung CTRL Joy.
Convoy
berhenti di Masjid Simpang Renggam, untuk menunaikan solat Zohor dan Asar
secara Jama’ Ta’hir. Ikut perancangan asal, kami sepatutnya menziarahi Sekolah
Tahfiz Al Masriyah, namun kerana keadaan jalan masuk yang tidak mengizinkan,
perjumpaan dengan ustaz-ustaz tersebut, hanya dijalankan di Masjid ini sahaja.
Sekolah Tahfiz tersebut merupakan sekolah persendirian yang amat daif
keadaannya. Maka dengan itulah, semasa di Hutan Simpan Sungai Bantang, tabung
derma ikhlas telah diedarkan untuk memberikan sedikit bantuan.
Sekonyong-konyong,
Rep Herman pun tampil memberi sumbangan kepada Pengetua Sekolah Tahfiz
tersebut. Sebaik menerima sumbangan tersebut, pengetua lalu tertunduk melihat
sejadah. Kemudian, beliau mengangkat mukanya lalu pandangannya dialihkan kepada
jendela surau. Berkaca-kaca matanya. Suasana tiba-tiba menjadi hiba dan sayu.
Diam seribu bahasa. Wa ingatkan, dia terharu menerima sumbangan dari kita..
tapi rupanya, beliau ketakutan melihat Bob_Tdy yang berdiri di luar jendela.
Mati-mati dia ingat, ada beruang hutan simpan Sungai Bantang, yang ikut convoy
balik. Huahuahua…
Setelah
selesai bersalaman dengan AJK Masjid dan Pengetua Sekolah Tahfiz tersebut,
convoy pun meminta diri. Convoy terus menuju ke end point, iaitu di Surau
Austin Perdana, Johor Bahru. Maaflah yer, ikutkan hati.. banyak lagi yang wa
nak ceritakan. Tapi wa takut lambat pulak review ni disiapkan. Wa agak sibuk
sejak balik daripada event ini. Dengan keadaan bonda wa yang dimasukkan ke
hospital kerana serangan jantung, lepas tu terpaksa ke Jakarta atas urusan
kerja, ditambah pulak dengan tanggungjawab di pejabat.. wa terpaksa ringkaskan
review ini. Mungkin review kali ini kurang berkesan.. maaf sekali lagi. Wa tak
dapat berkarya dengan baik tatkala fikiran tidak tenteram. Namun, wa gagahkan
juga menulis untuk sahabat-sahabat semua yang amat wa sayangi.
Siapa
sangka, subuah entiti keagamaan seperti surau dan kelab permotoran seperti
kita, dapat berkalobrasi untuk sama-sama menjalankan aktiviti mengimarahkan
masjid. Sesuatu yang asing dan belum pernah dibuat oleh mana-mana kelab
permotoran di tanah air. Namun, kita semua telah buktikan bahawa dengan niat
yang baik.. Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah swt.
Pada wa, sejahat manapun seseorang members itu.. sebaik saja beliau telah
memasang niat untuk mengikuti event ini, pasti ada terselit sedikit rasa
keimanan dalam dirinya. Sejahil manapun seseorang itu, sekurang-kurangnya..
sedikit ‘Nur’ telah singgah di dalam hati dan jiwanya. Sesungguhnya, yang baik
itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk, datang dari diri kita sendiri.
Sekian.
Wassalam.
(10,025
patah perkataan)
ULASAN
PEMERIKSA:
Pelajar
ini perlu dirujuk kepada pakar kaunseling dan sakit jiwa.
Read more...